Monday, December 24, 2012

Emak Bergurau Comel

Assalamualaikum

Dear Diary..

Annyeong Haseyo!

Kehkeh kemain memula rasa nak letak tajuk 'Sedang Bercuti' kengkonon mahu kasi jeles mereka yang tak cuti tu

Fuhh, baru tiga minggu masuk semester baru, dah cuti lagi. Katanya cuti MIDSEM?! Apa yang mid entah. hahaa

So, goyang-goyang kaki, makan secret recipe je lah. 

Padahal minggu depan ade quiz bio tu. 

Jangan cakap laa, lecturer sem ni agak strict. Lelagi lec bio tu. But it's okay, saya lebih prefer lec garang instead of yang lembut sangat sampai kekadang kita malas buat tutorial pun dia tak marah. Lgpun, kalau student malas, student yang rugi kan? 

Hm, okay, tutup citer pasal tu. Tengah cuti kenalah enjoy sikit. Hewheww

Tadi tetengah tolong ibunda tercinta di dapur (kekonon anak dara perajin), cakap kat ibunda, 

'Nanti Diknor dah abis diploma taun depan cuti lama sikit sebelum nak masuk degree(insyaAllah), Diknor tolong mak kemas-kemas lagi dapur ni'

'Em bagus la.. Nanti ade orang nak datang camne?'

Alkisah aku ni lampat pick up sikit kan.. tak paham ape mak cakap.

'Errrr.....Maksudnya?'

'Yelah, mana tau ada orang masuk meminang'

'Errr..Hahahahahaha.. Mak ni kelakar la'

'Hahahahaa. Mana la tau'

Me: -.-"

Rasanya mak dah tak sabar nak terima menantu kot. Deghass la kakak-kakak and abang-abang sekalian anda carik calon kasi kat emak. Saya yang nombor LIMA ni pulak yang kena usik dah ni.

Tapi kalau saya dulu pun ape salahnya. Opssss. Haha. Lepas degree lah. Lepas ada orang meminang kasi hantaran ferrari ke camtu en. Kbai

Wassalam

-MsKay-

Wednesday, December 5, 2012

I wanna WIN!

Assalamualaikum.

Dear Ms Diary,

I just came back to my student life. It's only few months to go to complete my Diploma in Science! Wohoo~ May Allah bless me~ InsyaAllah...

New Semester : Part 6

New Subjects : BIO320 CHM260 CHM361 PHY360

New Target : CGPA above 3.5

I really wanna do well in this last semester. InsyaAllah boleh!


-MsKay-


Saturday, October 6, 2012

Merisik Tentang Si Dia?

Hati-Hati Merisik | iluvislam.com discover the beauty of islam


"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada 'standard' dia. 'Terer' Abi, kan Haura'?!"
Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar 'spy'.
Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam,
Ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia?Itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.

Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
Umar: Adakah kamu mengenal orang ini?
Sahabat: Ya.
Umar: Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
Sahabat: Tidak.
Umar: Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
Sahabat: Tidak.
Umar: Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
Sahabat: Tidak.
Umar: Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
Sahabat: Ya.
Umar: Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

Sunday, September 30, 2012

Merindui Nikmat Sihat

Assalamualaikum Cik Diary..

Hamboi lebatnya hujan kat luar ni...sampai mercik masuk bilik ni ha. Alhamdulillah..hujan tu kan rahmat Allah :) Oh ya, waktu hujan mujarab doa kan?

'Ya Allah, sembuhkanlah demam batuk dan selesema ku ini.. Sesungguhnya Engkau sahaja yang boleh menyembuhkan segala penyakit.. Amin' Sakit ni kifarah dosa.. Moga Allah ampunkan dosa-dosaku..

Tolong 'amin'kan sekali ye.. thanks..hee~ Masuk hari ni dah 9 hari Ms Kay demam n batuk tak henti2.. terjaga tidur je batuk batuk batuk n batuk.. tengah taip ni pun batuk. hohoo. sebab concern dengan kesihatan diri sendiri, td MsKay ade la research sikit pasal batuk ni. MsKay punya batuk ni jenis berkahak. Korang jangan nak geli2 pulak ye sebab kite serius ni.


"Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria." http://farmasianis.tripod.com/batuk.htm

this make me worry...! huhuuu. doakan MsKay takde pape ea.. esok dah start exam. wahai exam-mate ku, sorry kalau kite batuk2 dalam kelas nnt ye.. 

Lepas paper physic hari khamis nnt..., if tak baik jugak demam n batuk ni kena pegi jumpe doktor lagi la gamaknye...uuuu tak suke! aniyaaaa!! -.-

ps: rindunya pada bonda dan ayahanda di tanah suci.. semoga Allah merahmati mereka :')

Wassalam
-MsKay-



Thursday, September 27, 2012

Dugaan Nak Exam

Assalamualaikum Cik Diary..

Final exam just around the corner.

Last three weeks i had fever on the day of bio300 project presentation. fortunately, our turn is postponed to the next tuesday. and during that period, i recovered from the fever+flu+cough. and the presentation went well.

However, last friday the fever+cough+tonsilitis+flu attacked me again! oh no~~~~~

With this 'unwell' condition, i had nightmare on saturday night or i called it 'gangguan' . that is the first time in my life. maybe that is one of the 'alsebab' for my condition getting worst and the fever is still on off on off. feeling alright during the day and high temp at night.

Yesterday, around 2am i sent my parents to kelana jaya as they are going to perform haj this year. I cried a little while hungging them..huhu. i miss my mum right now but i'll always pray for their safety there. may Allah accept their ibadah n achieve mabrur haj. Amin.... :')

Few hours ago, my group have done our business plan presentation. im the marketing manager with 'sexy voice' and 'manly voice' bcoz of the sore throat. hahaa.Alhamdulillah, the panels is okay with our presentation and we manage to answer their curiosities..thanks to all the managers of gogumakun  sdn bhd  :)

now, my head is spinning, my throat is in pain, my body temp rise again. i have take the pills descripted by the doctor, n now i want to sleep. hope everyone will pray for my health. thank you :)



wassalam,

-mskay-

Sunday, September 16, 2012

Happy Malaysia Day!

Assalamualaikum Cik Diary,


Hari ini, 16 September 2012 which is our Malaysia Day! hehee. 



So, what's ur plans on Malaysia Day holiday? untung Alhamdulillah jatuh hari Ahad, so Isnin dpt cuti kan? hahaa. 

Make it worth okay! :)

Teringat zaman sekolah dulu, macam macam aktiviti kenegaraan la diadakan nak sambut merdeka n malaysia day ni.

 And usually, MsKay lebih tertarik untuk menyertai pertandingan deklamasi sajak/ mengarang sajak. 

Yelah, dulu suka sangat dengan benda2 sajak pantun syair bagai ni. hehee. 

tapi kalau suruh mengarang sekarang ni,.. 

tak dapek dooo

 ape taknye, dekat tiga tahun hadap subjek2 science ni, takde lagi sastera2 pun. 

berkarat dah idea kalau suruh tulis sajak. jadi rojak pulak kang. 

heheh. 

Ape pun, tanda sayang Malaysia bukan setakat 

hafal rukun negara

ingat lagu Negaraku

cakap pungpangpungpang pasal politik je..

kita sebagai generasi baru ni,

kena, wajib dan perlu

menuntut ilmu setinggi yang mungkin, selagi mampu. 

sebab,

ilmu tu pelita, cahaya,.

yang bakal menunjukkan jalan yang betul

dan yang penting,

ilmu akhirat tu perlu jadi pendamping..

betul kan? :)

Semoga difikirkan,. jangan renung je. :D


~Wassalam~

MsKay




Monday, September 3, 2012

2nd Reunion of 6 Cemerlang

Assalamualaikum Cik Diary,..

Last Sept 1, 2012,.. terciptanya sebuah lagi sweet memory bagi tahun 2012 ni. MsKay berpeluang berjumpa lagi dengan kawan kawan lama MsKay yg sekelas masa darjah enam dulu.. Seronok lah bila jumpa orang yang lamaa sangat kita tak jumpa, benda tu jadi macam,,ishh susah la nak describe best dia. :D

Walaupun ramai antara mereka ni satu secondary school dgn MsKay, tapi sejak habis SPM, memasing dah merantau kat merata rata tempat. Ada yang ke Mesir, ada yang ke United Kingdom, ada yang ke Jepun, ada yang ke German, and ada yang baru nak fly ke India, Indonesia dan sebagainya.. Selebihnya di local universiti.. Masing-masing punya bidang pun hebat-hebat belaka lah.. Alhamdulillah, semuanya dalam bidang yang bagus... Kiranya nanti, kawan MsKay adalah doktor, engineer, dan sebagainya. Alhamdulillah..and InshaAllah, mudah-mudahan mereka ni berjaya dalam apa jugak bidang yg diceburi..

Malam masa reunion tu, yang kelakarnya,. sempat pulak diorang ni record ucapan hari raya. Haha.. Ohh sorry la Iman, aku tak dengar pun apa yang kau suruh aku cakap depan camera tu sebab bising sangat so aku bantai je lah cakap ape pun. Hahaa.

Nah sikit gambar reunion. Credit to Azlin Dali .. (kita curik dari fesbuk beliau :P)

semua nak amik gambar kitorang..kihkih

with da girlss.. :)

berdiri dari kiri: khaizatul, azlin, amira, nadeera, sharina, aqqilah, khairiah, aziera, mawaddah n shamimi
duduk dari kiri: faizol, izzat, helmi, nabil n iman.

one more timeee! :D

and this is the last pic with my bestie, khaizatul azreen. May you success,darling.. pegi india jangan ngorat  hritik roshan. 


- MsKay -

Saturday, September 1, 2012

Ladies Coach

Assalamualaikum, Cik Diary. :)

Agak lama jugak rasanya MsKay tak bukak blog ni. Hehee.. bukak blog ni sebab ade orang mengaku jd silent reader :P

Em, korang sihat tak? Tak sihat pi la makan obat ke, sapu minyak ke.. memasing dah besar en, pandai la jaga diri ye, kita ni nak berbasa basi je..haha :)

Ekceli, kita ade satu benda lah nak cerita. Benda ni jadi hari khamis hari tu, which is the day kita balik subang naik tren ngan kawan kita kat Batang Benar. Sesampainye train, kami naik lah kat ladies coach. kat situ entah macam mana, ade pulak lebih kurang 5 ke 6 orang jejaka arab naik gerabak yg sama.. ehh? kenapa diorang naik gerabak kitorang kaum hawa nih? adekah mereka species antaradua? jengjengjengg! Tapi kami ni buat dunno je la. sebab hensem2 jugak diorang ni. heheheww :D cehh, ni terjangkit ngan fie la ni..kuat usha haha.

Nak dijadikan cerita, di stesen kat mana tah, ade la sorang makcik ni. dia masuk2 terus tegur pemuda arab ni...

MC "This is for ladies only. this is ladies coach"

PA "blablablabla....(bahasa arab kita tak faham)

MC "This is for ladies,. please leave"

PA "blablabla...(cakap dengan kawan arab dia..suh translate kot)

kawan dia pun translate la,..rasenye diorang paham,. tapi tak mau bergerak g tempat lain..

MC "where're u from?"

and tak dilayan pun oleh pemuda2 arab tu..panas je muka makcik ni MsKAy tgk..

MC "diorang ni paham, saja buat bodoh!" makcik ni cakap ngan nada tak puas hati + agak kerek la dari pemerhatian MsKay.

Okay, ini isunya.. isu peraturan kita diambil mudah oleh orang luar. Ye, mereka salah. Tapi, bak kata orang la kan,. cermin diri dulu. Sebenarnya, ade sit dekat2 ngan tmpat duduk kami tu, ade lelaki Malaysian. melayu, india, pun ada. Kita nak cakap apa bila orang kita sendiri dah tunjuk budaya "biadap" tu, macam mana kita nak orang luar pun hormat peraturan di negara kita ni? And the makcik patutnya tegur orang Malaysia dulu,.

Kesimpulannya, tak kira mana kita berada, mana bumi kita berpijak, amalkan la sikap hormat n patuh peraturan.. asyik nak langgar peraturan je, tak oke la camtu...

Let's Change!
Happy Merdeka Day..


-MsKay-

Thursday, July 26, 2012

Meow Meow yang kasihan

Dear Cik Diary,

Hari ke-6 Ramadhan. Alhamdulillah, setakat ni masih berpuasa penuh :)

Anda Bagaimana? 
Sendiri Pikir la kan :)

MsKay nak cerita pasal kucing. Siapa suka kucing sila angkat ibu jari, hehe.. Kite tau, kat luar sana sangat ramai penggemar kucing. Kucing ni Rasulullah sayang tau..MsKay dulu masa kecik-kecik suka jugak la main dengan kucing lagi-lagi anak dia. Eiii comel sangat!

Dalam family MsKay, si adik bongsu paling takut kucing,. padahal kalau nak banding fizikal dia dgn MsKay, adik ni lagi besar and tinggi tau, sampai kalau orang yg tak rapat dengan family boleh assume kite anak bongsu. Hihi..

Disebabkan ade yang takut kucing, kite tak pernah rasa bela kucing. So, bila makin meningkat remaja dan pemudi macam sekarang ni, MsKay tak berapa pandai nak main dengan kucing. Tak selesa kalau kucing datang gesel-gesel kat kaki.. 

Semalam, ada kucing datang mengaiu-ngiau kat tingkap rumah sewa kite ni.. Housemet yang alhamduliilah baik-baik ni bagi makan, minum kat kucing ni. Roomate kite, Fana yang memang bela kucing ni kata, kucing ni meroyan carik anak dia. Mungkin dimakan anjing agaknya sebab kawasan perumahan kite ni banyak anjing. Cuma agak pelik la, sebab kat sini tak pernah nampak pun kucing.. Mesti jauh kucing ni travel kan... 

Kata Fana, kucing ni bersih, mungkin kucing orang.., kucing ni baru lepas beranak and first timer la bak kata Fana. hehe.. MsKay tak pandai pun tentang kucing. Kesian tau, sebab susu dia bengkak, takde baby nak disusukan.. :( Kesana kemari dia carik kat umah ni, MsKay yang tengok pun jadi penat plus tambah kesian and kesian...


Ibu kucing yang comel...


Meow, sabar k,. insyaAllah.. nanti ade rezeki, kamu jumpa la anak kamu.. Jgn sedih sedih tau...

-MsKay-



Friday, July 20, 2012

Semalam dan Ramadhan

Dear Cik Diary,

Today is friday. One more day before Ramadhan, the fasting month, ibadah month.. Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan bulan penuh barakah ni. :) Have you prepare yourself for ramadhan? Make sure, dont ever skip puasa! exception for girls yg ade sebab kukuh. Kita Allah sayang, dapat pelepasan :)


Yesterday, MsKay n friends, berpakat untuk balik ke kg halaman masing2. Actually ade je kelas hari Jumaat cuma susah la nak balik kalau kelas pun sampai pukul 5 kan. Jadi, kita skip kelas hari jumaat. Sorry, miss. Janji pasni tak buat lagi ye..hikhik :D


12noon. Mskay gerak ke bus station kat Pilah dengan kwn sekampung + sekampus plus kawan dia sorang lagi. Kitorang naik SKSKL, senang takpayah bersesak-sesak sebab bas ni bukan jenis benti-benti amik penumpang. Mula mula ingat bas terus sampai KL. oh, silap rupanya bila bas benti kat station Seremban., tukar bas ke KL. Bas dia mak aii, nampak exclusive la jugak, cantik., dan selesa. MsKay dah berniat nak tidur sampai KL sebab migrain menyerang. 


Ku sangka panas sampai ke petang,. rupanya bas pancit tengah on the way ke KL tu. Hahaa. Alhamdulillah, tak sampai sepuluh minit datang bas lain. Ganti bas lagii~  Kalau bas cantik tadi mskay duk tingkat atas, kali ni duk tingkat bawah.. halamak, cam bilik je bas dia duk mengadap orang lain. Cemano nak lolap? -.-"


At last, sampai jugak kat Pasar Seni.. Kat situ MsKay ngan Mai terus je dapat bas U81 straight je depan umah. Depan umah? Haha...i mean, near my neighbourhood lah.. Jalan kaki less than 5 minit sampai umah.


Bestnyaaa balik rumah~ Esok boleh sahur dengan family, buka dengan family. Alhamdulillah, seronok :D





Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan sempandan,
Kepada semua rakan dan taulan, Selamat Menyambut bulan Ramadhan.

Pantun ni macam pelik sikit. hihii.. ape2 je lah. :D

-MsKay 
 


Sunday, July 15, 2012

EmpatbelasTujuh2012

Dear cik Diary,

Hari ni, student part 5 semua pegi Modul 5 untuk KI. Kita pun wajib pegi la, sebab kita kan part 5 dah. hehe. Biasanya, bila dengar je pasal 'modul 5' ni, kita gerenti, most of students macam.. "Erghh..bosan d0o~" Hahah. Lagi lagi tajuk "Kenegaraan" :D Siapa je minat sejarah.. Sains student kann. :D

But, actually..., modul hari ni sangat bagus and membuka mata kita khususnya bangsa Melayu. Heheee. walaupun menguap jugak sekali dua masa ceramah tadi, but kite tak tidur okayy,, selak buku motivasi yang beli hari tu je.. hihiks.

Next activity untuk modul kali ni is LDK. Rasanya tak perlu dah nak bagi nama panjang ldk tu ape. sendiri mau tau laa. What is the best thing about ldk this semester?


  1. LDK kami dibimbing oleh Cik Fara.. 
  2. Sama kumpulan dengan Yati, my bestie dan ramai lagi classmate part 1. boleh kata macam reunion la. Haha.
  3. Masa form group kecik kecik tu, again, sama group dengan Yati lagi. Kumpulan kami nama "NyumNyum" sempena kami yang tengah makan gula-gula lychee masa tu. Erkkk.. haha
  4. Menang aktiviti buat terowong guna newspaper. 
  5. Menang aktiviti dirikan paku-paku atas satu paku. First trial fail, and second trial success! Hooray :D
  6. Dapat banyak gula gula. Hahaa.. happy la sebab free kann 

But, ade jugak laa yang takbest which is the food. Makanan yang disediakan tu dah basi,. actually sayurnya la basi. tapi sebab dia tak asing sayur, just terus skali dengan nasi, kite pun tak lalu nak makan nasi tu.. berlapar je laa. Alhamdulillah, nasik tu diorang replace dengan roti. At least dapat makan.

Then, masa balik, baru nak check fon. 10 miscall okayy. Hahaa. five from my mom, and another five from my dad. Rupanya mereka pegi kenduri kat kampung pagi tadi and nak datang jenguk kite terus. Hihiii. Im lovin it! 


Balik dari LDK, pas mandi sume, terus.. "BUMM" pengsan atas tilam. haha. penat kot. lenaa sungguh la dengan sejuknya bilik kite ni..

Sekarang ni pun kita is ngantuk gila. Kita is nak tidur. Kita is nak bangun awal esok sebab nak study BIO310 ngan BIO300 untuk test hari isnin ngan selasa respectively. Okay., tataa! 



Wassalam,
-MsKay-

Saturday, July 7, 2012

Weekend

Dear Cik Diary.,

Kita ada kat rumah kita, kat subang ni.... bahagia tahu! :) Bukan cuti panjang, ade cuti peristiwa ke apa, but housemate MsKay kat Pilah tu pakat balik semuanya minggu ni.. So, MsKay pun taknak la lepas peluang balik jugak. Lagipun, dah sebulan jugak MsKay tak jejak Subang ni oke...

Kat rumah parents ada beli katil baru. Double decker yang mana MsKay punya katil yang atas. Halaaa, kat Pilah pun duk katil atas. Mentang2 kita ni kecik, senang memanjat. Haha. Apapun kena bersyukur lah apa adanya kan. Alhamdulillah... boleh tahan selesa tidur malam tadi. :D

Sabtu petang. MsKay ajak Kak Lang bawak pegi bookshop kat Curve.. bookshop Popular la.. hehe. MsKay nak beli buku Anatomy & Physiology sebab sem ni ada subject Human Biology which is sangat best setakat empat mggu belajar ni pada MsKay :)

Jumpa bukunya.. Tapi besar gedabaknya, Ya Allah...... Tebal tak apa lagi. Ni lebar n tinggi dia.. Alahai, tak sanggup pulak nak carry buku besar2 camtu. Itu je satu-satunya yang ada. Tapi MsKay tak berkenan, so tak jadi beli lah..

Buku lain pulak yang jadi sasaran MsKay.. Kak Lang suggest buku keagamaan. Dia cakap MsKay asyik telaah novel cinta je... hihi. Memang pun.., apa salahnya MsKay beli buku yang bermanfaat untuk akhirat jugak.

Antara buku2 yang MsKay capai tu;

1. 100 Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W
2. Nak Jadi, Jadi (buku motivasi)
3. Buku mini 'Doa-doa Pelajar'
4. Novel Yes Boss. (hihi... tak boleh elak dari novel genre ini)

MsKay harap buku-buku ni boleh memberi input positif kat diri MsKay.. Kamu pun rajin rajin lah baca buku.. Tak rugi pun luangkan masa untuk buku ni..

PS:
 1. MAKAN WESTERN JE KUAR HARI NI, TAPI TAKLEH KALAHKAN SAMBAL SOTONG MAK MASA LUNCH TADI <3
2. Oppss.. esaimen sume tak siap lagiii................!
-MsKay-

Thursday, July 5, 2012

Jangan Terlepas Kelas!

Dear Cik Diary,

Salam Nisfu Sya'aban! :)

Haa, sebenarnya MsKay dah tak tau nak buat ape ni. Bangun pagi tadi tiba tiba terdetik rasa macam nak update blog ni. Siap da terlintas da tajuk ape nak tulis hari ni. Hahaha..

Ok, kat muka bumi ni, kita sebagai pelajar, khususnya pelajar universiti la kan mesti nak taknak akan selalu stay up lagi-lagi bila final exam dah nak hampir., kan? Depends kat orang jugak menda ni, tapi ramai yang akan mengalami masalah untuk bangun awal dan lebih teruk bila sampai ter'miss' kelas untuk hari tu.

MsKay setakat ni tak pernah lagi la tinggal kelas pasal ni, tapi pernah terlambat dan nasib Mskay baik lagi sebab masa tu lecturer pu masuk lewat..hihi. Tak seronok la bila bangun lambat ni. Nanti terkocoh-kocoh nak mandi, nak bersiap lagi, nak menapak ke fakulti pastu kalau lif tu ramai orang, kena panjat tangga lagi. leceh kan?

Habis Mukadimah. Haha... Lets see the points!

TIPS FOR STUDENTS TO WAKE UP EARLY


1. Set alarm clock.

Alarm ni sangat penting okay,. sekarang ni kan zaman telefon canggih-canggih. Sila setkan seberapa banyak yang boleh alarm kat henset anda tu. Kalau boleh biar volumenya tinggi sikit jika anda ni setakat dengar bunyi sikit-sikit, haram nak bangun.

Oh ya, henset tu jangan letak sebelah. kalau boleh, letak la dalam jarak yang lebih satu meter. Kalau dekat sangat, senang la korang capai and then "snooze"

Kalau rasa nak "snooze" sangat la, boleh je. Tapi set alarm tu, misalnya snooze selang 4 minit, dan masa yang korang set tu awalkan 1/2 hingga satu jam dari waktu yang korang nak bangun tu. Bila dengar alarm banyak kali, korang sendiri akan rasa annoying dan akan bangkit dari tidur. Heheee


2. Carik kawan yang jenis boleh diharap untuk kejutkan kita.

Tak kisahlah roommate ke, housemate ke, mintak lah tolong kat dia untuk kejutkan kita bangun. Kalau kawan tu jenis yang macam mak nenek pun bagus. Biar dia membebel kat telinga kita, renjis2 air ke, cubit2 lengan sikit ke.. Ada orang jenis telinga tak berapa nak sensitif, tapi dia lebih sensitif kat sentuhan.. So, mula-mula usik la kaki, geli2 sikit kat tapak kaki tu.. InsyaAllah boleh bangun punya.. Jangan dikasi penyepak sudaaa. Hahaha


3. Time management.

Actually, kalau kita pandai bahagi masa dengan baik, tak payah la nak stay up bagai ni. Boleh dapat tidur yang berkualiti lagi.. Tapi kalau MsKay ni fail sikit manage2 time ni. Hihii..


