hatiku ingin berbicara
bahawa aku rindu dia
biarpun lautan memisahkan kita
aku rindu dia
hatiku berbicara lagi
mengapa harus membenci
sedang hati mencintai
mengapa harus menolak
sedang hati menerima
mengapa harus gembira
sedang hati terluka
hatiku masih tetap mahu bicara
apa harus cinta ini hanya dihati
perlukah dia tahu
rahsia di hati ini
perlukah dia tahu
dia aku nanti
hatiku berbicara
serahkanlah hatimu pada-Nya
agar mencintaimu tak lebih dari-Nya
kerana cinta abadi itu
hanya dari Yang Esa
No comments:
Post a Comment