Thursday, December 15, 2011

blogwriting vs blogwalking

Dulu saya sukaa tulis karangan. Lagi2 kalau karangan BM. boleh kata favorite subjek la. mula-mula macam tak ada idea bila tengok tajuk. tapi, bila sekali tulis tu, macam taknak berenti pulak. itu penyakit. haha. idea akan mencurah-curah bila time exam.

Minat menulis ni mencanak-canak sebab saya suka membaca. Percaya tak, novel komsas tingkatan 3 tu, saya dah baca masa lebih kurang masa saya darjah empat or lima. sama jugak dengan novel bukit kepong n konserto terakhir tu.. sume tu saya da baca masa primary school, baca buku kakak. haha. thats why saya minat tulis, baca puisi macam sajak, syair, pantun, dsb.. salah satu sebab beli suratkhabar adalah nak carik bahagian cerpen/novel/sajak dan yg sewaktu dengannya..hee ^_^

Saya pernah terfikir, masa abis pmr dulu, nak amik aliran sastera. haha.. tapi dapat kelas pure science pulak. sebab tu la kantoi. dah tak dapat nombor satu dalam kelas. hikhik. baik punya alasan kan :p tapi saya tak pernah menyesal pun amik aliran sains ni. tengok saya sekarang, siap amik diploma sains lagik. alhamdulillah :)

Saya rindu belajar Bahasa Melayu. sangat rindu.

sekarang diploma sains mana ada belajar BM dah. semua in english. sampai bila lecturer translate sikit ke BM dah terkebil2 tak paham. kalau tengok movie pun lebih prefer subtitle english sebab kalau BM macam pelik. haihh.

Physics, Mat, Chem, so much aktiviti mengira. so, kira2 mendahului karangan. itu realiti sekarang. salah satu sebab kenapa idea menulis di belog ini berkurangan. haha. itu je nak cakap sebenarnye. Motif terbongkar. teeheee :p

masa yang terluang lebih kepada blogwalking, komen2 di entry orang. tapi banyak jugak yang saya cuma baca je. hehe. kalau ade mood nak komen tu ade la ayat2 bernas ditinggalkan di comment box anda. hihi.

emm, meh kasi pantun sikit

harum mekar si mawar merah
hati hati dengan durinya
aku hanyalah blogger mentah
pasti banyak salah silapnya


pak hamid menjual daging
nak yang segar, datang lah pagi
aku suka sangat blogwalking
kalian pun singgah la sini
*dah lama tak tulis pantun, camni la jawabnye..haha


hehe,...oke, itu sajaa. tatatatataaaaa! :D



No comments: