Sunday, September 15, 2013

RENTETAN

July 31, 2013
The last day of work. AIAPSA, babai.. 

Aku excited, aku nak buat rayuan UPU, settle rayuan UiTM, shopping raya dengan duit gaji terakhir tu. Seronok sangat. First time aku beli baju guna hasil aku bekerja. Tak mintak mak ayah. First time aku buat belikan kuih raya dan memacam lagi..

Sept 9, 2013
The registration day for degree students. Friends, babai...

Yup, babai je lah aku mampu, senyum dalam hati cemburu. Bukan dengki ya, sayang. Ah, mungkin ada rezeki nanti time rayuan kan.. Tak apa.. Wahhh ramai jugak batchmates UiTMNS dapat at Shah Alam kan.. Boleh la terrserempak kat memana nanti kan. Hehe

Sept 13, 2013
12.00 noon. 

Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA 
dalam Permohonan Rayuan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014

Senyum. Ya mungkin kurang ikhlas. Berat hati nak beritahu parents. Tapi at last bagitahu jugak sebab mak tahu hari ni keluar result rayuan. 

Mak: habis tu nak buat apa ni? 
Aku: entah lah mak, tengok result penerapan pulak petang ni.

Rasa macam nak terjun katil. Aku cakap dengan fie, dia suruh terjun kalau bukan katil dabeldeker. lol

5.00 pm

Dukacita dimaklumkan permohonan anda TIDAK BERJAYA. Permohonan online kemasukan ke Program Sarjana Muda Sesi 2 2013/2014 pada bulan Mac 2014 akan dibuka pada 30 September hingga 31 Oktober 2013 melalui www.online.uitm.edu.my

Ok. Menangis. Eh tak lah. Tipu aje.. Sedih. Siapa tak sedih huii. Aku marah UiTM. Hahaha. Kenapa tak ambil aku? Kenapaaa?!  Budak matrik je lah paling pandai, sebab tu berbondong bondong dapat masuk universiti. Lepasan diploma mana orang pandang. Last choice after Matrikulasi dan STPM. Aku benci sistem ni. patut kena sama rata. Benci. Benci. Menci Aw Awww. Ehh

Kejap je lah. Then aku muhasabah. Salah aku tak dapat Empat Rata. Salah aku lah kan. Siapa suruh dapat 3.33. Teruk betul. Padan muka aku. PADAN MUKA. Hahahahahah


Lepas ni misi memburu kerja. Jom mencari kerja. Jom Jom Jom!


Ms Kay