Thursday, July 5, 2012

Jangan Terlepas Kelas!

Dear Cik Diary,

Salam Nisfu Sya'aban! :)

Haa, sebenarnya MsKay dah tak tau nak buat ape ni. Bangun pagi tadi tiba tiba terdetik rasa macam nak update blog ni. Siap da terlintas da tajuk ape nak tulis hari ni. Hahaha..

Ok, kat muka bumi ni, kita sebagai pelajar, khususnya pelajar universiti la kan mesti nak taknak akan selalu stay up lagi-lagi bila final exam dah nak hampir., kan? Depends kat orang jugak menda ni, tapi ramai yang akan mengalami masalah untuk bangun awal dan lebih teruk bila sampai ter'miss' kelas untuk hari tu.

MsKay setakat ni tak pernah lagi la tinggal kelas pasal ni, tapi pernah terlambat dan nasib Mskay baik lagi sebab masa tu lecturer pu masuk lewat..hihi. Tak seronok la bila bangun lambat ni. Nanti terkocoh-kocoh nak mandi, nak bersiap lagi, nak menapak ke fakulti pastu kalau lif tu ramai orang, kena panjat tangga lagi. leceh kan?

Habis Mukadimah. Haha... Lets see the points!

TIPS FOR STUDENTS TO WAKE UP EARLY


1. Set alarm clock.

Alarm ni sangat penting okay,. sekarang ni kan zaman telefon canggih-canggih. Sila setkan seberapa banyak yang boleh alarm kat henset anda tu. Kalau boleh biar volumenya tinggi sikit jika anda ni setakat dengar bunyi sikit-sikit, haram nak bangun.

Oh ya, henset tu jangan letak sebelah. kalau boleh, letak la dalam jarak yang lebih satu meter. Kalau dekat sangat, senang la korang capai and then "snooze"

Kalau rasa nak "snooze" sangat la, boleh je. Tapi set alarm tu, misalnya snooze selang 4 minit, dan masa yang korang set tu awalkan 1/2 hingga satu jam dari waktu yang korang nak bangun tu. Bila dengar alarm banyak kali, korang sendiri akan rasa annoying dan akan bangkit dari tidur. Heheee


2. Carik kawan yang jenis boleh diharap untuk kejutkan kita.

Tak kisahlah roommate ke, housemate ke, mintak lah tolong kat dia untuk kejutkan kita bangun. Kalau kawan tu jenis yang macam mak nenek pun bagus. Biar dia membebel kat telinga kita, renjis2 air ke, cubit2 lengan sikit ke.. Ada orang jenis telinga tak berapa nak sensitif, tapi dia lebih sensitif kat sentuhan.. So, mula-mula usik la kaki, geli2 sikit kat tapak kaki tu.. InsyaAllah boleh bangun punya.. Jangan dikasi penyepak sudaaa. Hahaha


3. Time management.

Actually, kalau kita pandai bahagi masa dengan baik, tak payah la nak stay up bagai ni. Boleh dapat tidur yang berkualiti lagi.. Tapi kalau MsKay ni fail sikit manage2 time ni. Hihii..


4. Jangan makan lewat malam.

Especially nasik, and watsoever lah yang berat-berat tu. Bila dah makan lewat, bukan boleh terus tidur pun. Kena tunggu sejam dua dulu kasi makanan tu terhadam. Kalau tak, ade la orang dapat lemak-lemak berlebihan kat perut tu. Hikhik. Boleh, kalau rasa nak makan lewat, tapi pilih la masa yang "esok kelas takde" atau "esok kelas petang" untuk keselamatan. :)


5. Jangan tidur balik lepas solat subuh.

Masa ni sangat tak elok nak tidur balik. Kadang-kadang, kita tend to 'terlajak' sebab masa ni lah setan-setan tu nak bergayut kat mata, kasi mata tu berat je.. And, biasanya kalau anda tidur lepas subuh, mata akan cepat mengantuk masa kelas.. Habis la hilang fokus, terpaksa stay up lagi malam tu nak catch up balik ape yang kita tak fokus dalam kelas. Kan? :)



Okay, idea-idea lain da terbang. MsKay harap boleh bantu sikit2 tips ni. Tips ni jugak untuk MsKay sendiri yang amat gemar activity tidur ni. Kihkih..

~MsKay~

No comments: