Monday, August 30, 2010

cik bunbun nak kasi wit raye...? semestinye mau...hahaha

ni la yang aku jumpe tyme usha belog bunbun....hahaha...aku mate duitan! pantang dioffer...boley sajer..ahakz.. ape syaratnye? entah.. tak de syarat pon..cume dier suh masukkan ciri suami idaman? Apekah?? sebelum wat entry ni, aku rase was was sekejap risaw penyakit gatal nak kawen BUNBUN jangkit kat aku.....tapi kini aku redha...muahahaha.. duit raye punye pasal plus bukan senang bunbun nak baik hati hahahahah.....silap2 entry ni di BAND terus pasal macam banyak kutuk dier...wakakakaka..



aku da masuk perenggan kedua ni bun..bunbun sepatutnye mengoffer topup beserta belanje makan berbuke puase 3 hari berturut turut..oh saye sangat tidak bersyukur . lupe nak tanye bunbun, nilai topup tidak nyatakan..maka aku meng assume dengan sendiri yg bunbun akan topup semaksima mungkin..miahahaxD


Ok...sekarang masuk bab suami idamanku..janggal pulak aku..xD takpe2 duit punye pasal lagi... Berikut, sile bace dengan sepenuh hati....hee~ PERTAMA hendaklah seorang lelaki...bukan jantan bukan golongan pertengahan... KEDUA tak tinggal rukun iman ngan rukun islam....supaye bleh menjadi pemimpin keluarge yang excellent...ececehh..haha KETIGE kan bagus kalau dier kaye..tak kaye pun loaded pun takpe.. paleng rendah pun mewah la...wakawakaehehwakakaka:P bukan ape, lau idup selesa, boley la g umrah or naik haji 2-3 kali...lau lebih Alhamdulilah..:)) keempat dier pandai MASAK! heaven gile lau dpt suami camni...bley la gilir2 masak..takpun dier masak sorang2..hak3 and LasTly dier mesti sayang binatang.. sebab orang kate lau lelaki sayang binatang, dier tu lelaki yg sgt penyayang...huhu..suke2.!






hohoh..tu je la yg aku mampu sediakan....sekian dulu....babai thank u.. :))


wassalam :)

GAZA- Break The Siege

assalamualaikum...pada kali ini, entry ini agak serius. berkenaan dengan umat Islam, saudara-saudara kita di Gaza, Palestin.

Semalam, di kampus saya, telah diadakan program Gaza: Break The Siege. Penceramah jemputannya ialah Encik Haji Nor Azman, salah seorang sukarelawan Malaysia dalam misi kemanusian ke Gaza dalam kapal Mavi Marmara yg telah diserang tentera rejim zionis, pengganas no 1 dunia.

Beliau telah menceritakan pengalaman beliau semasa di atas kapal tersebut sebelum dan selepas di serang. Antaranya, kata beliau, pihak rejim zionis tidak berhak untuk menghalang apatah lagi menyerang mereka apatah lagi Mavi Marmara berada di perairan antarabangsa, belumpun memasuki perairan gaza atau kawasan israel.
Dakwaan bahawa tentera zionis menembak untuk mempertahankan diri daripada ahli2 misi kemanusian tersebut yang bertindak ganas adalah rekaan semata-mata. ini kerana tidak terdapat sebarang senjata di dalam kapal mavi marmara melainkan kayu penyapu, mop, kentang dan bawang yang dijadikan senjata.
saya melihat sendiri melalui tanyangan video rakaman sebenar yg berlaku ketika serangan.

Allah Maha Besar. Rancangan tentera zionis untuk menawan kapal mavi marmara sebelum subuh supaya boleh berakhir sebelum siang tidak menjadi apabila sekumpulan ikan lumba-lumba mengelilingi dan mengiringi kapal mavi marmara.

Serangan bermula selepas solat subuh apabila kelihatan sebuah pesawat tanpa juruterbang terbang berdekatan kapal. Para sukarelawan mula bersiap sedia ke posisi masing2 dalam keadaan yang tenang tanpa rasa takut sedikit pun. Bayangkan, di atas kapal itu terdapat org2 tua yg ada melebihi 80 tahun, serta seorang bayi..

Semasa kejadian tembak menembak, seorang remaja berusia 19tahun yang sangat mulia budi pekertinya telah ditembak berulang kali di kepala dan badan, dan kemudian dipijak2 oleh tentera zionis tanpa belas kasihan. Ketika diseksa, remaja ini berulang kali menyebut ' Allah, terimalah syahidku.....Allah, terimalah syahidku..'
remaja ini bukan saja sempat menyebut nama Allah, malah sempat berdoa supaya syahidnya diterima Allah SWT.

Seorang lelaki warga Turki juga mati akibat tembakan bertalu2 rejim zionis yg cuba menembak seorang bayi yg tidak tidak berdosa apabila lelaki ini menghadang bayi tersebut dengan badannya yang dijadikan perisai..

