Sunday, June 24, 2012

Carta Novel Pilihan MsKay

Dear Cik Diary,

Kali ini MsKay nak recommend novel-novel terbaik yang MsKay pernah baca. MsKay tahu, ramai para gadis kat luar sana suka baca novel, lagi lagi novel cinta. Oh ya, novel yang MsKay nak recommend ni semuanya novel malay okay. Lima novel cukup la ikut carta hati MsKay ye.. hehe :D

LIMA


Influenza Cinta- Levis Delisha


Novel ni menarik, mengisahkan cinta seorang gadis yang rupa paras tidak menarik dan gemuk dengan seorang jejaka yang kacak bergaya tetapi sombong. Bemacam hal terjadi sehingga mereka berkawan rapat. Namun rupa-rupanya persahabatan mereka hanyalah berdasarkan pertaruhan oleh jejaka ini dengan rakan-rakannya yang menyebabkan si gadis berasa malu dan sakit hati. Kemalangan maut yang menimpa si gadis berlaku di depan mata jejaka kacak ini merubah segalanya dan terus menghantui hidup jejaka ini sehinggalah dia dijodohkan dengan gadis pilihan keluarganya....



EMPAT


Cinta Tak Terucap - Imani Hatta

Cinta Tak Terucap menceritakan tentang kisah cinta selepas alam perkahwinan antara Ammar Mirza dengan Suri Imani. Ammar merupakan bos di syarikat tempat Suri Imani bekerja dan terkenal dengan perangai buaya daratnya. Hal ini membuatkan Suri Imani merasa jengkel apabila mengetahui yang bapanya mahu menjodohkan dia dengan anak kepada sahabat baik ayahnya itu. Namun, tanpa sedar, Suri Imani sebenarnya sudah jatuh hati dengan Ammar ketika pertama kali bertemu lelaki tersebut ketika dihantar praktikal di syarikat itu sejak awal lagi. Rumahtangga mereka sedikit goyah apabila diganggu pihak ketiga yang dengki akan kebahagiaan mereka berdua. 



TIGA

Fiksyen 302- Ramlee Awang Murshid

Kisah berunsur thriller juga merupakan salah satu genre kesukaan MsKay kerana unsur sebegini meransang daya fikir pembaca. Novel ini agak berat kerana terdapat unsur pembunuhan serta permainan psikologi. Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh bekas penghuni hospital mental dikatakan diarahkan oleh makhluk ganas dan menakutkan yang digelar Zonan. Untuk mencari solusi kes yang misteri ini, dua orang psychiatrist melakukan experimentasi terhadap seorang peguam untuk merentasi masa dan mencari siapakah dalang pembunuhan yang sebenar. Namun, terjadi pertukaran watak yang menjadikan cerita ini semakin rumit.



DUA

Kampung Girl - Umi Kalsom

Kampung Girl, Ainnur namanya. Ainnur yang sangat tidak disukai oleh Ashraf. Gadis yang Ashraf sangat meluat kerana pada lelaki kacak ini, gadis kampung cetek akal, selekeh dan tidak setaraf dengannya yang tinggal di bandar. Kejutan yang tidak dapat diterima akalnya apabila mummy meminang gadis itu untuknya. Kerana sakit hati dengan perangai Ashraf, Ainnur sengaja tidak memberitahu lelaki itu tentang profesionnya sebagai seorang guru yang mendapat pendidikan di luar negara. Namun rahsianya terbongkar pada malam pertama perkahwinan mereka yang membuatkan Ashraf semakin marah kerana berasa diperbodohkan oleh Ainnur. 




SATU

aA + bB - Hlovate

Benz Aliff. Musuh ketat yang mendapat carta teratas dalam hati Addin Shah. Lelaki yang pernah memalukan dirinya di khalayak ramai ini adalah nama yang paling dia mahu padamkan di kotak ingatannya. Percutian Addin di Holland yang menemukannya dengan Ayie menjadikan mereka rapat dan sering berchatting di laman sesawang. Perkahwinan tanpa rela Addin Shah dengan Benz Aliff terjadi apabila abang kembarnya terbabit dalam kemalangan dan meminta adiknya menerima Benz, sahabat karibnya kerana dia percaya Benz mampu menjaga Addin sekaligus membahagiakan adik kesayangannya itu. Pertelagahan masih berlaku selepas mereka diijabkabulkan. Namun duduk serumah membuatkan meraka bertolak ansur dan akhirnya menjadi rapat dan membuahkan bibit bibit cinta antara mereka.



MsKay suka akan kelima-lima novel ni. Bagi MsKay yang tak pernah bercinta ni, menbaca buku buku sebegini sedikit sebanyak mengajar MsKay tentang erti cinta, sekaligus buatkan MsKay rasa nak kawin cepat. Hahaha. Cinta selepas kahwin adalah seindah indahnya cinta. Semoga Allah pertemukan MsKay cinta yang indah seperti dalam novel-novel yang MsKay baca. InsyaAllah... 

-MsKay-

Saturday, June 23, 2012

Being With Family is the BEST moment

Cik Diary,

Kita dah dua minggu kat Kuala Pilah ni lepas dua bulan lebih cuti semester hari tu. Kita agak rindu la dengan family kita. Rindu dekat Mak, Ayah, Kak Lang, Kak Wani, ngan Adik. Abang Farid jarang balik, so tak rindu dia sangat. Hahaa. Tapi rindu Abang Fadhil sebab dia kat obersea kan..dan sebab kita lebih rapat dengan Abang Fadhil coz beza kitorang 2 taun je :D

Semester ni kita sibuk sikit. Yelah, ade mini project biology yang nak disettlekan sbb tulah yang akan ganti paper final utk subjek ni. Minggu ni actually rasa nak balik. tapi tak jadi sebab takde kawan nak balik sesama. Nanti kena naik bas sorang2, naik tren sorang2.. im not that brave to be on my own. Hihii..

So, hasilnya, kita pujuk mak ngan ayah utk datang pilah. Kita cakap kat emak, mak sampaikan kat ayah. Alasannya, banyak baju tertinggal kat umah haritu..And, ayah setuju..Yayy! Hahaha.

Tadi Mak datang ngan Ayah, ngan Adik. Jumpa la kejap lepas rindu.. Dapat tengok muka pun dah hepi sangat dah. :DD dapat baju2 tu, dapat bahan makanan sikit, and some lauk :) Thanks Ayah, Thanks Mak.. I love you so much. May Allah bless my parents all the time.. :')

Next week memang tak boleh balik. ade Exam MUET. perghh..berdebar ni nak speaking. Lama dah tak speaking.. :P

Do'akan yang terbaik ye., InsyaAllah :)

-MsKay-

Kusut

Dear Cik Diary,

Every second i try to forget about him, i fail to do so. 
The memories about him always appear. 
Now i dont know what to do. 

Should I keep waiting with hopes?
or
Should I try to find somebody else to fill the empty space in my heart?

Hmm.. sometimes i feel like..
'Ahh..kenapa aku taip semua ni?'

-MsKay-

Thursday, June 21, 2012

Sesak Di Dada!

Hai Cik Diary!

Hamboi kemain kan tajuk Sesak di Dada bagai. Haha
=D

Kejap je dah dua minggu dah kita kat semester baru ni. Means ada lagi duabelas(12) minggu je lagi untuk

FINAL EXAM. Erkk...!

Hidup semester ini terasa bersenang lenang sangat sebab kelas tak banyak lah kononnya. Empat subjek je la pada awalnya.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya renyai2 waktu tengah hari tadi. Hukhuk.
ENT300 menggugat keamanan jadualkuu.

Isnin pagi pukul 8-10
Jumaat petang pukul 3-5
Tidakkah ini suatu malapetaka? Haha

But no worries,
Doalah ada pelangi lepas hujan.

Moga membantu untuk dpt Dean's List semester ni.
InsyaAllah :)

-MsKay-

Wednesday, June 20, 2012

Be strong, duhai hati..

Dear Cik Diary,

I dont even thinking bout him again.. but i have no idea how come dia boleh appear in my dream last night..

He sat besides me and smile at me.


Astaghfirullahaladzim
Ya Allah, kuatkan hatiku ni... 













-MsKay-

Monday, June 18, 2012

Kesian Budak Tu...

Situasi: 
Mengayat Taktik Lama Zaman Kuno
Masa: Semalam 

Caller: Hello.. siapa ni?
MsKay: awak yang call, awak la siapa?

Caller: hehe..saya Wan.. awak siapa nama?
MsKay: saya Kay. ada apa call ni?

Caller: saya saja-saja je call. tak buat apa, bosan lah.
MsKay: Ohh..abih tu?

Caller: Awak duk mana ni?
MsKay: Pilah.

Caller: Ooo.. jauhnya. Awak ni form berapa eh?
MsKay: . . . . . (gelak da dalam ati) . . .

MsKay: Awak ni budak sekolah eh? Hahaa
Caller: Baru abih sekolah. Awak form berapa? (againnn)

MsKay: orang dah masuk uni da pun. Hahahaha
Caller: Aaa? Tipulaa..

MsKay: Mana ada tipu. Dah semester 5 dah pun. Haha
Caller: . . . . . . oh .. . . .  ok..ok.. takpelah. (Letak fon)

MsKay: Hahahahah :DD

Moral of the story: Lain kali, magrib2 g solat ye dik, jangan sibuk nak kacau orang. Kan dah maluu. Plus, hentikan la ganggu orang dengan dail random macam tu. Lapuk sangat da. Perempuan suka lelaki gentleman. Kalau suka, cakap depan depan. Okay, :)


ps: boleh pulak aku jawab call tu smlm eh.. hahaha
-MsKay-




Sunday, June 17, 2012

Hujung Minggu :)

What day is today?

SUNDAY

The day people love bermalas malasan. 

And I do bermalasan sekarang. Hahaa. Baru je lepas tengok Running Man EP 98. Episod kali ni best sebab my Gary hyung jadi watak utama.. The Real Zombie. eja betul betul tau. bukan ZOMBA, okeh? :D

Actually my body is not so well today. And lupa pulak nak beli panadol before balik sini. Takde sebijik pun. Eh panadol dgn pcm tu sama tak? Kita ada pcm je ni or lebih tepat lg ubat demam bulan lepas. Boleh eh makan pcm ganti panadol? Hahaha. Sorry kita tak tahu sangat pasal ubat2 ni sbb tu kita tak amik medic :D

ok..selamat berhujung minggu!

Salam Israk Mikraj


ps: kita cuti israk mikraj esok. jangan jelly! hehehe


-MsKay-




Friday, June 15, 2012

Just a diary

Dear Cik Diary,


MsKay kat PTAR UiTM ni dengan groupmates. Waahh konon rajin lah ni kan... Hehee. Tak sangat la. Tengah diskas pasal Mini Project utk subjek BIO300 ni la.. Baru dua hari datang kuliah, dah dihadiahkan mini projek ni. Baik sangat lecturer dip sains kan. Rasa disayangi. HAHA. Takpe, ade baiknya. Takde la rasa nak honeymoon sangat. Baru boleh dapat DL. Projek ni substitute kami punya final paper. So, berkurang la paper utk final nanti. Tak payah baca banyak2 sangat. hewhew :D




-MsKay-


Moments


That moment,

When you wanna cry, but your tears hiding in your heart.

That moment,

When you wanna have something you like, but you couldnt have it.

That moment,

When you secretly love somebody, and you only can keep it as a secret.

That moment,

When you get jealous with your friend, but you shouldnt be like that

That moment,

When your heart beats abnormally, and dont know why.

That moment,

When someone tell you he loves you, and you cant love him back.

That moment,

When you falling in love, and you wish that the feeling isnt true.

That moment,

When you try to forget somebody, but your memory dont wanna let him go

That moment,

When you think you're all alone but you forget that your family always there for you.

That moment,

When you change your identity, but you know the original of you is the best

That moment,

When people think you're not pretty, they're just blind to see your pretty heart

That moment,

When you think why I type all these moments, and there's no other answer, it's from the bottom of my heart.


-MsKay-
00.05
15June2012

Monday, June 11, 2012

Convocation PTPL

Welcome to third year of study... Alhamdulillah, dah masuk semester kelima pengajian diploma MsKay kat UiTM ni. Seronoknyaaaaa :D *menari poco poco*

Cik Diary,

Awal awal ni dah rasa semangat. Nak DEAN'S LIST semester ni. Harus! InsyaAllah akan berusaha, doa dan tawakal utk dapatkan target ni. Lepas ni nak kurangkan k-drama. Running Man takpe. Hewhew..

Actually semangat ni datang lepas attend convocation abang saudara. Ni kira first time lah kita tengok secara live depan mata orang convo. sebelum nih convo kakak ngan abang kita tak dpt datang.. huuu. Yang paling best, MsKay and my sis dapat Pas IbuBapa/Penjaga , so dapat duduk dalam dewan MSU yang serba gah tu.. hehee :D
The happiest day for them. Kebanjiran Graduan PTPL.

me and bro Ajak after convocation
Graduan PTPL : Diploma of Business Management

Sis Fiza n Bro Ajak

Terujaaa ke tidak? Heheee. Can't wait for my turn next year. InsyaAllah

Congratulation to Abdul Razak bin Abu. May Allah bless your life  :)

-MsKay-





Wednesday, June 6, 2012

Which Hurts The Most


Have you ever wondered which hurts the most: saying something and wishing you had not, or saying nothing, and wishing you had? - Unknown

Dear Cik Diary...

Mana yang lebih melukakan ; 

Terlepas kata yang kita tak mahu katakan?
Tak mengatakan hal yang sangat ingin dikatakan?

For me, both are hurtful. Kadang kadang kita terlepas kata kerana faktor emosi, provokasi dan rasionaliti. Kalau nak ikutkan pengalaman, yang lebih menyakitkan is the second statement kot. Hehe pengalaman sangat la ni :D

MsKay is a person yang selalu pendamkan banyak perkara dalam hati. Cth: Pegi mall, tengok barang cantik,, well sebagai 'perempuan' kita memang la suka barang cantik cantik ni. Tapi setakat boleh suka je lah kan. Nak beli apa pun mesti kepala akan congak dulu " kalau aku beli barang ni, penting ke tak? berbaloi ke tak?" dan paling penting "aku mampu ke?" dan bukan aku lah orangnya nak merengek meminta kat mak ayah. Yeah, pendam je lah kan..

Hidup ni bukan seindah macam cerita dongeng mahupun drama korea. Kalau drama korea, orang yang tak berapa cantik, hidup susah, akan jumpa Prince Charming yg selalunya seorang 'chaebol' kan. Dan hidup diorang akan berubah 360degree. 

Ini dunia reality. Kita kena berusaha, doa dan tawakal kalau nak berjaya. Jangan ikutkan sangat kata hati. Yeah, memang menyakitkan. But that's called LIFE. Kita takkan dapat semua yang kita nak. Dan apa yang kita harapkan tak semuanya akan menjadi. Kenalah sabar, sabar dan sabar. Itulah pengukur kekuatan iman.

Anda Bagaimana? :)


-MsKay-
11.29PM
06. 06. 2012