Saturday, July 7, 2012

Weekend

Dear Cik Diary.,

Kita ada kat rumah kita, kat subang ni.... bahagia tahu! :) Bukan cuti panjang, ade cuti peristiwa ke apa, but housemate MsKay kat Pilah tu pakat balik semuanya minggu ni.. So, MsKay pun taknak la lepas peluang balik jugak. Lagipun, dah sebulan jugak MsKay tak jejak Subang ni oke...

Kat rumah parents ada beli katil baru. Double decker yang mana MsKay punya katil yang atas. Halaaa, kat Pilah pun duk katil atas. Mentang2 kita ni kecik, senang memanjat. Haha. Apapun kena bersyukur lah apa adanya kan. Alhamdulillah... boleh tahan selesa tidur malam tadi. :D

Sabtu petang. MsKay ajak Kak Lang bawak pegi bookshop kat Curve.. bookshop Popular la.. hehe. MsKay nak beli buku Anatomy & Physiology sebab sem ni ada subject Human Biology which is sangat best setakat empat mggu belajar ni pada MsKay :)

Jumpa bukunya.. Tapi besar gedabaknya, Ya Allah...... Tebal tak apa lagi. Ni lebar n tinggi dia.. Alahai, tak sanggup pulak nak carry buku besar2 camtu. Itu je satu-satunya yang ada. Tapi MsKay tak berkenan, so tak jadi beli lah..

Buku lain pulak yang jadi sasaran MsKay.. Kak Lang suggest buku keagamaan. Dia cakap MsKay asyik telaah novel cinta je... hihi. Memang pun.., apa salahnya MsKay beli buku yang bermanfaat untuk akhirat jugak.

Antara buku2 yang MsKay capai tu;

1. 100 Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W
2. Nak Jadi, Jadi (buku motivasi)
3. Buku mini 'Doa-doa Pelajar'
4. Novel Yes Boss. (hihi... tak boleh elak dari novel genre ini)

MsKay harap buku-buku ni boleh memberi input positif kat diri MsKay.. Kamu pun rajin rajin lah baca buku.. Tak rugi pun luangkan masa untuk buku ni..

PS:
 1. MAKAN WESTERN JE KUAR HARI NI, TAPI TAKLEH KALAHKAN SAMBAL SOTONG MAK MASA LUNCH TADI <3
2. Oppss.. esaimen sume tak siap lagiii................!
-MsKay-

No comments: