Monday, February 22, 2010

Result SPM dah makin dekat!!!

Risau, gelisah, resah, takut, seram dan macam-macam lagilah rasanye... Nur takut sangat kalau-kalau ade yg kantoi (dlm kate lain xkredit lah..) antara yang Nur takutkan resultnye ialah Add Math, Physic dan Chemistry pasal Nur tak pandai dalam subjek2 tu..Nur cume berdoa agar subjek2 tu lepas tahap kredit..dapat C pun Nur kira Alhamdulillah la..

Nur bukan apa, Nur teringin sangat nak masuk Universiti macam orang lain..kalau boleh under kerajaan sbb kos dier rendah sikit drp swasta..cukup lah kakak2 Nur shj amik kat swasta..Plus, dlm family Nur, belum ada lagi siblings Nur yang masuk IPTA.. Parents Nur harap sangat Nur jadi their first child yang masuk IPTA..they will be happy if Nur dapat tawaran IPTA.. dan itu jugak yang buat Nur takut kalau result SPM Nur tak bagus...

Apa pun, Nur harap semuanya berjalan lancar..semoga doa2 semua dapat mengiringi kejayaan Nur..InsyaAllah..

Wassalam :)

Saturday, February 20, 2010

Kenangan SMKS...

Kali ni Nur nak bercerita tentang antara kenangan2 manis semasa belajar di SMK Subang..

1. Nur pertama kali dapat ikut aktiviti camping anjuran sekolah, Kem Mesra Rakan kat Port Dickson..selama ni, xpernah pun dapat peluang camni..dapat peluang ni pun sebab Nur dilantik menjadi PRS ( pembimbing rakan sebaya) kat sekolah Nur dulu..Kalau skolah rendah dulu, parents Nur tak pernah izinkan Nur ikut camping..Jadi, ni adalah kenangan manis buat Nur...hehe..

2. kenangan manis jugak buat Nur bila diamanahkan menjawat jawatan penghulu muda 2 tahun berturut2(2006&2007)..seronok juga bila terpilih tapi tanggungjawabnya agak besar la..haha..lg satu, bila menjadi penghulu muda, kita dikenali cikgu dan kita jugak kena kenal cikgu..kalu x habisla bila ade tugas..hehe..

3. Nur jugak rasa bertuah bila terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz kerjaya 2008 peringkat daerah..ahli kumpulan kami ialah saya, Khaizatul, Liza dan Diana..
Not bad bila kami dapat ke pusingan final n dapat tempat ketiga..Lepas kuiz tu habis, kami dibelanja makan oleh cikgu kat KFC..hehe..sedapp...
The next year, kami dihantar lagi mewakili sekolah dlm acara yang sama..Dan kami menjadi JOHAN kuiz tersebut..YEEAAAHH! Alhamdulillah syukuuurr...!







4. Hari Guru ke-17...akan kekal dalam memori, haha..Setiap kelas akan memberi hadiah kepada guru masing masing dan hadiah kami ialahh.....: Video ucapan hari guru drp gurlz ALPHA dan sketsa kelakar xhingat dpr ALPHA boyz..i still simpan the salinan rakaman video tu..kakakaXDDDD

5. JAMUAN HARI RAYA 5ALPHA 09....seronok sangat..tapi masa tu budak2 sedang PMR so, xleh la kecoh sgt..kami buat kat kelas paling hujung..setiap orang bawak sumthing..
Menu utama kami ialah Spageti..Pengakuan saya: itu la first time saya makan spageti.. For me, the taste is good.. i like it..ngee~~




6. Majlis Restu SPM
masa majlis ni, kami calon2 SPM09 akan bermaaf maafan dengan cikgu2 dan meminta restu dari mereka akan ilmu2 yang telah kami pelajari sepanjang bergelar murid..
Hari yang sebak..Nur dapat lihat ramai antara rakan-rakan seperjuangan Nur menitiskan air mata sesungguh-sungguhnya.. Ye lah.., lepas ni, kami takkan bergelar murid SMKS lagi..Kami turut bermaafan sesama sendiri agar hati kami tenang untuk menjawab soalan soalan SPM nanti...

7. Hari terakhir SPM..masing2 mula menunjukkan muka ceria pada paper akhir kami, Kimia..ade jugak yang menjerit sebaik sahaja paper tersebut tamat.. Kami selepas ini bukan lagi BUDAK SEKOLAH..hahaha..semua orang senang hati sahaje..
Namun begitu,..ADAKAH LAGI MUKA2 CERIA INI BILA RESULT KUAR NANTI? bak kata Nabil RajaLawak : LU PIKIRLAH SENDIRI....

WASSALAM:)