4. Jangan makan lewat malam.

Especially nasik, and watsoever lah yang berat-berat tu. Bila dah makan lewat, bukan boleh terus tidur pun. Kena tunggu sejam dua dulu kasi makanan tu terhadam. Kalau tak, ade la orang dapat lemak-lemak berlebihan kat perut tu. Hikhik. Boleh, kalau rasa nak makan lewat, tapi pilih la masa yang "esok kelas takde" atau "esok kelas petang" untuk keselamatan. :)


5. Jangan tidur balik lepas solat subuh.

Masa ni sangat tak elok nak tidur balik. Kadang-kadang, kita tend to 'terlajak' sebab masa ni lah setan-setan tu nak bergayut kat mata, kasi mata tu berat je.. And, biasanya kalau anda tidur lepas subuh, mata akan cepat mengantuk masa kelas.. Habis la hilang fokus, terpaksa stay up lagi malam tu nak catch up balik ape yang kita tak fokus dalam kelas. Kan? :)



Okay, idea-idea lain da terbang. MsKay harap boleh bantu sikit2 tips ni. Tips ni jugak untuk MsKay sendiri yang amat gemar activity tidur ni. Kihkih..

~MsKay~

Sunday, June 24, 2012

Carta Novel Pilihan MsKay

Dear Cik Diary,

Kali ini MsKay nak recommend novel-novel terbaik yang MsKay pernah baca. MsKay tahu, ramai para gadis kat luar sana suka baca novel, lagi lagi novel cinta. Oh ya, novel yang MsKay nak recommend ni semuanya novel malay okay. Lima novel cukup la ikut carta hati MsKay ye.. hehe :D

LIMA


Influenza Cinta- Levis Delisha


Novel ni menarik, mengisahkan cinta seorang gadis yang rupa paras tidak menarik dan gemuk dengan seorang jejaka yang kacak bergaya tetapi sombong. Bemacam hal terjadi sehingga mereka berkawan rapat. Namun rupa-rupanya persahabatan mereka hanyalah berdasarkan pertaruhan oleh jejaka ini dengan rakan-rakannya yang menyebabkan si gadis berasa malu dan sakit hati. Kemalangan maut yang menimpa si gadis berlaku di depan mata jejaka kacak ini merubah segalanya dan terus menghantui hidup jejaka ini sehinggalah dia dijodohkan dengan gadis pilihan keluarganya....



EMPAT


Cinta Tak Terucap - Imani Hatta

Cinta Tak Terucap menceritakan tentang kisah cinta selepas alam perkahwinan antara Ammar Mirza dengan Suri Imani. Ammar merupakan bos di syarikat tempat Suri Imani bekerja dan terkenal dengan perangai buaya daratnya. Hal ini membuatkan Suri Imani merasa jengkel apabila mengetahui yang bapanya mahu menjodohkan dia dengan anak kepada sahabat baik ayahnya itu. Namun, tanpa sedar, Suri Imani sebenarnya sudah jatuh hati dengan Ammar ketika pertama kali bertemu lelaki tersebut ketika dihantar praktikal di syarikat itu sejak awal lagi. Rumahtangga mereka sedikit goyah apabila diganggu pihak ketiga yang dengki akan kebahagiaan mereka berdua. 



TIGA

Fiksyen 302- Ramlee Awang Murshid

Kisah berunsur thriller juga merupakan salah satu genre kesukaan MsKay kerana unsur sebegini meransang daya fikir pembaca. Novel ini agak berat kerana terdapat unsur pembunuhan serta permainan psikologi. Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh bekas penghuni hospital mental dikatakan diarahkan oleh makhluk ganas dan menakutkan yang digelar Zonan. Untuk mencari solusi kes yang misteri ini, dua orang psychiatrist melakukan experimentasi terhadap seorang peguam untuk merentasi masa dan mencari siapakah dalang pembunuhan yang sebenar. Namun, terjadi pertukaran watak yang menjadikan cerita ini semakin rumit.



DUA

Kampung Girl - Umi Kalsom

Kampung Girl, Ainnur namanya. Ainnur yang sangat tidak disukai oleh Ashraf. Gadis yang Ashraf sangat meluat kerana pada lelaki kacak ini, gadis kampung cetek akal, selekeh dan tidak setaraf dengannya yang tinggal di bandar. Kejutan yang tidak dapat diterima akalnya apabila mummy meminang gadis itu untuknya. Kerana sakit hati dengan perangai Ashraf, Ainnur sengaja tidak memberitahu lelaki itu tentang profesionnya sebagai seorang guru yang mendapat pendidikan di luar negara. Namun rahsianya terbongkar pada malam pertama perkahwinan mereka yang membuatkan Ashraf semakin marah kerana berasa diperbodohkan oleh Ainnur. 




SATU

aA + bB - Hlovate

Benz Aliff. Musuh ketat yang mendapat carta teratas dalam hati Addin Shah. Lelaki yang pernah memalukan dirinya di khalayak ramai ini adalah nama yang paling dia mahu padamkan di kotak ingatannya. Percutian Addin di Holland yang menemukannya dengan Ayie menjadikan mereka rapat dan sering berchatting di laman sesawang. Perkahwinan tanpa rela Addin Shah dengan Benz Aliff terjadi apabila abang kembarnya terbabit dalam kemalangan dan meminta adiknya menerima Benz, sahabat karibnya kerana dia percaya Benz mampu menjaga Addin sekaligus membahagiakan adik kesayangannya itu. Pertelagahan masih berlaku selepas mereka diijabkabulkan. Namun duduk serumah membuatkan meraka bertolak ansur dan akhirnya menjadi rapat dan membuahkan bibit bibit cinta antara mereka.



MsKay suka akan kelima-lima novel ni. Bagi MsKay yang tak pernah bercinta ni, menbaca buku buku sebegini sedikit sebanyak mengajar MsKay tentang erti cinta, sekaligus buatkan MsKay rasa nak kawin cepat. Hahaha. Cinta selepas kahwin adalah seindah indahnya cinta. Semoga Allah pertemukan MsKay cinta yang indah seperti dalam novel-novel yang MsKay baca. InsyaAllah... 

-MsKay-

Saturday, June 23, 2012

Being With Family is the BEST moment

Cik Diary,

Kita dah dua minggu kat Kuala Pilah ni lepas dua bulan lebih cuti semester hari tu. Kita agak rindu la dengan family kita. Rindu dekat Mak, Ayah, Kak Lang, Kak Wani, ngan Adik. Abang Farid jarang balik, so tak rindu dia sangat. Hahaa. Tapi rindu Abang Fadhil sebab dia kat obersea kan..dan sebab kita lebih rapat dengan Abang Fadhil coz beza kitorang 2 taun je :D

Semester ni kita sibuk sikit. Yelah, ade mini project biology yang nak disettlekan sbb tulah yang akan ganti paper final utk subjek ni. Minggu ni actually rasa nak balik. tapi tak jadi sebab takde kawan nak balik sesama. Nanti kena naik bas sorang2, naik tren sorang2.. im not that brave to be on my own. Hihii..

So, hasilnya, kita pujuk mak ngan ayah utk datang pilah. Kita cakap kat emak, mak sampaikan kat ayah. Alasannya, banyak baju tertinggal kat umah haritu..And, ayah setuju..Yayy! Hahaha.

