Sunday, May 29, 2011

Hope

assalamualaikum

new sem

new topic

new chapter

and i'm trying to be

THE NEW ME

don't playplay
okeh :D

Wednesday, May 25, 2011

Result Exam Semester 2

Assalamualaikum

hari yg tak ditunggu-tunggu akhirnya tiba.

EXAMINATION RESULT
JAN-APR2011
ON
25th of MAY 2011

12 TENGAH MALAM 

semua pakat tulis kat facebook berjemaah ----> ALHAMDULILLAH
aku terus jadi seram sejuk. eh, bukan ke HEA cakap pukul 9 pagi? errrr....
tetibe kawan aku start chat ngan aku.. lega2..katanye.
aku jadi serbatakkena.
ye, siyez sangat aku takut. sebab ape?
dalam otak asyik membayangkan:
PHY210: fail

sampai satu tahap, tangan aku jadi menggigil serupa terserempak dengan hantu kum2 telemovie aku tengok kat youtube tempoh hari. tapi aku tak gigil pun tengok cite tu. HEHEK :D

aku jadi tak tentu arah, jiwa kacau (ahaha) sambil merenung2 button
PRINT EXAMINATION RESULT 
memang tinggal 1 CLICK je untuk aku tau keputusan exam.

at last, aku mengalah jua. eh aku pun perasan ayat aku skema. ele, style la orang baru dpat result. muahaha;p
aku KLIK, than TUTUP MUKA dengan tangan. aku renggangkn jari sebab mesti nk tengok juga. haha. memang macam aku tengah tonton cite seram KHURAFAT dulu..haha

TADAAAA....
BEL B+
BIO B+
CHM A-
CTU A
HBU A
MAT A-
PHY B-

ALHAMDULILLAH 10x aku sebut sambil meraup tangan ke muka.
siyez aku HAPPY sangat physics aku LULUS. hahahah ^^

GPA? haha.. syukur. meningkat dari sem 1.
tapi takdelah masuk senarai DL. haha. korang bajet aku DL ke?
tak2. entry ni entry SYUKUR sangat2 sampai bole jadi berjelaaa. hehek:D

THANKS semua lecture yg mengajar. specially SIR NAZMI yang 2sem berturut ajar kimia :D
kalau ade rezeki, ajar la kami lagi..hehek :D THANKS jugak kat MAK dan AYAH yang saluu hulurkan dorongan, sokongan moral dan material dan duit. eh? hehee.. THANKS kawan2 yang saluu bantu lam subjek2 yg Cik Kay lemah. thanks. thanks :D

pastu aku terus pengaruh kawan aku AINEE yang sangat takut nak check result dia supaye dia check.
tebakan aku benar. dia DL! hehe. same goes to my bestfriend YATI
happy for her!

kepada anda semua yang berjaye dapat DEAN LIST, a very CONGRATULATION okayy 
memang timbul kejelesan tapi sebagai pembangkit semangat je.
hehehe

SEKIAN
wassalam
 
 

 


Friday, May 20, 2011

kawan sejati tu macam mana?

Assalamualaikum.

I'm juz thinking.. apekah saya seorang kawan yang sejati? apakah mereka benar kawan sejati saya?
apa kawan sejati tu? kenapa taip skema-skema ni? hahaaa :D

menteri ni luahan hati. hahaa. aku memang suka luahkn hati kat belog kesayangan aku ni. even i know that takde sape nak bace enteri buruk ni...at least adelah tempat mengaduu kan.  entry sentaphatimaknak ni bersifat umum. aku tak tujukan persnally kat sesape ek. hehek :D

pada aku, kawan is kawan. memang orang sekarang ni, tak berapa nak rapat dengan orang if tak ada kepentingan..


  • aku kawan dengan dia sebab dia banyak tolong aku
  • aku kawan dengan dia sebab bapak dia kawan bapak aku
  • aku kawan dengan dia sebab dia cantik
  • aku kawan dengan dia sebab dia genius tahap gaban
  • aku kawan dengan dia sebab dia ada adik cun
  • aku kawan dengan dia sebab aku nak tackle dia

see, semua ada sebab rite. tanye lah setiap orang pun.. banyak sebab musabab kuar berjela.. aku mengaku., aku pun ade jugak peranagi camni. but for me, kawan sejati tu ade nilai yang kita tak mampu nak cakap. means., kita kawan dengan dia takda sebab. kita selesa berkawan. orang kata ada kimia (chemistry) tak kekok untuk kongsi rahsia, boleh susah senang sama-sama.,, boleh share hobby even tak sama.. saling melengkapi. that's a TRUE FRIEND.

wif kawan-kawan
and, nak berkawan tu biarlah ikhlas. walaupu kita tak berhak nak judge keikhlasan orang.. kita boleh rase.. ikhlas tu tak nampak oleh mata, but we can feel it. tahulah busy, banyak esaimen, sibuk dating.. at least kat fesbuk tu kalau orang tegur, jawab la..if busy cakap la busy.. kita pun juz nak berkawan. if  kamu asyik nak 'do i care what i care'  je, tak payah la 'add friend' 'approve friend' tu.. eh, mesti kau kata aku sentap kan. haha. yez, kadang2 aku terasa.. eleh, bukan aku sorang je rase macam ni kot..

sama lah jugak kalau kat luar,, nampak kawan lama buat macam tak nampak je. macam lah lain sangat muka aku. belum ade rupa mak orang lagik. hehek:D ke aku je tak pasan rupa aku ni? hakakaka ;p

takdenye kalau makan cili rase tomato kan? kau orang pikir2 kan laa ek. :D

sekian. wassalam.