Peluru yang digunakan oleh tentera rejim zionis bukan peluru biasa. peluru ini berbentuk screw dimana apabila menembusi badan akan membawa keluar daging pada peluru tersebut. apabila peluru itu terkena tulang, ia akan meletup da tulang2 akan pecah...

setelah ditahan di penjara di israel, tukang masak-tukang masak telah mencampurkan makanan mereka dengan racun arsenik yg boleh merosakkan organ2 dalaman badan. Namun, dengan kuasa Allah, sebahagian daripada tahanan tidak mengalami apa2 komplikasi cuma beberapa orang yg organ mereka kini mulai mengalami kerosakan..

bayangkan betapa kejamnya rejim Zionis.. dari mata mereka tiada belas kasihan. Namun sebenarnya mereka adalah makhluk yang pengecut. ini dibuktikan ketika ditahan, slah seorang sukarelawan Malaysia telah ditarik oleh seorang tentera rejim berkulit hitam, tentera itu bertanya " where r u from? " sukarelawan itu menjawab "Malaysia" tentera itu bertanya lagi sambil muncung senapang dihalakan tepat di kepala sekarelawan tadi, " Do you like Palestein?" jawab sukarelawan itu, " yes, i like palestin, and i want to help them. " Bayangkan lah kalau kita yg nyawa sudah dihujung tanduk, apakah kita akan menjawab sepatutnya? Keberanian sukarelawan ini telah menjadikan tentera zionis ni gentar dan menurunkan muncung senapangnya.

justeru itu, saya memohon anda yang mengikuti blog saya ini, marilah kita bersama-sama membantu umat islam khususnya rakyat palestin, sekurang2nya dengan memboikot barangan2 atau product2 yang memberi sumbangan terbesar dalam pembelian senjata rejim zionis.. seorang kanak-kanak yg bapanya dibunuh tentera zionis bertanya kepada makciknya, bolehkah dia mengatakan bahawa orang2 yg membeli barangan2 tersebut adalah pembunuh bapanya? Mak ciknya berkata "boleh"

Jadi, kita ambil iktibar dari peristiwa ini. Umat islam harus bersatu kerana umat islam lebih ramai dari bilangan orang israel. dengan cara ini sahaja kita boleh menjatuhkan israel..

Sekian dahulu dari saya.
wassalam:)

Thursday, August 12, 2010

Batuk.....Pros^_^ & ConsT_T

assalamualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak....
ape kabar? puase tak arini? saye tahu anda semua puase...:))

Topik yg nak dibincangkan harini ialah B-A-T-U-K berdasarkn keadaan saye hari ni...hehe
korang selalu ingat batuk tu juz bawa keburukan...kn? selalunya, korang rase;
  • anak tekak separe terkeluar...
  • menyebarkn virus2 cinte..
  • makan tak kenyang, tidor tak lena...(mandi xde kne mngena xD)
  • takde ais bagimu....
  • xdpt mkn pedas...(bg saye la)
  • suare bertukar garau spt kingkong
  • dan sebagainye
Namun oleh yang demikian (bajet esei) , tidak ramai yg mengetahui batuk ade kebaikan, spt berikut ye...
  • mewujudkn semangat setiakawan- bersame-same batuk
  • menaikkan populariti- bile asyik batuk je, lg2 dlm crowd yg sunyi, mesti kite jd point of attraction...knkn..haha..
  • dpt mengetahui sikap kwn mane yg amik berat sal kite n tak..
  • senang nak menyamar lam telefon...- suare kn berubah,haha
  • boley jd alasan tuk tak wat presentation kat klaz..pasal suare xder xD
Now, korang sedar tak pasal sume ni? so, jgn mengeluh kesah sgt bile korang batuk ye...bersyukurlah kpd yg Maha Esa atas nikmat hidup di muka bumi ni...
sekian terima kasih..
saye sudahi dgn ucapan
SELAMAT BERBUKA PUASA
dan
wassalam:))

Tuesday, August 3, 2010

Walkathon VS Demamthon

Assalamualaikum w.b.t....
agak lame tak mengupdet belog. ye saye tahu.

status ketika ini : keseorangan di rumah sambil melayan facebook dalam keadaan demam dan batuk serta bersweater....

imbas kembali.......hari : Ahad ( 1 Ogos 2010 ) waktu : 7-11pg...
WALKATHON AMAL MESRA SEKAMPUS
kat UiTM Kuala Pilah......sudah tentu saye mengambil bahagian...huhuhuu.... berjalan sejauh 5 kilometer kot....takpasti...tp lebey kurang la... bukan sebarang walkathon taw... walkathon @ jungle walk. senang citer jalan dlm hutan la...huhuu.. ingatkn senang jer...coz dulu pernah ikut masuk utan time camping.... tapi yang ini...aduhai lalalala... da macam latihan askar pulak.... pnjat2 bukit, gelongsor....lalu lam longkang yg bertangge tu...huhuu..kat longkang hikmat tu la, aku terus menge'cop' walkathon sbg my unfortunate day..huhu... sebab? aku jatuh T_T
 Maka dengan itu, aku dianugerahkan pemenang top ten dari belakang award yg direka sendri kerane kempunan nak award jugak 

Hari ini ( 3 Ogos 2010 ) waktu......sepanjang hari
Demam. Adakah kerane walkathon? atau suratan takdir? atau kebetulan nak tiru akak aku yg bersame2 demam di shah alam? Tak perlu jawab. Hahaha..
Ade kuiz Mat @ Precalculus..tadi.. nasib baik senang...ahaha..bajet jer senang...jage kamu kalau tak dapat fullmark! Lab report  tak siap lagi..aku tak bermaye..oh tidakk.... 
tak mau pegi pusat kesihatan. bukan dier nak bagi MC pun....kecuali ko macam da nazak tu, ade la peluang nak dapat MC....huhuhu...sian aku tengok senior yg demam aritu...kene g kelas gak... skang aku pun same..huhuuuuu...

Ok la...mate dah berair ni...nak taip pun da tak sanggup... Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada hambaMu ini...Ameen...

Jumpe lagi...Tata....Babai....Daaa! 
Wassalam :)