Saturday, March 10, 2012

semester empat, baucer buku dan final exam

Assalamualaikum..

lama rasanya tak jejak belog ni. sian dia berabuk. hehe

u all semua sihat ke? hmm, kalau tak sihat, pepandai la cari ubat, n moga cepat sihat ye. yang sihat tu, jangan lupa selalu ucap Alhamdulillah tanda syukur dengan nikmat kesihatan kurniaan Yang Maha Esa :)

Kay dah nak habis semester empat dekat UiTM ni.. rasa sekajap sangat dah nak masuk semester lima. maknanya tinggal setahun je lagi untuk tamatkan diploma. Doa supaya dapat diploma dengan jayanya, InsyaAllah Amin...

sekarang tengah study leave. next week final exam yang akan conclude segala macam ilmu yang dah ditimba sepanjang november-mac ni.. takut jugak fikirkan exam ni. sebab adalah satu dua subjek yang Kay tak berapa confident..

study leave kali ni Kay tak balik subang pun. huhu. rindu sangat dengan family sebenarnya. tapi tak apalah. kena lah belajar berdikari kan. Hari sabtu lepas jalan jalan dengan Miss Bestie ke seremban. yelah, orang tak balik takkan nak memerap je kat pilah ni. hehe. Misi utama kami ialah melunaskan baucer buku yang dah hampir luput tarikh ujung bulan ni.

Hasilnya? buku ilmiah, komik, novel, alat tulis, pendrive, mouse dan macam macam la jugak. bagus betul kedai Popular ni. semua benda dalam tu boleh guna baucer. hehe.

buku tu buku jugak. Alang alang dah keluar kan, kami berdua dating tgk wayang. nak tengok This Means War, tapi cerita tu lewat sgt so kami tonton Ghost Rider je. Not bad jugak movie tu. hehe

lepas tu shopping sikit sikit and then balik dengan kepenatan. part balik pun best sebab Allah bagi rezeki kami naik cab dari seremban ke rumah sewa di pilah just 10RinggitMalaysia sahaja. Alhamdulillah. :) Cuma sampai rumah tu kuyup sebab hujan lebat masa nak bukak gate umah. tak apaa, ade hikmahnya kan. :)

okay, first paper Organic Chemistry this Tuesday. Harap dapat jawab dengan baik.. doakan Kay ye.. thanks buddies.

Wassalam =)

ps: I miss my mother sangat sangat.