Thursday, May 19, 2011

the day is coming soon...

Assalamu'alaikum

gembira pada luaran

risau membelenggu hati

hari yang menggerunkan

bakal muncul lagi

aku kusut

memikirkan perkara itu

semoga semuanya berlalu pantas

semoga aku dapat menemukan

hikmah

disebalik semua ini

wassalam

Sunday, May 8, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY, MAK!

Assalamualaikum.. Asal hari ibu je, mesti  banyak offer sane sini. well, kedai hadiah la paling laku saat2 macam ni kan. Cik Kay tak biasa belikan hadiah untuk mak. biasenya Cik Kay akan tulis surat (kad) and bagi kat mak. mase kecik(skola rendah) dulu, Cik Kay pernah bagi mak sepotong pizza yang Cik Kay beli kat kantin sekolah.. Mak tak kesah. kami pun bukan orang senang. hehe.

special dedication to MAK,

> terima kasih melahirkan diknor..
>terima kasih menyuapkan diknor makan masa diknor belum pandai melakukan sendiri
>terima kasih menjaga diknor sakit mase kat hospital. seminggu mak teman diknor kan..
>terima kasih masak sedap2 untuk semua ahli keluarga makan. U're the best chef ever. hehe.
>terima kasih membebel kat diknor hari2. semua tu memang untuk kebaikan diknor..diknor je degil,.kan..
  sorry mak...
>terima kasih topupkan duit belanje sekolah kalau ade kelas tambahan..seminggu ade 3 kelas tambahan, so,
   memang 3 kali duit ditopup. hehe.
>terima kasih asuh diknor dengan baik sampai sekarang.. moge2 diknor jadi orang baik..
> terima kasih doakan terbaik untuk diknor..
>terima kasih didik diknor sampai diknor dah dpt sambung belajar ke universiti. berkat restu mak..
>terima kasih call diknor kat kampus selalu sampai kadang2 habis kredit mak. diknor nak call mak suruh jimat pulak. sayaaangg kat mak.
>terima kasih selalu jaga waktu makan, paksa diknor makan walaupun diknor takde depan mata mak semata-mata takut diknor jatuh sakit..
>terima kasih atas semua dorongan yang mak selalu salurkan bila diknor mengadu macam2 masalah kat mak..


ada BANYAK lagi, sebab jasa da pengorbanan ibu takkan pernah berakhir sehingga hujung nyawa. TERIMA KASIH EMAK!


HABIBAH BINTI A.HAMID,
tak boleh letak gambar mak, sebab mak tak suke. hehe:D

Tuesday, May 3, 2011

aktiviti ape eh? ce citer!

salam. hai uolls..how r u today? sejak semenjakan pun ni, cik kay pun tlah cuti semester nye pun. ini bahase ape? ah cai ajar same cik kay pun.. HAHA..

sorrysorry. mereng belatuk teleng dah ni..maklumlah, minda tak tebukak lg sejak cuti ni..teperap je kat umah. sape suruh kau orang tak bawak Cik Kay jalan-jalan. HAHA..

Cik Kay masih blurrberry nak buat ape ni. mari kite listkan satu-satu antare xtvt2 menarik yang boleh dilakukan. ayuh mari! =B

memancing idea memang takboleh pakai. hahahaha. cik kay tak reti suka memancing. sebab yang suke dekat umpan cik kay biasenye : botol, selipar, plastik. -.-" [bala..bala..]


kerja lagilahh. hey2, cik kay cuti sebulan je. tak sampai punn. manelah ade org nak amik keje kann. lainlah if my dad ade company sndiri..dapatlah kekonon keje kat situ sambil usha2 makhluk cantik rupa. xD ohtapisemuaituangankusemata. =_=


shopping? mimpi jelahh. duit kat bank dah umpama titisan air dalam kuali yg sedang dipanaskan. bile2 mase je leh kering kontang ni.. hey awak! tak kasihan kah? tunjukkan ihsan mu sekarang. kite kawan kan? hehek


wayang macam menarik jugak. but lately kenape citer seram je byk ea? musim hantu carik makan lebih ke? famous dah hantu2 kat malaysia ni. nak pegi la, tgk dengan my sis n  my bestie. tapi....belum jumpe org nak sponsor. tehee:D


kahwin! nak! HAHA. gatai btul. kawan sapelah ni kann :P cik kay nak carik calon lah. boleh? hehe. tapi tunggu lah umur dah 20 sumthing bru nk mulekan pencarian. hehe. ade 2 kakak diatas..tak bole langkah bendul maa! --'

PA- personal assistant. yup, da jadi PA mak cik kay dah. buatkan kerje2 rumah yang tak penah habis ni.. HAHA. gaji? tak payah laa. takkan berkire ngan mak sendiri kot! mak dah byk buat tuk kite since kite lam perut lg..so, this time lahh nk berbakti kan? *ececehh. bertazkirah pulaks hekhek :P

any xtvt more? tolong la cik kay! kasi idea2 bernas..^^

sekian, wassalam.