Tuesday, February 15, 2011

WISE in choosing friend. WISE kah kita?

Assalamualaikum..
Salam Maulidur Rasul buad semua umat Islam walau dimana anda berada :)
mari mulakan entri dengan selawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W.


oke, sekarang muleh teruskan entri bekenaan tajuk diatas :)

Kawan.
tu la t0pik yg sy nak kupas hari ini..
sebelum tu, mintak maaf awal2 kalau ada yang terasa pedas pas bace entri ni..
juz nak share opinion sy, oke..chill :D

people say : we must be WISE in choosing friend..
wise here means dat yg kita perlu berhati hati memilih kawan dengan bijaksana.. 
jangan sampai tersasar dari jalan yg benar
atau tegaskan menurut islam, tidak melampaui batas syariah islamiyyah.

tapi sekarang ni ramai yg mcm dah salah anggap dengan statement WISE ni..
menurut pada observation sy, orang sekarang ni tidak WISE dalam memilih kawan..
sebaliknya lebih kepada pilih kasih atau ikut standard.

orang-orang yang kaya, lebih suka berkawan dgn orang kaya.
tapi sy tak mention semua lah..
pada saya,, semua orang tu sama.. 
pilih kawan berdasarkan material semata-mata?
mana pergi keikhlasan dalam persahabatan..

Sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. terdiri dari pelbagai bangsa, keturunan mahupun taraf hidup..
contohnya Bilal bin Rabah, berbangsa kulit hitam dan pernah menjadi hamba suruhan.
kenapa kita tak boleh ikut cara Rasulullah ni?
sedangkan kita mengaku kita ni mengikut
Ahli Sunnah Waljamaah..

tapi sekarang ni bukan isu kaya sahaja..memang dah ramai sedar hal ni..
yang sy nak highlight kan sebenarnya
tentang sikap orang-orang yg bijak pandai sekarang ni..
mereka lebih gemar berkawan dengan orang-orang yg pandai setaraf dengan mereka.
termasuklah orang yg belajar agama..yg boleh dikategorikan sebagai alim..

Ilmu itu milik Allah.
bukan untuk kepentingan peribadi saja, malah seharusnya kita berkongsi..
apakah kamu yakin ilmu yang kamu ada tu dah cukup tinggi?
sehingga kamu merasakan standard kamu akan jatuh kalau berkawan dengan 
orang-orang yg kurang pandai
yang saya perasankan sekarang ni..
yang tudung labuh jarang sekalilah nak berkawan dengan orang2 yg tak berapa labuh tudungnya..
lupakah kamu setiap manusia bertanggungjawab menjalankan dakwah?
dakwah ni bukan dari ceramah, kem motivasi, kem pemantapan akidah, seminar agama je..
dakwah dengan perbuatan pun memadai..

janganlah ilmu dan harta yg kita ada ni jadikan kita riak.. berhati-hatilah sahabatku sekalian..
janganlah perkecilkan orang lain..semua yang kita punya milik Allah. 
sekadar pinjaman yg boleh ditarik balik bila-bila masa
dengan kehendak Allah..

Mari muhasabah diri..buat renungan semua..
semua yg baik datang dari Allah
yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri
wabillahi taufiq walhidayah,
wassalamualaikum w.b.t.

^_^



No comments: