Monday, April 30, 2012

Kongkong?

Dear cik Diary,

If u're a 25 year-old lady or above that, and your parents still control your activity such as where are you going, who you are going to meet, what you do with your money,..and always ask you this and that..

Do you think all these as "Kongkong" ?

I dont think so. They're CONCERN about you.

As you are not married yet, girls,.. you must always remember. U're under your Ibu and Ayah responsibility. If you do something wrong, people out there will say " Mak Ayah dia tak ajar ke? " "Anak sapa la tu" "Kesian mak ayah dia" Always, your parents will be blamed for your wrongdoings.

You're old enough to think, right? ^^ If you dont want your parents control your life, it's easy. Go get married.




-MsKay-




Friday, April 27, 2012

Rezeki from Allah

Dear Cik Diary,

I juz got my final exam result for my 4th semester.

The way to check the result is soooo annoying. I refreshed my email so many times. At first, i thought maybe the email cant in as i didnt clear my emel sampai dah over 10k..haha. Deleted. Trashed. Still. No new email even in the spam. Rasa nak gigit orang.

My friend suggested to check the result via our official student email. At first terkapai kapai jugak. Akhirnya....

Tadaaa!!


Ini sahaja REZEKI saya kali ni.

Cik Diaryku,...

Rezeki tu kita tak boleh jangka, kan? Saya expect higher utk Bio. But nak buat macammana, Allah lebih tahu. Sesungguhnya ketentuan Allah itu sentiasa ada hikmahnya. 

So, redha je lah. 



-MsKay-

Tuesday, April 24, 2012

Panas

Dear Cik Diary,

Cuaca kat shah alam agak panas sejak dua menjak ini. Semalam saya dah makan dua ketul eskerim. adik saya sudah bantai dua cornetto baru yang iklan dekat tv tu. Saya makan level tropicana je.

Tidur pun dua kali. Tidur sebab panas. Pun boleh kan macam tu. Yelah bila panas, tak rasa nak buat apa apa. Duduk tercongok depan kipas and kemuadian terlena dengan keasyikan kipas.

Semua yang Allah jadikan itu mesti bersebab. Mesti ada silver liningnya. Konfem ada hikmahnya. kena yakin itu.

Kakak cakap: Boleh kurus macam ni. Peluh tak berenti.. Tak payah susah susah pergi exercise.
(biasalah saya tokok tambah sikit, Haha)

Mak cakap: Boleh hitam.
Ini hikmahnya ialah...aa,. mungkin emak nak sampaikan yang takpayah nak pegi pantai sanben2, dekat rumah pun boleh. Ini hikmah kan.. hehe

Hikmah lain?

Cepat sikit kerjakerja orang buat rumah depan rumah saya ni siap. Bising hari hari.


ps: rasa nak tempah tiket kapal terbang pergi negara sejuk

-MsKay-


Sunday, April 22, 2012

Saya Rasa Cemburu

Dear Cik Diary,

Saya nak mengadu ni. Boleh tak? Saya tahu awak sudi dengar, *terharu*

Tadi abang saya call dari Mesir. Dia rindu Mr Farid kot sebab Mr Farid balik subang semalam dan dah balik pun petang tadi. . His only brother. Macam saya, saya ada dua abang, dia dan Mr Farid. Haha dah kenapa mahu tulis itu.

Dekat Mesir tu ada kazen jugak. Mr Kazen ambik medic kalau tak salah. Dekat UK pun ada kazenkazen. Seorang ambil Engineering, sorang lagi ambil Ekonomi. Yang ambil ekonomi ni mix German. Little sister dia comel. Eh itu pun tak perlu state ke? hehe. Tapi saya serius, imagine little girl kacukan German. Comel sampai rasa nak culik. Haha. Jangan lah Mr Ujang jumpa entry ini.

Okay, comel itu bukan niat aduan sebenar sebab dah kenapa pun budak comel pun nak jadi aduan. Ekau sihat tak? Hii~

Cik Diary,

Tigatiga kazen diatas adalah sebaya dengan saya, se'spm' dengan saya dan they all semua punya spm result adalah sangat langitdenganbumi berbanding saya. Dengan itu, saya rasa kecik je depan diorang ni, walaupun saya sememangnya ketot.

Saya rasa Cik Diary faham dah kan apa yang saya nak sampaikan...

Saya cemburu. Saya jeles dengan mereka. jahat kan saya... Kadang kadang rasa sedih je. Sedih sebab saya tak belajar rajin rajin dulu. Bukan lah jeles negative. Jeles yang mengakui kesilapan sendiri. Ke negative jugak tu?

Cik Diary,

Bila saya dah kaya nanti, saya nak belajar ke luar negara. Bila saya kayalah sebab sekarang mana mampu. Hehe. Doakan saya tau. tau. tau,......


-MsKay-




Komen je tahu.

Dear cik Diary,

Saya suka komen cerita cerita di tv. lagak macam pengomen profesional. hikhik. semua itu macam dah otomatik pulak. Mana taknya, kadang kadang cerita seram boleh jadi kelakar sebab dialog2 pelik yang macam tak relevan dengan babak tu. Ke saya ni yang tak pandai dalam menghayati cerita? hihi.

cik Diary,

Kalau saya tak nangis tengok cerita sedih, teruk ke saya? Saya rasa dah macam mindset saya, "itu cuma movie, itu cuma drama, eleh dia berlakon je,," sebab tu air mata saya tak rela nak keluar kalau tengok cerita sedih sedih. hehe. cik diary pun macam saya tak?  Tapi kan cik diary, orang kata kalau tak selalu nangis, hati boleh jadi keras. Sungguh ke? Saya takut jugak hati saya keras,.. Ajarkan saya menangis.

cik Diary,

Yang seram seram pun saya tak takut. Hari tu kawan serumah ajak tengok cerita seram korea. Diorang jerit jerit tengok cerita tu. Tapi saya gelak gelak. Sungguh saya ni kurang normal kan? HAHA. Lepas tu tengok cerita seram omputih. Lagilah tak seram. hahahaha. Gelak jugak. Hal ini buat kawan saya cakap " Dia ni tak ada perasaan ke? " Cubalah tengok "White" dengan "Paranormal Activity 3" tu. Kalau Cik Diary pun gelak, saya normal la tu.

Haihh, cerita hantu klasik di tv ni sungguh kelakar. Bukan saya je, tapi kakak, emak, yang tengok pun gelak gelak tengok cerita ni. See, family saya memang macam ni. Haha.  Eh terkomen lagi...



-MsKay-

Saturday, April 21, 2012

Saya Nak Jadi Kaya

Dear cik Diary,

Saya rasa saya ni dah banyak berubah. Ade perubahan yang baik, but ada jgk yang macam makin teruk. Kadang kadang saya saya nak kembali ke zaman kanak-kanak yang penuh rasa happy.

Saya ni tak pandai berkawan ke? I can feel that people around me macam tak nampak kewujudan saya. Am I being paranoid? haha. oh mungkin hormon tak berapa nak stabil sekarang tu yang fikir bukan-bukan. agaknya lah.

Kaki kebas. kejap, kejap. nak ubah posisi duduk. kaki dah rasa semutsemut. grrr. Benci.

okay, sambung lagi. Saya rasa saya ramai kawan. cuma saya kurang pasti adakah mereka anggap saya sebagai kawan? Only Allah yang tahu.


Tak apalah.,.bak kata seorang insan,



cik Diary,

Saya selalu hidup dalam angan angan. Saya selalu rasa nak jadi kaya. nak jadi kaya. nak jadi kaya. Sebut berkali kali sebab mak cakap kata2 tu doa. Amin... hehe. Tak salah berangan kan. Angan- angan saya adalah cita cita saya. Cita cita saya adalah impian yang saya akan usaha dapatkan selagi yang saya mampu. InsyaAllah, doakan sama untuk saya.

Nak jadi kaya tak bermaksud seseorang tu materialistik. Saya ni boleh dikatakan sayang duit. hehe. Bila dah spent duit tu, sometimes balik rumah akan rasa semacam. Sebab apa sayang duit? Sebab saya bukan dari family berduit. Kadang kadang rasa jeles dengan kawan kawan yang boleh dapat apa je yang diminta. Yang boleh call parents dia, ask this dan that and kejap je boleh dapat. Tapi rasa cemburu tu bila dijadikan anjakan paradigmanya, saya jadi lebih bersemangat untuk jadikan angan angan kepada realiti.

Mampukah saya?

Yang penting bagi saya, apa yang mak saya ingatkan,

Abang kamu dah sambung degree. Takkan kamu nak sampai diploma? Aim for the highest, Nor. Kalau tak dapat nak bantu ayah pun, atleast bantu diri sendiri. Belajar tu bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. 

Yes mum. I'll do it. Saya akan jadi kaya. InsyaAllah., :')


sampai disini dulu,.