Tadi Mak datang ngan Ayah, ngan Adik. Jumpa la kejap lepas rindu.. Dapat tengok muka pun dah hepi sangat dah. :DD dapat baju2 tu, dapat bahan makanan sikit, and some lauk :) Thanks Ayah, Thanks Mak.. I love you so much. May Allah bless my parents all the time.. :')

Next week memang tak boleh balik. ade Exam MUET. perghh..berdebar ni nak speaking. Lama dah tak speaking.. :P

Do'akan yang terbaik ye., InsyaAllah :)

-MsKay-

Kusut

Dear Cik Diary,

Every second i try to forget about him, i fail to do so. 
The memories about him always appear. 
Now i dont know what to do. 

Should I keep waiting with hopes?
or
Should I try to find somebody else to fill the empty space in my heart?

Hmm.. sometimes i feel like..
'Ahh..kenapa aku taip semua ni?'

-MsKay-

Thursday, June 21, 2012

Sesak Di Dada!

Hai Cik Diary!

Hamboi kemain kan tajuk Sesak di Dada bagai. Haha
=D

Kejap je dah dua minggu dah kita kat semester baru ni. Means ada lagi duabelas(12) minggu je lagi untuk

FINAL EXAM. Erkk...!

Hidup semester ini terasa bersenang lenang sangat sebab kelas tak banyak lah kononnya. Empat subjek je la pada awalnya.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya renyai2 waktu tengah hari tadi. Hukhuk.
ENT300 menggugat keamanan jadualkuu.

Isnin pagi pukul 8-10
Jumaat petang pukul 3-5
Tidakkah ini suatu malapetaka? Haha

But no worries,
Doalah ada pelangi lepas hujan.

Moga membantu untuk dpt Dean's List semester ni.
InsyaAllah :)

-MsKay-

Wednesday, June 20, 2012

Be strong, duhai hati..

Dear Cik Diary,

I dont even thinking bout him again.. but i have no idea how come dia boleh appear in my dream last night..

He sat besides me and smile at me.


Astaghfirullahaladzim
Ya Allah, kuatkan hatiku ni... 













-MsKay-

Monday, June 18, 2012

Kesian Budak Tu...

Situasi: 
Mengayat Taktik Lama Zaman Kuno
Masa: Semalam 

Caller: Hello.. siapa ni?
MsKay: awak yang call, awak la siapa?

Caller: hehe..saya Wan.. awak siapa nama?
MsKay: saya Kay. ada apa call ni?

Caller: saya saja-saja je call. tak buat apa, bosan lah.
MsKay: Ohh..abih tu?

Caller: Awak duk mana ni?
MsKay: Pilah.

Caller: Ooo.. jauhnya. Awak ni form berapa eh?
MsKay: . . . . . (gelak da dalam ati) . . .

MsKay: Awak ni budak sekolah eh? Hahaa
Caller: Baru abih sekolah. Awak form berapa? (againnn)

MsKay: orang dah masuk uni da pun. Hahahaha
Caller: Aaa? Tipulaa..

MsKay: Mana ada tipu. Dah semester 5 dah pun. Haha
Caller: . . . . . . oh .. . . .  ok..ok.. takpelah. (Letak fon)

MsKay: Hahahahah :DD

Moral of the story: Lain kali, magrib2 g solat ye dik, jangan sibuk nak kacau orang. Kan dah maluu. Plus, hentikan la ganggu orang dengan dail random macam tu. Lapuk sangat da. Perempuan suka lelaki gentleman. Kalau suka, cakap depan depan. Okay, :)


ps: boleh pulak aku jawab call tu smlm eh.. hahaha
-MsKay-




Sunday, June 17, 2012

Hujung Minggu :)

What day is today?

SUNDAY

The day people love bermalas malasan. 

And I do bermalasan sekarang. Hahaa. Baru je lepas tengok Running Man EP 98. Episod kali ni best sebab my Gary hyung jadi watak utama.. The Real Zombie. eja betul betul tau. bukan ZOMBA, okeh? :D

Actually my body is not so well today. And lupa pulak nak beli panadol before balik sini. Takde sebijik pun. Eh panadol dgn pcm tu sama tak? Kita ada pcm je ni or lebih tepat lg ubat demam bulan lepas. Boleh eh makan pcm ganti panadol? Hahaha. Sorry kita tak tahu sangat pasal ubat2 ni sbb tu kita tak amik medic :D

ok..selamat berhujung minggu!

Salam Israk Mikraj


ps: kita cuti israk mikraj esok. jangan jelly! hehehe


-MsKay-




Friday, June 15, 2012

Just a diary

Dear Cik Diary,


MsKay kat PTAR UiTM ni dengan groupmates. Waahh konon rajin lah ni kan... Hehee. Tak sangat la. Tengah diskas pasal Mini Project utk subjek BIO300 ni la.. Baru dua hari datang kuliah, dah dihadiahkan mini projek ni. Baik sangat lecturer dip sains kan. Rasa disayangi. HAHA. Takpe, ade baiknya. Takde la rasa nak honeymoon sangat. Baru boleh dapat DL. Projek ni substitute kami punya final paper. So, berkurang la paper utk final nanti. Tak payah baca banyak2 sangat. hewhew :D




-MsKay-


Moments


That moment,

When you wanna cry, but your tears hiding in your heart.

That moment,

When you wanna have something you like, but you couldnt have it.

That moment,

When you secretly love somebody, and you only can keep it as a secret.

That moment,

When you get jealous with your friend, but you shouldnt be like that

That moment,

When your heart beats abnormally, and dont know why.

That moment,

When someone tell you he loves you, and you cant love him back.

That moment,

When you falling in love, and you wish that the feeling isnt true.

That moment,

When you try to forget somebody, but your memory dont wanna let him go

That moment,

When you think you're all alone but you forget that your family always there for you.

That moment,

When you change your identity, but you know the original of you is the best

That moment,

When people think you're not pretty, they're just blind to see your pretty heart

That moment,

When you think why I type all these moments, and there's no other answer, it's from the bottom of my heart.


-MsKay-
00.05
15June2012

Monday, June 11, 2012

Convocation PTPL

Welcome to third year of study... Alhamdulillah, dah masuk semester kelima pengajian diploma MsKay kat UiTM ni. Seronoknyaaaaa :D *menari poco poco*

Cik Diary,

Awal awal ni dah rasa semangat. Nak DEAN'S LIST semester ni. Harus! InsyaAllah akan berusaha, doa dan tawakal utk dapatkan target ni. Lepas ni nak kurangkan k-drama. Running Man takpe. Hewhew..

Actually semangat ni datang lepas attend convocation abang saudara. Ni kira first time lah kita tengok secara live depan mata orang convo. sebelum nih convo kakak ngan abang kita tak dpt datang.. huuu. Yang paling best, MsKay and my sis dapat Pas IbuBapa/Penjaga , so dapat duduk dalam dewan MSU yang serba gah tu.. hehee :D
The happiest day for them. Kebanjiran Graduan PTPL.

me and bro Ajak after convocation
Graduan PTPL : Diploma of Business Management

Sis Fiza n Bro Ajak

Terujaaa ke tidak? Heheee. Can't wait for my turn next year. InsyaAllah

Congratulation to Abdul Razak bin Abu. May Allah bless your life  :)

-MsKay-





Wednesday, June 6, 2012

Which Hurts The Most


Have you ever wondered which hurts the most: saying something and wishing you had not, or saying nothing, and wishing you had? - Unknown

Dear Cik Diary...

Mana yang lebih melukakan ; 

Terlepas kata yang kita tak mahu katakan?
Tak mengatakan hal yang sangat ingin dikatakan?

For me, both are hurtful. Kadang kadang kita terlepas kata kerana faktor emosi, provokasi dan rasionaliti. Kalau nak ikutkan pengalaman, yang lebih menyakitkan is the second statement kot. Hehe pengalaman sangat la ni :D

MsKay is a person yang selalu pendamkan banyak perkara dalam hati. Cth: Pegi mall, tengok barang cantik,, well sebagai 'perempuan' kita memang la suka barang cantik cantik ni. Tapi setakat boleh suka je lah kan. Nak beli apa pun mesti kepala akan congak dulu " kalau aku beli barang ni, penting ke tak? berbaloi ke tak?" dan paling penting "aku mampu ke?" dan bukan aku lah orangnya nak merengek meminta kat mak ayah. Yeah, pendam je lah kan..

