Thursday, December 15, 2011

blogwriting vs blogwalking

Dulu saya sukaa tulis karangan. Lagi2 kalau karangan BM. boleh kata favorite subjek la. mula-mula macam tak ada idea bila tengok tajuk. tapi, bila sekali tulis tu, macam taknak berenti pulak. itu penyakit. haha. idea akan mencurah-curah bila time exam.

Minat menulis ni mencanak-canak sebab saya suka membaca. Percaya tak, novel komsas tingkatan 3 tu, saya dah baca masa lebih kurang masa saya darjah empat or lima. sama jugak dengan novel bukit kepong n konserto terakhir tu.. sume tu saya da baca masa primary school, baca buku kakak. haha. thats why saya minat tulis, baca puisi macam sajak, syair, pantun, dsb.. salah satu sebab beli suratkhabar adalah nak carik bahagian cerpen/novel/sajak dan yg sewaktu dengannya..hee ^_^

Saya pernah terfikir, masa abis pmr dulu, nak amik aliran sastera. haha.. tapi dapat kelas pure science pulak. sebab tu la kantoi. dah tak dapat nombor satu dalam kelas. hikhik. baik punya alasan kan :p tapi saya tak pernah menyesal pun amik aliran sains ni. tengok saya sekarang, siap amik diploma sains lagik. alhamdulillah :)

Saya rindu belajar Bahasa Melayu. sangat rindu.

sekarang diploma sains mana ada belajar BM dah. semua in english. sampai bila lecturer translate sikit ke BM dah terkebil2 tak paham. kalau tengok movie pun lebih prefer subtitle english sebab kalau BM macam pelik. haihh.

Physics, Mat, Chem, so much aktiviti mengira. so, kira2 mendahului karangan. itu realiti sekarang. salah satu sebab kenapa idea menulis di belog ini berkurangan. haha. itu je nak cakap sebenarnye. Motif terbongkar. teeheee :p

masa yang terluang lebih kepada blogwalking, komen2 di entry orang. tapi banyak jugak yang saya cuma baca je. hehe. kalau ade mood nak komen tu ade la ayat2 bernas ditinggalkan di comment box anda. hihi.

emm, meh kasi pantun sikit

harum mekar si mawar merah
hati hati dengan durinya
aku hanyalah blogger mentah
pasti banyak salah silapnya


pak hamid menjual daging
nak yang segar, datang lah pagi
aku suka sangat blogwalking
kalian pun singgah la sini
*dah lama tak tulis pantun, camni la jawabnye..haha


hehe,...oke, itu sajaa. tatatatataaaaa! :D



Sunday, December 11, 2011

MAKAN

siapa kat dunia ni tak suka makan? kalau ade, kenalkan kat ai. sebab so far sepanjang ai hidup 19 tahun 10 bulan ni, takde lagi ai jumpe orang yang tak suka makan. 

cool gila baby ni


sebab ape tajuk hari ni pasal makan? sebab ai tengah tgk scene orang makan dalam drama ni. ahaha. topik makan ni biase sangat kan? tapi kesah ape, suka hati ai la selaku tuan punye belog kan?kan?

ai jenis cerewet jugak la bab makan. ai takde makanan paling ai suka sebab banyak jugak la. ai negeri sembilanian. so that, ai suka sambal..tak kesah la sambal ape kecuali kerang. siyezly, ai memang tak makan kerang, and tak pernah makan pun. oh lagi satu siput..err. tak pandai la na makan mereka berdua tu. 

kalau kat kampung, nenek ai masak mostly pedas. for sure lah kan, orang nogori.. sampai sup pun pedas, pe cer la kan.haha. ok takpe, sebab ai pun suka pedas. tapi segemar-gemar ai akan kepedasan, tak boleh la ekstrem punya pedas. kalau tahap ekstrem tu, maka akan menangis terharu la ai..