~MsKay~

Friday, April 20, 2012

Life

Dear Cik Diary,

Hari ini belakangku sakit lagi. dah dua minggu ni. mak kata mungkin muscle pull. mak cakap aku tak banyak senam. memang betul lah tu, haha. aku tak rajin nak bersenam. kampung subang ni nak bersenam kat mana sorang-sorang? tak berani la pulak kan. dah lah encik warga asing berlambak dah kat sini. lagaknya macam diorang punya kampung kan. eii..memang sumpah tak berani keluar sensorang. hehe.

Aku dah tak masuk office. kerja tak ada, nak buat ape pulak nak datang ofis tu kan, takde sapa nak bayar aku pun. haha. sudahnye duduk membesarkan badan kat rumah. enjoy betul buat kuih bantal tetiap pagi. hehee. siapa ada nak offer aku kerja utk sebulan je,.nak jugak ni. sebulan je lah mampeww kan. haha.

Ramai kawan suruh amik lesen. sebab dalam kalangan housemet kat pilah tu, ai je yang masih takde lesen memandu. hai...siapa taknak amik lesen kan, juz ai ni bukanlah orang berduit sangat. parents nak pegi haji taun ni. nak beli itu ini. ai pun taknaklah nyusahkan mak n ayah utk mintak duit nak amik lesen. sebagai anak yang baik, kita kena ringankan beban mereka kan..? hehe.

okaylah cik diary. ai ni dah dapat penyakit insomnia. pukul tiga or empat pagi barulah boleh tidur. tp mak cakap paksa diri tidur awal. so ai rase pun nak paksa diri ni. Ai gudbai dulu ye..,,

-msKay-

Wednesday, April 11, 2012

rindu menaip

Tangan ini lancar menari-nari di atas papan kekunci tapi tak tahu nak mencoret tentang apa sebenarnya. jari jemari sudah rindu akan blog ni.

tengah tengok tv ni haa. ape cerita entah. untung sangatlah kalau ade cerita best memalam buta ni kan. akhirnya aku tekan remote control tu kasi off dia punya power. huhu.

aku sebenarnya sedang mengelamun. rasa jealous bila dengar kawan sebaya dah ada yg bertunang, kahwin.. sumtimes rasa nak kawen juga, cuma tak ade calon je lagi. hehe. pikir pikir, bagus jugak kawen awal awal ni, at least boleh kurangkan dosa asyik duk usha mister jambu di pasaran. hikhik. tak ade lah, aku gurau je. mana ade mase nak usha2 pun, sebab hobi aku memerap dalam bilik layan drama korea. hehehe.

aku ni antisosial ke? entahlah,. ade kawan sekolah rendah aku dah cop aku antisosial. kurang asam mamat tu,. tapi kengkadang rasa macam ye jugak. cuba lah cek hempon aku, berapa kerat sangat lah aku mesej orang dlm sebulan. tak sampai seratus pun rasenye. call orang pun jarang, yang ade dekat call history tu pun bernama emak, ayah, izah (kakak aku) , yati (bestfren aku kat uni) and lain lain tu housemet aku. hihi. aku kurang berkawan dengan budak lelaki, maybe sebab tu kawan aku tu cakap aku antisosial eh? Aku bukan apa, kurang selesa dan sangat tak biasa kalau nak borak borak tak tentu hala dengan lelaki. bukan nak kata aku ni baik sangat, cuma mungkin itu memang diri aku sejak azali lagi kot? haha

sekarang ni pun umur dah duapuluhtahun. tak main dah belasbelas ni. terasa jugak dah tua. tapi, kakak sulung aku pun belum kahwin lagi, so aku boleh la nak ignore kejap perasaan tua tu. hee :D

Perancangan aku,


  • 2013-2015/16 . degree in biotechnology kat ukm. kalau ade rezeki la, InsyaAllah
  • 2016-2017. kerja dalam bidang berkaitan dengan kelulusan aku. InsyaAllah
  • 2018. get married. umur masa ni dah 26, elok sangat la kawen kan. hihi. tu pun, InsyaAllah 
hemm, habis dah mengelamun,. esok cuti kann, hehe. nak layan aA+bB tapi mana tah aku letak novel tu. lupa pulak, nampak sangat umur dah meningkat. haha. tak ape la, mata ni dah kuyu dah. ade jugak yang lelap depan laptop karang. dan ade jugak orang kena bebel esok pagi sbb bazir letrik tak off lappy. hihii. 

sekian , assalamualaikum :)