Hidup ni bukan seindah macam cerita dongeng mahupun drama korea. Kalau drama korea, orang yang tak berapa cantik, hidup susah, akan jumpa Prince Charming yg selalunya seorang 'chaebol' kan. Dan hidup diorang akan berubah 360degree. 

Ini dunia reality. Kita kena berusaha, doa dan tawakal kalau nak berjaya. Jangan ikutkan sangat kata hati. Yeah, memang menyakitkan. But that's called LIFE. Kita takkan dapat semua yang kita nak. Dan apa yang kita harapkan tak semuanya akan menjadi. Kenalah sabar, sabar dan sabar. Itulah pengukur kekuatan iman.

Anda Bagaimana? :)


-MsKay-
11.29PM
06. 06. 2012

 




Monday, May 28, 2012

Lelaki Dalam Sut Hitam

Cik Diary,

At last... Akhirnya... JengJengJenggg <--- gaya saspen habis lah konon ni.

Kita dah tengok Men In Black 3.

Fuhhh la kan. Padahal MIB yg first tu kita firsttime tengok kat TV3 beberapa minggu lepas. Hewhewhew MIB2 lagilah tak penah tengok lg.. hiks hiks

Memula plan nak tengok kat Curve la kann, akan tetapi berlaku insiden2 yang tak disangka sangka. wanna know what? boleh pulak mall tersebut blackout satu bangunan. Kiranya inilah pertama kali kita masuk mall yang malap. haha. seb baik pagi kann, kalau malam? Dahtu kat lua cinema tu orang beratur panjang sangat. rasanya sbb blackout time tgk movie la tu kankan? hahaha

Sebab nak tengok jgk MIB3, kitorang pegi kat OneUtama je. Berapa bintang nak bagi kat MIB3 eh? hmmm.. 8/10 lah. Hihiii :D

Yang penting, Neutralizer and Motor tu sangat cool. Ada dijual dimana mana takk? Hihuu


Boris The Animal. Alien Jahat.


Young Agent K, Agent J and Old Agent K

Yang tetengah tu Griffin. He's weird but cool.


Yang ini MsKay, tau. Bukan Agent Kay punya gelpren.  miahaha :D





PS: pasal watak griffin yang omey tu, kita teringat griffindor citer heripoter tu. wehehehe;p


~ MsKay ~









Sunday, May 6, 2012

Dah Nasib

Dear Cik Diary,

Kita sebal banget nih. Kita nak ikut mak ayah kita keluar. Ayah nak survey barang utk g haji nanti. Kakak kita nak beli barang dia sikit. Kita pun nak carik barang sikit kononnya. Adik kita nak ikut jugak tanpa tujuan sebenar.

Cik Diary.,

Kita dah wangi dah tadi. Tinggal keluar umah then masuk kereta. Tapi tiba tiba kakak kita sorang lagi yang belum balik keje tu ade problem sikit. Dia takde kunci rumah pun.

Emak cakap,

"Terpaksa la sorang tinggal. Izah (kakak) ikut, Adik ikut, Diknor tinggal tunggu kat umah."

Ok. Foinee. Sebab Adik takkan dibenarkan tinggal sorang. Babai lah.... Hukshukss (kesat hingus)


ps: semoga hikmahnya nanti saya dapat pegi travel ke tempat yang best best :D

-Ms Kay-


I seek forgiveness from Allah the Almighty

Dear Cik Diary..,

Kite rasa kite lalai sejak akhir akhir ni. Sibuk memandang keindahan duniawi. Sedangkan yang kekal tu adalah akhirat. Kite rasa kita ni teruk lah. :'(

Astaghfirullahaladzim.. Astaghfirullahaladzim.. Astaghfirullahaladzim..




-Ms Kay-

Wednesday, May 2, 2012

Bila cakap pasal calon dot dot dot

Dear Cik Diary,

Saya nak bagitahu, hati saya telah pulih. Hati saya tak berdebar lagi bila sebut nama dia. Alhamdulillah.



Cik Diary,

Budak deploh taun macam kite ni memang akan mula rasa gatal nak kahwin ke? suka na cakap pasal early marriage. kuikui =P

Hari tu kite sembang dengan abang kite yang kat Mesir nun. Memula sahjee la nak menyakat dia. Kite tanya,

"Dil, kau dah ada calon ke dekat sana? Yelah, boleh cari calon yang baik baik dekat sana yang sama belajar," Hehe. Kite tau dah senanye abang kite nak jawab ape,..

"Aku mana pandai bab bab ni.. Kau jelah tolong carikan untuk aku, "

Kuikui. Memang aku tahu dah, sengal punya abang. umur 22 dah. Bab perempuan dia memang cetek. Kihkih. Tapi abang Mesir ni better dari abang Sri Petaling tu. Yang tu rasanye perempuan yang takde kena mengena dengan family kitorang memang dia tak kenal langsung kot.. Hahaha.

Berbalik dekat abang Mesir. Kite reply dia,

"Aku mana tahu nak carikkan calon kau. Apa kate kau carikkan je calon untuk aku. Hehe" Ini motip sebenar. Nak mengorat kawan dia. Kuikui. =D

"Amboi, kemain lagi. Abiskan belaja tu dulu, nanti baru pikir pasal kawen. Kak Wani ngan Kak Lang belum lagi, takkan nak langkah bendul?"

Adehh, kite tak mintak nak kawen sekarang. Kite mintak calon je. Hemm, BAIK, abang.


-Ms Kay-

Monday, April 30, 2012

Kongkong?

Dear cik Diary,

If u're a 25 year-old lady or above that, and your parents still control your activity such as where are you going, who you are going to meet, what you do with your money,..and always ask you this and that..

Do you think all these as "Kongkong" ?

I dont think so. They're CONCERN about you.

As you are not married yet, girls,.. you must always remember. U're under your Ibu and Ayah responsibility. If you do something wrong, people out there will say " Mak Ayah dia tak ajar ke? " "Anak sapa la tu" "Kesian mak ayah dia" Always, your parents will be blamed for your wrongdoings.

You're old enough to think, right? ^^ If you dont want your parents control your life, it's easy. Go get married.




-MsKay-




Friday, April 27, 2012

Rezeki from Allah

Dear Cik Diary,

I juz got my final exam result for my 4th semester.

The way to check the result is soooo annoying. I refreshed my email so many times. At first, i thought maybe the email cant in as i didnt clear my emel sampai dah over 10k..haha. Deleted. Trashed. Still. No new email even in the spam. Rasa nak gigit orang.

My friend suggested to check the result via our official student email. At first terkapai kapai jugak. Akhirnya....

Tadaaa!!


Ini sahaja REZEKI saya kali ni.

Cik Diaryku,...

Rezeki tu kita tak boleh jangka, kan? Saya expect higher utk Bio. But nak buat macammana, Allah lebih tahu. Sesungguhnya ketentuan Allah itu sentiasa ada hikmahnya. 

So, redha je lah. 



-MsKay-

Tuesday, April 24, 2012

Panas

Dear Cik Diary,

Cuaca kat shah alam agak panas sejak dua menjak ini. Semalam saya dah makan dua ketul eskerim. adik saya sudah bantai dua cornetto baru yang iklan dekat tv tu. Saya makan level tropicana je.

Tidur pun dua kali. Tidur sebab panas. Pun boleh kan macam tu. Yelah bila panas, tak rasa nak buat apa apa. Duduk tercongok depan kipas and kemuadian terlena dengan keasyikan kipas.

Semua yang Allah jadikan itu mesti bersebab. Mesti ada silver liningnya. Konfem ada hikmahnya. kena yakin itu.

Kakak cakap: Boleh kurus macam ni. Peluh tak berenti.. Tak payah susah susah pergi exercise.
(biasalah saya tokok tambah sikit, Haha)

Mak cakap: Boleh hitam.
Ini hikmahnya ialah...aa,. mungkin emak nak sampaikan yang takpayah nak pegi pantai sanben2, dekat rumah pun boleh. Ini hikmah kan.. hehe

Hikmah lain?

