Friday, December 20, 2013

Warkah Hati

Warkah buat Almarhumah Nenda tersayang, Rokiah binti Karim. (1937-2013)

Nendaku sayang,
Lahirku pasti menggembirakan hatimu..
Bertambah lagi seorang cucumu.. yang entah keberapa..
ya, kerana ramai sekali sebelumku.. aku yg ke-belas2 rasanya..

Nendaku sayang,
Apa yang salah, tidak ku pasti..
Namun aku tidak seakrab cucumu yang lain..
Mungkin kerana keluargaku jauh,
Aku tak berpeluang berada dalam jagaanmu seperti cucumu yang lain..

Namun aku pasti,
Nenda tidak pernah kurang kasih padaku dan adik beradikku yang lain..
Aku ingat lagi,
Masa dikhabarkan aku akan menyertai pertandingan hafazan peringkat sekolah rendah,
Nendalah yang paling gembira dan mendoakan agar aku berjaya..
Dan aku menjadi Johan kala itu.. berkat doamu, Nendaku..

Nendaku sayang,
Tak pernah putus mendoakan cucu-cucumu berjaya..
Sehingga aku berhasil mendapat segulung diploma..

Ibuku ada khabarkan,
Nenda mahu melihat gambar graduasiku..
Ketika itu aku tidak pula turut serta menziarahimu di kampung,\
Ya, kadangkala aku sesalkan mengapa aku tidak pulang...

Ketika aku berniat untuk ikut pulang,
Dikhabarkan Nenda sudah tidak sedarkan diri..
Aku melihat sendiri Nenda diusung ke dalam ambulance
dan setelah itu seluruh kaum keluarga berkampung di HTAN, Kuala Pilah..

Lima hari Nenda di hospital..
Masih keadaan yang sama,
Doktor scan dan katakan, ada darah beku di otak bahagian kanan.
Puncanya daripada strok.
Dan Nenda terlantar dengan deru nafas seperti berkeruh.. Seperti tidur yang nyenyak..

16/12/2013 4.45pagi
Ketika itu ayah mendapat panggilan dari kampung
Nendaku tersayang sudah pergi menghadap Ilahi..
...................................................

Tiba di kampung penuh hiba,
Ku kucup dahi nenda, sebak di dada
Kulihat Nenda dimandikan,
Ku saksikan Nenda dikafankan..

Hiba hati... bila Atuk berkata sebelum wajah nenda ditutup
"Nanti, nak tengok puas puas...."
....................................................


Kami semua mengiringi Nenda ke kubur..
Nenda disemadikan di sebelah kubur Pak Lang
Tempatnya redup dan tenang...

Nendaku sayang,
Aku takkan melupakanmu..
Doaku sentiasa bersamamu..
Nantikan aku...
Sungguh aku rindu.. Sungguh aku rindu... Rindu...........

Ya Allah..
Ampunilah segala dosa-dosa Nendaku..
Cucurilah rahmat ke atas rohnya
Tempatkanlah dia bersama hamba-hambamu yang soleh...
Amin Ya Rabbal Alamin..


Diknor,
Cucu Wan.

Sunday, December 8, 2013

Number 23

I'm currently watching a movie titled 'Number 23'. Some of you might have watched it. It's a psychological movie. Me, too try to connect my life with the Number 23. Haha it sound funny, right? but heyy, our life is not determined by a number. Allah The Greatest of all ;dunya  and akhirat. Nobody can challenge fate,.

Ok, the movie just End.

What's the moral of the story?

Err ok i dont know how to write it in English, hahaha. In BM oke eh? :P

"Kalau kita buat salah, dan kita sorok,. Allah akan tunjuk kebenarannya. Allah tak pernah tidur. Melainkan kita taubat sungguh-sungguh, minta Allah jaga aib kita. Dalam masa yang sama, kita juga janganlah duk sibuk nak buka aib orang, kan.."

I know, i'm not a good person. Iman itu ada naik turunnya. Kadangkala apa yang saya cakap, tulis, turut terkena batang hidung sendiri. Maka, kena seringlah beristighfar, kerana sometimes, kita tak sedar kita dah melakukan dosa..

Astaghfirullah :'(


Wednesday, December 4, 2013

Basah

Manusia
Ditegur kata  dikatakan menilai..

Bukan, bukan niat mahu menilai
Niat menegur,
Yang salah dibilang salah.

Benang yang basah takkan tegak sendiri
Kecuali ada yang menyokong pangkal dan hujungnya
Tapi basah tetap basah kan?
Ya basah boleh kering,
Kalau ada usaha untuk keringkan,
Kalau dijemur, dilapkan.

Tapi macam kertas yang basah,
biarpun dikeringkan, permukaannya tidak akan boleh licin lagi, tidak sekata lagi..
Apa yang perlu buat?
Tukarkan dengan kertas baru, lembaran baru
Dan jaga rapi supaya tidak basah lagi..

Sunday, September 15, 2013

RENTETAN

July 31, 2013
The last day of work. AIAPSA, babai.. 

Aku excited, aku nak buat rayuan UPU, settle rayuan UiTM, shopping raya dengan duit gaji terakhir tu. Seronok sangat. First time aku beli baju guna hasil aku bekerja. Tak mintak mak ayah. First time aku buat belikan kuih raya dan memacam lagi..

Sept 9, 2013
The registration day for degree students. Friends, babai...

Yup, babai je lah aku mampu, senyum dalam hati cemburu. Bukan dengki ya, sayang. Ah, mungkin ada rezeki nanti time rayuan kan.. Tak apa.. Wahhh ramai jugak batchmates UiTMNS dapat at Shah Alam kan.. Boleh la terrserempak kat memana nanti kan. Hehe

Sept 13, 2013
12.00 noon. 

Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA 
dalam Permohonan Rayuan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014

Senyum. Ya mungkin kurang ikhlas. Berat hati nak beritahu parents. Tapi at last bagitahu jugak sebab mak tahu hari ni keluar result rayuan. 

Mak: habis tu nak buat apa ni? 
Aku: entah lah mak, tengok result penerapan pulak petang ni.

Rasa macam nak terjun katil. Aku cakap dengan fie, dia suruh terjun kalau bukan katil dabeldeker. lol

5.00 pm

Dukacita dimaklumkan permohonan anda TIDAK BERJAYA. Permohonan online kemasukan ke Program Sarjana Muda Sesi 2 2013/2014 pada bulan Mac 2014 akan dibuka pada 30 September hingga 31 Oktober 2013 melalui www.online.uitm.edu.my

Ok. Menangis. Eh tak lah. Tipu aje.. Sedih. Siapa tak sedih huii. Aku marah UiTM. Hahaha. Kenapa tak ambil aku? Kenapaaa?!  Budak matrik je lah paling pandai, sebab tu berbondong bondong dapat masuk universiti. Lepasan diploma mana orang pandang. Last choice after Matrikulasi dan STPM. Aku benci sistem ni. patut kena sama rata. Benci. Benci. Menci Aw Awww. Ehh

Kejap je lah. Then aku muhasabah. Salah aku tak dapat Empat Rata. Salah aku lah kan. Siapa suruh dapat 3.33. Teruk betul. Padan muka aku. PADAN MUKA. Hahahahahah


Lepas ni misi memburu kerja. Jom mencari kerja. Jom Jom Jom!


Ms Kay

Friday, May 31, 2013

Comeback Entry

Assalamualaikum wbt
^____^

Hello bloggers! Im back. Rindu tak? Kehkeh. Amboi kemain betul comeback bagai. Padahal blog cabuk ni mana ada orang nak baca. Hihiho

Last update blog ni Disember 2012. Tahun lepas, kau. Haha. Menikmati betul semester akhir ritu nampaknya. So many story to be told here. So many. Kita tengok je lah banyak mana ye.

Em, nak mula kat mana ni eh? Ahah. Okay lah. Let's start with.....

I am already 21 y.o last 31st January. HIHIHI. Not so old, but boleh kata matang lah sangat sekarang, da layak kawin. Mak asyik bagi hint je skang, saja buat dunno dulu. Mana ada calon. -.- Punyalah tiga tahun belajar kat UiTM Beting tu, satu pun ta berkenan. Dan tidak dikenan. Err.. whatever.

March. Big month for me. I went to Pregraduate Dinner kat Hotel Royale Bintang, Seremban. Eh korang tahan je la eh aku cerita benda basi ni eh. Nak menempelkn gambar, but right now kat office pun. Ta payah la gambar bagai eh. Ini kira first time aku attend Majlis Dinner ni, dgn colourblocking theme gitu. Bersolek ringkas je, tu pun bila Lala pakaikan eyeliner, berair mata macam kena paksa kawin. Hahaha.

March jugaklah exam final segala final aku untuk program Dip in Science aku nih. Alhamdulillah, the exam gone well, and the result memuaskan hati. Rindu teman belajar siang malam sy, Fyfie =') Usaha kita belajar sesama berhasil akhirnyaa. *kesat air mata

Okay, kita move on. Cerita paling baru, Imma career women right now. Keke. Temporary job je pun lahai. Serious talk, kerja kerani kat lawfim memang sangat penat. Bukan macam kerani office biasa. Kita incharge file client, buat document loan, borang gadaian lah, apeape lagi tah. Tambah dengan one of the bos yang gila cerewet,. perghh lepas ni takmo keje kerani dah. hahaha. Kerja ni cari pengalaman je kan, buat isi masa lapang before terima offer degree, inshaAllah. Hujung bulan july ni cabut ah. :P Taknak cakap kenapa, tp jgn la keje kat firm tmpat aku keje ni. 

I aim for Physiotheraphy. Doakan lah ea.. :) Dengarnya bos aku ni kuat nak pujuk biar keje lama ngan dia, takyah further study dulu.. haha. Mmg taklah, da pasang cita-cita lama ni. :P

Okay, actually sy kat office ni and bos takde. Hihi. Hey, sy bukan curi tulang,. mmg tak byk kerja hari ni. Jumaat kaann. Apa pun sy doakan semua kawan-kawan sy dapat sambung belajar dlm bidang yang diminati.

Justeru itu, (ayat penutup). Kehkeh. Dah la, tata!

KAY