Sunday, September 30, 2012

Merindui Nikmat Sihat

Assalamualaikum Cik Diary..

Hamboi lebatnya hujan kat luar ni...sampai mercik masuk bilik ni ha. Alhamdulillah..hujan tu kan rahmat Allah :) Oh ya, waktu hujan mujarab doa kan?

'Ya Allah, sembuhkanlah demam batuk dan selesema ku ini.. Sesungguhnya Engkau sahaja yang boleh menyembuhkan segala penyakit.. Amin' Sakit ni kifarah dosa.. Moga Allah ampunkan dosa-dosaku..

Tolong 'amin'kan sekali ye.. thanks..hee~ Masuk hari ni dah 9 hari Ms Kay demam n batuk tak henti2.. terjaga tidur je batuk batuk batuk n batuk.. tengah taip ni pun batuk. hohoo. sebab concern dengan kesihatan diri sendiri, td MsKay ade la research sikit pasal batuk ni. MsKay punya batuk ni jenis berkahak. Korang jangan nak geli2 pulak ye sebab kite serius ni.


"Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria." http://farmasianis.tripod.com/batuk.htm

this make me worry...! huhuuu. doakan MsKay takde pape ea.. esok dah start exam. wahai exam-mate ku, sorry kalau kite batuk2 dalam kelas nnt ye.. 

Lepas paper physic hari khamis nnt..., if tak baik jugak demam n batuk ni kena pegi jumpe doktor lagi la gamaknye...uuuu tak suke! aniyaaaa!! -.-

ps: rindunya pada bonda dan ayahanda di tanah suci.. semoga Allah merahmati mereka :')

Wassalam
-MsKay-



Thursday, September 27, 2012

Dugaan Nak Exam

Assalamualaikum Cik Diary..

Final exam just around the corner.

Last three weeks i had fever on the day of bio300 project presentation. fortunately, our turn is postponed to the next tuesday. and during that period, i recovered from the fever+flu+cough. and the presentation went well.

However, last friday the fever+cough+tonsilitis+flu attacked me again! oh no~~~~~

With this 'unwell' condition, i had nightmare on saturday night or i called it 'gangguan' . that is the first time in my life. maybe that is one of the 'alsebab' for my condition getting worst and the fever is still on off on off. feeling alright during the day and high temp at night.

Yesterday, around 2am i sent my parents to kelana jaya as they are going to perform haj this year. I cried a little while hungging them..huhu. i miss my mum right now but i'll always pray for their safety there. may Allah accept their ibadah n achieve mabrur haj. Amin.... :')

Few hours ago, my group have done our business plan presentation. im the marketing manager with 'sexy voice' and 'manly voice' bcoz of the sore throat. hahaa.Alhamdulillah, the panels is okay with our presentation and we manage to answer their curiosities..thanks to all the managers of gogumakun  sdn bhd  :)

now, my head is spinning, my throat is in pain, my body temp rise again. i have take the pills descripted by the doctor, n now i want to sleep. hope everyone will pray for my health. thank you :)



wassalam,

-mskay-

Sunday, September 16, 2012

Happy Malaysia Day!

Assalamualaikum Cik Diary,


Hari ini, 16 September 2012 which is our Malaysia Day! hehee. 



So, what's ur plans on Malaysia Day holiday? untung Alhamdulillah jatuh hari Ahad, so Isnin dpt cuti kan? hahaa. 

Make it worth okay! :)

Teringat zaman sekolah dulu, macam macam aktiviti kenegaraan la diadakan nak sambut merdeka n malaysia day ni.

 And usually, MsKay lebih tertarik untuk menyertai pertandingan deklamasi sajak/ mengarang sajak. 

Yelah, dulu suka sangat dengan benda2 sajak pantun syair bagai ni. hehee. 

tapi kalau suruh mengarang sekarang ni,.. 

tak dapek dooo

 ape taknye, dekat tiga tahun hadap subjek2 science ni, takde lagi sastera2 pun. 

berkarat dah idea kalau suruh tulis sajak. jadi rojak pulak kang. 

heheh. 

Ape pun, tanda sayang Malaysia bukan setakat 

hafal rukun negara

ingat lagu Negaraku

cakap pungpangpungpang pasal politik je..

kita sebagai generasi baru ni,

kena, wajib dan perlu

menuntut ilmu setinggi yang mungkin, selagi mampu. 

sebab,

ilmu tu pelita, cahaya,.

yang bakal menunjukkan jalan yang betul

dan yang penting,

ilmu akhirat tu perlu jadi pendamping..

betul kan? :)

Semoga difikirkan,. jangan renung je. :D


~Wassalam~

MsKay




Monday, September 3, 2012

2nd Reunion of 6 Cemerlang

Assalamualaikum Cik Diary,..