Cepat sikit kerjakerja orang buat rumah depan rumah saya ni siap. Bising hari hari.


ps: rasa nak tempah tiket kapal terbang pergi negara sejuk

-MsKay-


Sunday, April 22, 2012

Saya Rasa Cemburu

Dear Cik Diary,

Saya nak mengadu ni. Boleh tak? Saya tahu awak sudi dengar, *terharu*

Tadi abang saya call dari Mesir. Dia rindu Mr Farid kot sebab Mr Farid balik subang semalam dan dah balik pun petang tadi. . His only brother. Macam saya, saya ada dua abang, dia dan Mr Farid. Haha dah kenapa mahu tulis itu.

Dekat Mesir tu ada kazen jugak. Mr Kazen ambik medic kalau tak salah. Dekat UK pun ada kazenkazen. Seorang ambil Engineering, sorang lagi ambil Ekonomi. Yang ambil ekonomi ni mix German. Little sister dia comel. Eh itu pun tak perlu state ke? hehe. Tapi saya serius, imagine little girl kacukan German. Comel sampai rasa nak culik. Haha. Jangan lah Mr Ujang jumpa entry ini.

Okay, comel itu bukan niat aduan sebenar sebab dah kenapa pun budak comel pun nak jadi aduan. Ekau sihat tak? Hii~

Cik Diary,

Tigatiga kazen diatas adalah sebaya dengan saya, se'spm' dengan saya dan they all semua punya spm result adalah sangat langitdenganbumi berbanding saya. Dengan itu, saya rasa kecik je depan diorang ni, walaupun saya sememangnya ketot.

Saya rasa Cik Diary faham dah kan apa yang saya nak sampaikan...

Saya cemburu. Saya jeles dengan mereka. jahat kan saya... Kadang kadang rasa sedih je. Sedih sebab saya tak belajar rajin rajin dulu. Bukan lah jeles negative. Jeles yang mengakui kesilapan sendiri. Ke negative jugak tu?

Cik Diary,

Bila saya dah kaya nanti, saya nak belajar ke luar negara. Bila saya kayalah sebab sekarang mana mampu. Hehe. Doakan saya tau. tau. tau,......


-MsKay-




Komen je tahu.

Dear cik Diary,

Saya suka komen cerita cerita di tv. lagak macam pengomen profesional. hikhik. semua itu macam dah otomatik pulak. Mana taknya, kadang kadang cerita seram boleh jadi kelakar sebab dialog2 pelik yang macam tak relevan dengan babak tu. Ke saya ni yang tak pandai dalam menghayati cerita? hihi.

cik Diary,

Kalau saya tak nangis tengok cerita sedih, teruk ke saya? Saya rasa dah macam mindset saya, "itu cuma movie, itu cuma drama, eleh dia berlakon je,," sebab tu air mata saya tak rela nak keluar kalau tengok cerita sedih sedih. hehe. cik diary pun macam saya tak?  Tapi kan cik diary, orang kata kalau tak selalu nangis, hati boleh jadi keras. Sungguh ke? Saya takut jugak hati saya keras,.. Ajarkan saya menangis.

cik Diary,

Yang seram seram pun saya tak takut. Hari tu kawan serumah ajak tengok cerita seram korea. Diorang jerit jerit tengok cerita tu. Tapi saya gelak gelak. Sungguh saya ni kurang normal kan? HAHA. Lepas tu tengok cerita seram omputih. Lagilah tak seram. hahahaha. Gelak jugak. Hal ini buat kawan saya cakap " Dia ni tak ada perasaan ke? " Cubalah tengok "White" dengan "Paranormal Activity 3" tu. Kalau Cik Diary pun gelak, saya normal la tu.

Haihh, cerita hantu klasik di tv ni sungguh kelakar. Bukan saya je, tapi kakak, emak, yang tengok pun gelak gelak tengok cerita ni. See, family saya memang macam ni. Haha.  Eh terkomen lagi...



-MsKay-

Saturday, April 21, 2012

Saya Nak Jadi Kaya

Dear cik Diary,

Saya rasa saya ni dah banyak berubah. Ade perubahan yang baik, but ada jgk yang macam makin teruk. Kadang kadang saya saya nak kembali ke zaman kanak-kanak yang penuh rasa happy.

Saya ni tak pandai berkawan ke? I can feel that people around me macam tak nampak kewujudan saya. Am I being paranoid? haha. oh mungkin hormon tak berapa nak stabil sekarang tu yang fikir bukan-bukan. agaknya lah.

Kaki kebas. kejap, kejap. nak ubah posisi duduk. kaki dah rasa semutsemut. grrr. Benci.

okay, sambung lagi. Saya rasa saya ramai kawan. cuma saya kurang pasti adakah mereka anggap saya sebagai kawan? Only Allah yang tahu.


Tak apalah.,.bak kata seorang insan,



cik Diary,

Saya selalu hidup dalam angan angan. Saya selalu rasa nak jadi kaya. nak jadi kaya. nak jadi kaya. Sebut berkali kali sebab mak cakap kata2 tu doa. Amin... hehe. Tak salah berangan kan. Angan- angan saya adalah cita cita saya. Cita cita saya adalah impian yang saya akan usaha dapatkan selagi yang saya mampu. InsyaAllah, doakan sama untuk saya.

Nak jadi kaya tak bermaksud seseorang tu materialistik. Saya ni boleh dikatakan sayang duit. hehe. Bila dah spent duit tu, sometimes balik rumah akan rasa semacam. Sebab apa sayang duit? Sebab saya bukan dari family berduit. Kadang kadang rasa jeles dengan kawan kawan yang boleh dapat apa je yang diminta. Yang boleh call parents dia, ask this dan that and kejap je boleh dapat. Tapi rasa cemburu tu bila dijadikan anjakan paradigmanya, saya jadi lebih bersemangat untuk jadikan angan angan kepada realiti.

Mampukah saya?

Yang penting bagi saya, apa yang mak saya ingatkan,

Abang kamu dah sambung degree. Takkan kamu nak sampai diploma? Aim for the highest, Nor. Kalau tak dapat nak bantu ayah pun, atleast bantu diri sendiri. Belajar tu bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. 

Yes mum. I'll do it. Saya akan jadi kaya. InsyaAllah., :')


sampai disini dulu,.


~MsKay~

Friday, April 20, 2012

Life

Dear Cik Diary,

Hari ini belakangku sakit lagi. dah dua minggu ni. mak kata mungkin muscle pull. mak cakap aku tak banyak senam. memang betul lah tu, haha. aku tak rajin nak bersenam. kampung subang ni nak bersenam kat mana sorang-sorang? tak berani la pulak kan. dah lah encik warga asing berlambak dah kat sini. lagaknya macam diorang punya kampung kan. eii..memang sumpah tak berani keluar sensorang. hehe.

Aku dah tak masuk office. kerja tak ada, nak buat ape pulak nak datang ofis tu kan, takde sapa nak bayar aku pun. haha. sudahnye duduk membesarkan badan kat rumah. enjoy betul buat kuih bantal tetiap pagi. hehee. siapa ada nak offer aku kerja utk sebulan je,.nak jugak ni. sebulan je lah mampeww kan. haha.

Ramai kawan suruh amik lesen. sebab dalam kalangan housemet kat pilah tu, ai je yang masih takde lesen memandu. hai...siapa taknak amik lesen kan, juz ai ni bukanlah orang berduit sangat. parents nak pegi haji taun ni. nak beli itu ini. ai pun taknaklah nyusahkan mak n ayah utk mintak duit nak amik lesen. sebagai anak yang baik, kita kena ringankan beban mereka kan..? hehe.

okaylah cik diary. ai ni dah dapat penyakit insomnia. pukul tiga or empat pagi barulah boleh tidur. tp mak cakap paksa diri tidur awal. so ai rase pun nak paksa diri ni. Ai gudbai dulu ye..,,

-msKay-

Wednesday, April 11, 2012

rindu menaip

Tangan ini lancar menari-nari di atas papan kekunci tapi tak tahu nak mencoret tentang apa sebenarnya. jari jemari sudah rindu akan blog ni.

tengah tengok tv ni haa. ape cerita entah. untung sangatlah kalau ade cerita best memalam buta ni kan. akhirnya aku tekan remote control tu kasi off dia punya power. huhu.

aku sebenarnya sedang mengelamun. rasa jealous bila dengar kawan sebaya dah ada yg bertunang, kahwin.. sumtimes rasa nak kawen juga, cuma tak ade calon je lagi. hehe. pikir pikir, bagus jugak kawen awal awal ni, at least boleh kurangkan dosa asyik duk usha mister jambu di pasaran. hikhik. tak ade lah, aku gurau je. mana ade mase nak usha2 pun, sebab hobi aku memerap dalam bilik layan drama korea. hehehe.

aku ni antisosial ke? entahlah,. ade kawan sekolah rendah aku dah cop aku antisosial. kurang asam mamat tu,. tapi kengkadang rasa macam ye jugak. cuba lah cek hempon aku, berapa kerat sangat lah aku mesej orang dlm sebulan. tak sampai seratus pun rasenye. call orang pun jarang, yang ade dekat call history tu pun bernama emak, ayah, izah (kakak aku) , yati (bestfren aku kat uni) and lain lain tu housemet aku. hihi. aku kurang berkawan dengan budak lelaki, maybe sebab tu kawan aku tu cakap aku antisosial eh? Aku bukan apa, kurang selesa dan sangat tak biasa kalau nak borak borak tak tentu hala dengan lelaki. bukan nak kata aku ni baik sangat, cuma mungkin itu memang diri aku sejak azali lagi kot? haha

sekarang ni pun umur dah duapuluhtahun. tak main dah belasbelas ni. terasa jugak dah tua. tapi, kakak sulung aku pun belum kahwin lagi, so aku boleh la nak ignore kejap perasaan tua tu. hee :D

Perancangan aku,


  • 2013-2015/16 . degree in biotechnology kat ukm. kalau ade rezeki la, InsyaAllah
  • 2016-2017. kerja dalam bidang berkaitan dengan kelulusan aku. InsyaAllah
  • 2018. get married. umur masa ni dah 26, elok sangat la kawen kan. hihi. tu pun, InsyaAllah 
hemm, habis dah mengelamun,. esok cuti kann, hehe. nak layan aA+bB tapi mana tah aku letak novel tu. lupa pulak, nampak sangat umur dah meningkat. haha. tak ape la, mata ni dah kuyu dah. ade jugak yang lelap depan laptop karang. dan ade jugak orang kena bebel esok pagi sbb bazir letrik tak off lappy. hihii. 

sekian , assalamualaikum :)

Saturday, March 10, 2012

semester empat, baucer buku dan final exam

Assalamualaikum..

lama rasanya tak jejak belog ni. sian dia berabuk. hehe

u all semua sihat ke? hmm, kalau tak sihat, pepandai la cari ubat, n moga cepat sihat ye. yang sihat tu, jangan lupa selalu ucap Alhamdulillah tanda syukur dengan nikmat kesihatan kurniaan Yang Maha Esa :)

Kay dah nak habis semester empat dekat UiTM ni.. rasa sekajap sangat dah nak masuk semester lima. maknanya tinggal setahun je lagi untuk tamatkan diploma. Doa supaya dapat diploma dengan jayanya, InsyaAllah Amin...

sekarang tengah study leave. next week final exam yang akan conclude segala macam ilmu yang dah ditimba sepanjang november-mac ni.. takut jugak fikirkan exam ni. sebab adalah satu dua subjek yang Kay tak berapa confident..

study leave kali ni Kay tak balik subang pun. huhu. rindu sangat dengan family sebenarnya. tapi tak apalah. kena lah belajar berdikari kan. Hari sabtu lepas jalan jalan dengan Miss Bestie ke seremban. yelah, orang tak balik takkan nak memerap je kat pilah ni. hehe. Misi utama kami ialah melunaskan baucer buku yang dah hampir luput tarikh ujung bulan ni.

Hasilnya? buku ilmiah, komik, novel, alat tulis, pendrive, mouse dan macam macam la jugak. bagus betul kedai Popular ni. semua benda dalam tu boleh guna baucer. hehe.

buku tu buku jugak. Alang alang dah keluar kan, kami berdua dating tgk wayang. nak tengok This Means War, tapi cerita tu lewat sgt so kami tonton Ghost Rider je. Not bad jugak movie tu. hehe

lepas tu shopping sikit sikit and then balik dengan kepenatan. part balik pun best sebab Allah bagi rezeki kami naik cab dari seremban ke rumah sewa di pilah just 10RinggitMalaysia sahaja. Alhamdulillah. :) Cuma sampai rumah tu kuyup sebab hujan lebat masa nak bukak gate umah. tak apaa, ade hikmahnya kan. :)

okay, first paper Organic Chemistry this Tuesday. Harap dapat jawab dengan baik.. doakan Kay ye.. thanks buddies.

Wassalam =)

ps: I miss my mother sangat sangat.

Monday, January 2, 2012

untuk si penggemar coklat. oh la la la :D

situasi: beli aiskrim yg dalam bekas.

adik : nak yang strawberry
cik kay : eii, taknak la strawberry,. amik coklat la..
ayah : yang vanilla la, lagi sedap..

solution: beli yang 3 in 1 punya. tige2 perasa ada. haha.

aku suka coklat. sangat suka. kalau beli wafer, air susu or gula-gula mahupun kek,.. seboleh-bolehnya nak yang perisa coklat. haha. mungkin sebab tu kulit aku coklat je, tak cerah macam vanilla. hehehe. kalau aku stress, merajuk or watsoever, aku akan cari coklat. tu je yang boleh cairkan hati aku. aku terrrgoda..hahah.

coklat ni banyaaak sangat khasiatnya.

ANTIOXIDANT


yups, coklat sangat kaya dengan antioxidant. haa, antioksidan ni bagus untuk protect kita punya body cells dan dna daripada free radikal. furthermore, antioxidant ni dia cegah formation of bahan lemak kat salur darah. ape jadi kalau salur darah tersumbat? kamu semua mesti tau kan, which is boleh sebabkn heart attack yang bawak risiko kematian. Antioksidan jugak terkenal dengan pencegahan kanser.. tahu je lah, macam2 jenis kanser wujud zaman globalisasi ni..

BUKAN MENGGEMUKKAN KITA PUN


makan coklat je, orang kate 'nak gemukkn badan ke?' hmm, persepsi anda salah, okay. semua makanan tak akan jadikan badan kita gemuk, UNLESS diambil dalam kadar berlebihan. so, jangan takut la nak makan coklat. hehe. rileks sudaa. berehat sebentar bersama kitkat jum. ahaha.







MENGUATKAN PERTAHANAN BADAN


lagi satu info yang nak dikongsikan, coklat ni bagus untuk sistem imunisasi tubuh kita. for example, mencegah daripada serangan virus, paling biasa is selesema. hmm, alhamdulillah, ai jarang sangat kena selesema ni.. :)

BAGUS UNTUK PEREMPUAN


common problem bagi perempuan. PMS. untuk pengetahuan anda, coklat ni ade magnesium. masa kedatangan haid, sesetengah perempuan mengalami menstrual pain, or ertikata BM nye, senggugut. salah satu punca senggugut ni ialah kurang magnesium. therefore, coklat ni membantu menambah magnesium dalam badan untuk mengurangkan kesakitan ketika datang bulan..

 err, lagi satu...yang ni aku gatal nak tambah2 :p

PRAKTIKAL UNTUK ORANG BERCINTA. (haha)

bagi lah coklat kepada si dia,boleh memupuk rasa sayang..sebaiknya kepada si dia yang halal bagimu. hehe





huhuu. info2 ni semua aku amik dari several websites. nak tahu banyak lagi, sila lah google sendiri ye..hehew :D In a nutshell, amalkan pemakanan coklat. pastikan halal, baru beli. :D



notabukulali: terbayang-bayang kek coklat moist di depan mata. hujung bulan ni na mintak kat mak la..hee.