sayur. ai taksuka banyak sayur. haha. especially rebung. dan peria. dan sawi. ai dah cakap banyak. muntah lah korang kalau ai sebut semua kan. tapi paling suka bayam. sedap dan lembut. em, lama dah tak makan bayam rasanya. ade satu sayur tu, salunye ade lam nasi goreng paprik. rase dia..errr, memang tak kena ngan tekak. kalau tergigit sayur tu, hilang selera makan ai..

korang suka fast food x? ai sukaaa. hehe. kalau mekdi, ai suka eskem sundae dia. yang pasti perisa coklat la,. say no to strawberry :P kalau kepsi pulak, kesukaan ai is their eggtart.one bite, and you're hooked. siyezly sedap. itu wajib beli lau pegi kepsi. sayangnye tak available kat kepsi pilah. sengal punya kepsi, da la itu sesatunye kedai fastfood kat pilah ni. haihh. 

gambar dari pakcik gugel. terus rasa lapar sekarang.


semalam yakni sabtu,. ai follow osmet g senawang.. tujuan semata2 untuk jalan2. tapi akhirnya jadi program jalan jalan carik makan. first ke giant senawang. memang takde keje la, round2 je kat kedai2 lam giant tu, tanpa beli apa2. hikhik. :D then kitorang g secret recipe pulak.. dapat la ai makan choc indulgence..wee~ ini kali ketiga kot ai makan kek secret recipe. soo kesian kan kat ai ;p then kami ke domino's pizza pulaksss. tp tak makan kat sana la..pastu kitorang pegi mcd. pun tak makan sana..haha. see, betapa kuat makannya kami ni... 

kamu semua kena paham, pilah cuma ade kepsi, so bila dah ke seremban,. kena la makan sedap2 kann. 
so, the conclusion is., saya suka makan. 

oke, kena offline secepat mungkin. almaklumlah orang kelas pukul 8 setiap hari ni,. kena la korbankan waktu online tidur awal... 

sekian.

Saturday, December 10, 2011

drama korea punya pasal.

TERJEBAK.
em, aku patut letak tajuk ni. tapi takpelah. jari jemari ni malas nak backspace taip balik. aku seorang gadis yang sangat jarang nak layan drama korea ni. kau orang harus tau itu. 

TAPI sejak semester lepas tepatnya masa study week, ade seorang kawan suruh aku tengok satu drama popular, Boys Over Flower yang aku rasa kau orang sume tau. haha. Ok, aku suka drama ni sebab dia berorientasikan drama student high school. entah la, walaupun aku dah masuk universiti, aku tetap suka cerita budak sekolah. siapa kata aku tidak matang? sshh. ramai suka Jun Pyo. biarla ape orang nak kata, tapi aku suka lelaki yg lembut tu, Ji Hoo. sebab aku minat dia, then aku layan pulak Playful Kiss. siyezly, aku jatuh hati lagi. haha. watak dia sebagai Baek Seung Jo, budak sekolah yg genius tapi sombong gila nak mati. korang boleh la nak cakap aku minat lelaki yg pandai. yang penting pandai masak. agaga :D




masa cuti sem ritu aku keje. aku beruntung gila sebab keje aku senang je, sambil2 keja layan drama kat Maadu takpun Dramaload. takpayah cakap la, byk jugak drama aku abiskan sepanjang cuti sem ritu. bukak sem, lagilah aku amik drama2 kat osmet2 yg mostly layan korea. haha. em, meh senaraikan mana yg ingat. 

  • city hunter
  • prosecuter princess
  • princess hour
  • my girl
  • lie to me
  • coffee prince
  • my princess
  • dream high
  • spy myung wol
banyak taak? hahah. dalam banyak2 yang disenarai ni, aku paling suka drama My Girl. sebab hero dia hensem. dan cool. dan sweet. kalau dah suka, sume sifat positive ade kat dia. agagaga:D

oke lah. tu je.. nak tengok drama lain pulak. em, na tgk pe ea.. drama jepun pulak la. Ouran High School Host Club. macam best sbb ade perkataan high school. hihik. 

okebai :D