Last Sept 1, 2012,.. terciptanya sebuah lagi sweet memory bagi tahun 2012 ni. MsKay berpeluang berjumpa lagi dengan kawan kawan lama MsKay yg sekelas masa darjah enam dulu.. Seronok lah bila jumpa orang yang lamaa sangat kita tak jumpa, benda tu jadi macam,,ishh susah la nak describe best dia. :D

Walaupun ramai antara mereka ni satu secondary school dgn MsKay, tapi sejak habis SPM, memasing dah merantau kat merata rata tempat. Ada yang ke Mesir, ada yang ke United Kingdom, ada yang ke Jepun, ada yang ke German, and ada yang baru nak fly ke India, Indonesia dan sebagainya.. Selebihnya di local universiti.. Masing-masing punya bidang pun hebat-hebat belaka lah.. Alhamdulillah, semuanya dalam bidang yang bagus... Kiranya nanti, kawan MsKay adalah doktor, engineer, dan sebagainya. Alhamdulillah..and InshaAllah, mudah-mudahan mereka ni berjaya dalam apa jugak bidang yg diceburi..

Malam masa reunion tu, yang kelakarnya,. sempat pulak diorang ni record ucapan hari raya. Haha.. Ohh sorry la Iman, aku tak dengar pun apa yang kau suruh aku cakap depan camera tu sebab bising sangat so aku bantai je lah cakap ape pun. Hahaa.

Nah sikit gambar reunion. Credit to Azlin Dali .. (kita curik dari fesbuk beliau :P)

semua nak amik gambar kitorang..kihkih

with da girlss.. :)

berdiri dari kiri: khaizatul, azlin, amira, nadeera, sharina, aqqilah, khairiah, aziera, mawaddah n shamimi
duduk dari kiri: faizol, izzat, helmi, nabil n iman.

one more timeee! :D

and this is the last pic with my bestie, khaizatul azreen. May you success,darling.. pegi india jangan ngorat  hritik roshan. 


- MsKay -

Saturday, September 1, 2012

Ladies Coach

Assalamualaikum, Cik Diary. :)

Agak lama jugak rasanya MsKay tak bukak blog ni. Hehee.. bukak blog ni sebab ade orang mengaku jd silent reader :P

Em, korang sihat tak? Tak sihat pi la makan obat ke, sapu minyak ke.. memasing dah besar en, pandai la jaga diri ye, kita ni nak berbasa basi je..haha :)

Ekceli, kita ade satu benda lah nak cerita. Benda ni jadi hari khamis hari tu, which is the day kita balik subang naik tren ngan kawan kita kat Batang Benar. Sesampainye train, kami naik lah kat ladies coach. kat situ entah macam mana, ade pulak lebih kurang 5 ke 6 orang jejaka arab naik gerabak yg sama.. ehh? kenapa diorang naik gerabak kitorang kaum hawa nih? adekah mereka species antaradua? jengjengjengg! Tapi kami ni buat dunno je la. sebab hensem2 jugak diorang ni. heheheww :D cehh, ni terjangkit ngan fie la ni..kuat usha haha.

Nak dijadikan cerita, di stesen kat mana tah, ade la sorang makcik ni. dia masuk2 terus tegur pemuda arab ni...

MC "This is for ladies only. this is ladies coach"

PA "blablablabla....(bahasa arab kita tak faham)

MC "This is for ladies,. please leave"

PA "blablabla...(cakap dengan kawan arab dia..suh translate kot)

kawan dia pun translate la,..rasenye diorang paham,. tapi tak mau bergerak g tempat lain..

MC "where're u from?"

and tak dilayan pun oleh pemuda2 arab tu..panas je muka makcik ni MsKAy tgk..

MC "diorang ni paham, saja buat bodoh!" makcik ni cakap ngan nada tak puas hati + agak kerek la dari pemerhatian MsKay.

Okay, ini isunya.. isu peraturan kita diambil mudah oleh orang luar. Ye, mereka salah. Tapi, bak kata orang la kan,. cermin diri dulu. Sebenarnya, ade sit dekat2 ngan tmpat duduk kami tu, ade lelaki Malaysian. melayu, india, pun ada. Kita nak cakap apa bila orang kita sendiri dah tunjuk budaya "biadap" tu, macam mana kita nak orang luar pun hormat peraturan di negara kita ni? And the makcik patutnya tegur orang Malaysia dulu,.

Kesimpulannya, tak kira mana kita berada, mana bumi kita berpijak, amalkan la sikap hormat n patuh peraturan.. asyik nak langgar peraturan je, tak oke la camtu...

Let's Change!
Happy Merdeka Day..


-MsKay-