Sunday, July 31, 2011

Jom bersama cik.b u n b u n . p h i l o f o b i a.: KHATAM AL-QURAN sesama blogger dan LAPORAN sebulan...

Assalamualaikum :)

Cik Kay tengah blogwalking. then i found this:

.b u n b u n . p h i l o f o b i a.: KHATAM AL-QURAN sesama blogger dan LAPORAN sebulan...

this is seriously interesting.. u all should try this..maybe with your roomates, family or friends.

Support this program by spreading/sharing this program.

wassalam ;)

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan ;)

Assalaamualaikum. :)

Ramai kawan-kawan kelas attend dinner persatuan diploma sains. Semua dah prepare baju cantek untuk malam ni..Aku takda baju cantik. Aku takda jumlah duit yg 'cantik' untuk beli baju cantik. jadi aku decide untuk tak pergi. Yati pun tak pergi. geng tetap selamanya geng. haha. Mungkin kalaulah semester 5/6 nnt ade dinner lagi, aku pergi. sekarang ni duit pt dah susut kot. so, memang kena careful nak belanja itu ini. yati la saluu ajak aku berjimat. bagus la yati. haha :D

Puasa dah dekat. InsyaAllah, lusa ni semua umat islam akan berpuasa selama sebulan. Ramadhan alMubarak. bulan ibadah yang penuh berkat. Ramai duk post kat facebook, twitter, formspring bertanya : Puasa da abes ganti? -.-" haha. adat lah tu seminggu dua before puasa. budak lelaki pun sebok gatal tanye apehal? hahahaa..

Masa kecik-kecik dulu umur yg tak berapa nak skolah lingkungan 5 taun kot aku rasa. Mak aku sukee buat kuih bom. korang tau ke kuih bom? haha. meh aku tunjuk sket.

sedap oh. da lama gila ta makan kuih ni.
credit:pakcik gugel
ade cerita sebalik kuih bom ni. hahaha. sambungan cerita diatas, aku budak hingusan yang tak puasa. satu untuk pinggan, satu untuk aku. (ala2 iklan cornflakes tu la. haha) maka dengan riang ria kanak-kanaknye, aku berlari- lari sambil menikmati kuih bom tu.. eh, ade abang la kat sane..aku pun terkinja-kinja pegi kat abang pastu ckap.. "sedaaaap kuih ni.. nak? " sambil mengoffer cik abang tu.. adik yang baik aku ni. mak salu ajar, ape2 kena kongsil. hahaha. tetiba je dia angin "aku puasalah!" ahaha. aku dengan tersengih-sengihnya.."oooo...lupelah" aku rasa mesti abang aku bengangg doe.. dah la dia pun agak dalam darjah 3 je. konfem tergugat iman. ngahaha ;p

-





-





-




-

keluar bilik kejap tengok FIE ngan SYUN yang dah cun melecunnnn.! waaa. siyes cantik kotttt! hehek. babai. tinggal la aku dengan MAYY je kat umah ni. Selamat Dinner lah korang. Have fun!!

dah takde mood nak taip. aha. tetibe je oh.. :p

amik je lah niat puasa ni..hee. pakej dengan doa berbuka. Salam Ramadhan Bloggers!







wassalam :)



Thursday, July 28, 2011

Outdoor Lab

Assalamualaikum.

Durian sedap. kau taksuke?
AAK? haha
urggh. tengah sakit perut. banyak minum 100plus la ni. haha. kejadah minum 100plus tengah2 malam camni. kunun2 nak kembalikan tenaga yang separuh jiwaku pergi ni. i wonder, sejak balik pilah ni, tetiba rajin pulak perut ni meragam. ini tanda-tanda awal homesick ke? atau cuma helah perut aku yang telah dimanjakan dengan masakan sesedap oren emak tersayang? Durian. yaa. mungkin durian yang aku melantak tak hengat kat subang minggu lepas. eh, tapi tu minggu lepas,.ade lagi ke sisa lam perut i nih? ahaa. okbai.

Tak.entry ni bukan nak mention rumah aku dengan tempat jual durian tu macam dari bilik g dapur je.




MASUK HUTAN? WOAHHH! kobaran di dada. malam semalam siap da pikir2 mesti best masuk hutan. well, pencinta alam memang begini. dah fikir nak posing kat pokok paling besar kat hutan tu nnt pastu nak aplod kat belog ni. sebenarnye aku tak fikir macam tu. saja hiperbola. Lagipun aku tak suke hutan UiTM ni sebab kaki aku pernah tergelecek kat sana mase walkathon jungle walk sem 1 dulu. HAHA -.-"

Siaplah bertracksuit bersportshoes bagai. eii. menyampah. tipuu belaka. mana hutan yang diwarwarkan.? kami juz buat experiment kira populasi tumbuhan tu kat tangki air tu je. ohh, kalau aku species semut, aku setuju itu hutan. -.-"

gerak ke lapangan kajian.  baru otw, dah hujan. haha

other groups


nilah dia HUTAN yg dimaksudkan. grr!


ini bukan game tarik tali rafia
quadrat experiment

orang patut nye campak je dawai patsegi tu. kitorang siap boleh pilih lagi pastu letak elok2 atas tumbuhan yg kitorang nak amik populasi tu. hahaha. bijaksana memang begini :D
 
snap2 with bestie wajib ada. credit: Mahfuzah :)



memang wajib kena bergambar gini pun. haha.  



Puas dengan gegambar ni? haha. gambar posing la banyak. ngahaha. teringat aku takut2kan yati pasal pacat. siap pakai stokin panjang da dia. last2, yang hadooo :p


oh, memang tak ngantuk pun taip entry tengah2 malam gini. okbai.

wassalam.

Monday, July 18, 2011

Moody Monday

Mode: Makan roti + telur ancur pedas.
Time: 1.41
Place: Home Sweet Home
Objective: Waiting for Adik yang tak balik-balik dari skolah lagik!

Assalamualaikum...

Ufufufufu. Tak sihat. nak masak macam berat je kepala ni. makanan tersedia ade roti gardenia enak dimakan begitu saja. ada pulak scramble egg sambal lam kuali. memang jadi habuan akulah. dahla ditinggalkan sorang diri kat rumah gara2 abang konvo kali kedua. ciss! tak dibenarkan turut serta sebab adik kena sekolah. ciss!ciss! baru nak amik inspirasi tengok majlis konvo abg. manatau boleh jadik rajin pasni. huhuk.

Kali kedua aku keseorangan dalam tempoh empat hari. aha. lepas kena tinggal dek housemet2 aritu dari tengahari sampai tengah malam. kunun ayah amik jumaat malam. rupanye pagi sabtu. sebab dah dekat kul satu pagi baru ayah sampai. ufufufufu....

then hari sabtu. balik pilah lagi. kenduri kat kampung. ah, untunglah lahir kat pilah belajar kat pilah jugak. takpe. sebab kenduri ni termasuklah doa selamat untuk abang yang nak g mesir pas raya. penat woo buat kerja merja kenduri tu sume. but, sedih sikit. Mak Long jatuh masa nak masak. retak tulang pinggang. so sad for her. sobssobs..

Ahad. Tiba-tiba diserang selesema. (isy..adik ni bilaa nak balik! penat tunggu nih) sumpah aku paling lemah bab selesema. sebab dia macam pakej bagi aku batuk, demam dan sakit tekak sekaligus. merenggangkan hubungan aku dengan ais batu. ciss! tapi sakit tu kifarah dosa. Mudah-mudahan terhapus dosa-dosa lama. Amin..

Ala, roti dah habis. nak tambah lagi. sekian wassalam.

p/s : jangan lupa JUVANA last malam ni. oh botakkk <3

Wednesday, July 13, 2011

WordLess Wednesday

Salam


SIAPA TAHU APE AKU CUBA SAMPAIKAN?

Wednesday, July 6, 2011

KurangPerkataan Wednesday

~Assalamualaikum~




atuk cik kay keturunan india. kira sebelah pakistan la kan. manaa lah tau sedara mara jauh carik i . hehek :DD

Tuesday, July 5, 2011

Letih Dan Keseronokan (LDK): akronim versi cik kay

Assalamualaikum kawan kawan!
(lenggok gaya upin upin ye):D

karat tu memang cik kay. bukan jiwang karat.bukan tin  karat. tapi entry karat. hohhohoo. wat eva lah. salahkan assignment BEL yang kena buat research paper tu. salahkan tajuk yang baru tukar sambil tergesa-gesa carik rujukan. salahkan jurnal yang tak cukup satu. salahkan cik kay yang buat keje last minute. oke. salah sendiri. fineee -.- kenape tak boleh salahkan lecturer. TETT!!

eyebag dah besar. mana taknyaa, since last friday i'm lack of sleep. takpe kande, takpe..sabar tu separuh drp imannn. english education kan penting.....taklah kena gelak kat usopwilcha. :P

Mari mulakan body of paragraph. main idea disini ialah LDK programme. kamu tahu LDK tu hapee? eh, konfemlah semua tau kan.. lainlah kamu still kanak-kanak rebina kann. haha. kat skolah dah terbiasaa dengan LDK ni. thats why bila dpt fasilitator yang agak skema, LDK will make u feel annoying dan bosan aaa!

Compared to last 2 sems, LDK sem 3 ni lagi best,. tu pada pandangan cik kay lah. mau tak gila sejak sem 1, pastu sem 2 pulak dapat fasi yg samee. pecah hati aku. ngahahah. semester ni im not a lone ranger coz there're 6 classmates with me plus my ex-boyfriend housemate, sahira al-fattah a.k.a Sahira Utan yang makdatuk la bakat melukis diaaa. however, tercampak lak dari geng2 kelas tu sbb tak dapat sama group..haiyaa. -.-


andddd..Hajah Makiah Tussaripah. Our beloved UMMI.. fasilitator yang baik sesangat. hehe


meh cik kay kupas sesatuu ape kitorang buat..

#1
PECAHkan AIS.

kau tengok. hebadkan siap pecah-pecah ais. tipuuu. pecah kepada 4 groups adela -.- group cik kay la paling pemes kat uitm ni. LEMBU. ohh merata-rata di beting. nampak sangad i pemes skali. haha, glamer lembu pun nak tumpang. selekeh doee :P 

ni aku group aku mase pembahagian group. L.E.M.B.U
sesi taaruf. we've to introduce ourselves to the group members. plus ummi suruh cakap skali warna kegemaran n why we love that colour. i pun tak paham motipnye..ngahahaha . ingat lagi ke ea nama they all..haha. sorry, ingatan i short term sket. hehek-.- yang penting hanye sorang jejaka with nine gurlss.

pastu three kena diskas nama group pulaksss. maleh la nak pikir2 ni. haha. Elle (yay, ingat!) suggest FIGHTERS n kami all setujuu je. hihii. dasar pemalas nak pikir! then ada pulak kena ade lagu temaaa. haihh. logo tak buat pun.. dalam ati je. ngeh3x!


#2
ACTING

haha..macam bagus je nak acting-acting. biasalah mana ade LDK takde task ni. tapi only insan terpilih jelah.. haha. Mesyuarat Rimba

Boley tahan la. Tapi at the end, tak dapat kata putus. sbb ada yang membangkang ade tukang bodek, ade yang berangan. haha. tapi tu memang objective xtvt ni. Moral of the story, we cant have 2 leader in the same time. we cant protess too much. the most important, KERJASAMA :)

#3
Quality in Leadership

masa ni kena senaraikan ciri2 pemimpin. alah, budak tadika punn tau nak letak amanah jujur bertanggungjawab sume tu..hohoo. kumpulan lain juz wakilkan sorang utk bentang. cuma FIGHTERS semua ahli bentangkan. haha. bangge tak bertempat. -.-

#4
Carta Organisasi

em ni biase2 je. malas nak komen pepanjang. muahaha >.<

#5
How to write minit mesyuarat dan kertas kerja.

sumpah cik kay telur ayam bab ni. juz tengok orang pandai buat. hehee. dialah buat, dialah bentang. orang pakarr....-.- at least ada jugak benda i blaja kann. hehe. tapi...dah lupewww +.+

#6
Design a Fashion. use papers provided.

haha. macam-macam la. the models.. there're lots of ideas. nak tengok design kami?

sape suruh sorang2 je. kan da jadi model. the only 1 model lelaki. 
 pakaian yang relevan utk dipakai pada 2050. haha. design kami tak sama sgt dgn lukisan. juri awam yg dilantik kena adili la. kumpulan kami la teruk kena komen..haishhh.

tapi....akhirnya,, KAMI MENANG! haha !dun jeles2 okayy. berbaloi2 la encik tu jadi model. hakhak. :D
alah menang gitu2 jer. bukan dpt pape punn.

finelahh sorang je pandang kamerahemponje aku


cik kay rase dah takdee  mende menarik lagi nak cite. sebenarnye da tak berapa nak igt. hehehh
k, end here.

tata! (ingatan melayang ke oblong tadi~LAPAR!)

-wassalam-





Saturday, July 2, 2011

Penat

Assalamualaikum.

Aku tengah tengok kartun Doraemon. Gelak-gelak tengok Nobita yang macam kena sampuk. ngahaha. padahal aku tak paham pun. agak2 je. =P

Oh sebelum terlupa. tahniah kat abang cik kay yang baruu konvo pagi td. C0ngratz Broo Fadhil! Untunglah dah tamat Diploma Tahfiz kat ITQANS. and taklama lagi bakal further study ke Mesir bidang Qiraat lau tak silap.. Alhamdulillah. Hopefully kau boleh jadi role model kpd adik beradik kita lagi2 aku :) 

Semalam tidur pukul 1 pagi. duk golek-golek atas katil cap ayam yang empuk sgt (tangan di dada mata ke atas). aku rasa kira-kira pukul dua pagi jugak laa baru aku fully lelap. terfikir nak record ape aku buat masa aku tengah tidur tapii pikir balik seram mana tahu ade benda lain duk landing seblah aku. seriauu mak, nak :P

Today ade MODUL WAJIB PERGI lagi tapi LDK pulak. nanti lah i story morry ye. ngantuk dah. antara sebab aku tak suka LDK adelah, tak ade lunch provided. habis perut masuk angin buatkan aku terpaksa tahan lama untuk membebaskan segala angin yang terkumpul seperti mata ganjaran hotlink tersebut.
sekarang kat seremban. abis ldk terus ikot mak balik seramban. yay. :)
em, nanti i cerita pasal ldk ni ye kat entry berikutnya:)

lelap si cik kay lelap. lalala(menyanyi ikut melody sikataklompat)

-wassalam-