Monday, March 21, 2011

kisah hati aku.

Assalamualaikum :)

bila aku duduk sendirian, aku selalu terpaksa bermonolog dalaman sebab tiada siapa mahu diajak berbual. nama pun duduk sendirian. perlu ke aku ulang?

aku sering bayangkan aku seorang gadis ayu yang berjalan seorang diri di tepian pantai bertemu jejaka kacak dengan rambut pacak bergaya. sayang, semua itu angan angan yang terbit dari lubuk hati yang paling dalam.

kecewa.

tapi aku pasrah dengan semua itu. sekarang aku sudah punya kerjaya baru. aku adalah seorang secret admirer merangkap setiausaha persatuan stalker setaman.

dia tidak hensem namun kacak bergaya.

tidaklah secerah pemakai garnier, namun, kemanisan wajahnya yang sangat sejuk (*cool ) menyentap hati yang memandang. hati memandang melalui mata hati. *info untuk yang tidak tahu.

Sebenarnya aku tak pasti. hatiku berbolak balik. aku menolak narik. apekah?

aku tidak kenal dia. sungguh. aku tak tipu. dia juga tidak kenal aku. kamu mesti mengatakan aku syok sendiri sedangkan aku belum pasti tentang 'syok' dalam ertikata sebenar.

tapi itulah stalker kan? aku stalker yang berdedikasi. tidak terburu-buru mencari informasi tentang dia. pada aku, biarlah lambat asalkan selamat. jaga jarak anda. anda mampu mengubahnya.

tadi aku nampak dia. sebenarnya dah lama aku tak nampak dia. tidak nampak tak bermaksud aku rindu dia. tidak. mungkin ada. sedikit.

aku mahu terus stalk dia. mungkin sampai ada mangsa baru.

tamat.


No comments: