Sunday, April 22, 2012

Saya Rasa Cemburu

Dear Cik Diary,

Saya nak mengadu ni. Boleh tak? Saya tahu awak sudi dengar, *terharu*

Tadi abang saya call dari Mesir. Dia rindu Mr Farid kot sebab Mr Farid balik subang semalam dan dah balik pun petang tadi. . His only brother. Macam saya, saya ada dua abang, dia dan Mr Farid. Haha dah kenapa mahu tulis itu.

Dekat Mesir tu ada kazen jugak. Mr Kazen ambik medic kalau tak salah. Dekat UK pun ada kazenkazen. Seorang ambil Engineering, sorang lagi ambil Ekonomi. Yang ambil ekonomi ni mix German. Little sister dia comel. Eh itu pun tak perlu state ke? hehe. Tapi saya serius, imagine little girl kacukan German. Comel sampai rasa nak culik. Haha. Jangan lah Mr Ujang jumpa entry ini.

Okay, comel itu bukan niat aduan sebenar sebab dah kenapa pun budak comel pun nak jadi aduan. Ekau sihat tak? Hii~

Cik Diary,

Tigatiga kazen diatas adalah sebaya dengan saya, se'spm' dengan saya dan they all semua punya spm result adalah sangat langitdenganbumi berbanding saya. Dengan itu, saya rasa kecik je depan diorang ni, walaupun saya sememangnya ketot.

Saya rasa Cik Diary faham dah kan apa yang saya nak sampaikan...

Saya cemburu. Saya jeles dengan mereka. jahat kan saya... Kadang kadang rasa sedih je. Sedih sebab saya tak belajar rajin rajin dulu. Bukan lah jeles negative. Jeles yang mengakui kesilapan sendiri. Ke negative jugak tu?

Cik Diary,

Bila saya dah kaya nanti, saya nak belajar ke luar negara. Bila saya kayalah sebab sekarang mana mampu. Hehe. Doakan saya tau. tau. tau,......


-MsKay-




No comments: