Monday, August 30, 2010

GAZA- Break The Siege

assalamualaikum...pada kali ini, entry ini agak serius. berkenaan dengan umat Islam, saudara-saudara kita di Gaza, Palestin.

Semalam, di kampus saya, telah diadakan program Gaza: Break The Siege. Penceramah jemputannya ialah Encik Haji Nor Azman, salah seorang sukarelawan Malaysia dalam misi kemanusian ke Gaza dalam kapal Mavi Marmara yg telah diserang tentera rejim zionis, pengganas no 1 dunia.

Beliau telah menceritakan pengalaman beliau semasa di atas kapal tersebut sebelum dan selepas di serang. Antaranya, kata beliau, pihak rejim zionis tidak berhak untuk menghalang apatah lagi menyerang mereka apatah lagi Mavi Marmara berada di perairan antarabangsa, belumpun memasuki perairan gaza atau kawasan israel.
Dakwaan bahawa tentera zionis menembak untuk mempertahankan diri daripada ahli2 misi kemanusian tersebut yang bertindak ganas adalah rekaan semata-mata. ini kerana tidak terdapat sebarang senjata di dalam kapal mavi marmara melainkan kayu penyapu, mop, kentang dan bawang yang dijadikan senjata.
saya melihat sendiri melalui tanyangan video rakaman sebenar yg berlaku ketika serangan.

Allah Maha Besar. Rancangan tentera zionis untuk menawan kapal mavi marmara sebelum subuh supaya boleh berakhir sebelum siang tidak menjadi apabila sekumpulan ikan lumba-lumba mengelilingi dan mengiringi kapal mavi marmara.

Serangan bermula selepas solat subuh apabila kelihatan sebuah pesawat tanpa juruterbang terbang berdekatan kapal. Para sukarelawan mula bersiap sedia ke posisi masing2 dalam keadaan yang tenang tanpa rasa takut sedikit pun. Bayangkan, di atas kapal itu terdapat org2 tua yg ada melebihi 80 tahun, serta seorang bayi..

Semasa kejadian tembak menembak, seorang remaja berusia 19tahun yang sangat mulia budi pekertinya telah ditembak berulang kali di kepala dan badan, dan kemudian dipijak2 oleh tentera zionis tanpa belas kasihan. Ketika diseksa, remaja ini berulang kali menyebut ' Allah, terimalah syahidku.....Allah, terimalah syahidku..'
remaja ini bukan saja sempat menyebut nama Allah, malah sempat berdoa supaya syahidnya diterima Allah SWT.

Seorang lelaki warga Turki juga mati akibat tembakan bertalu2 rejim zionis yg cuba menembak seorang bayi yg tidak tidak berdosa apabila lelaki ini menghadang bayi tersebut dengan badannya yang dijadikan perisai..

Peluru yang digunakan oleh tentera rejim zionis bukan peluru biasa. peluru ini berbentuk screw dimana apabila menembusi badan akan membawa keluar daging pada peluru tersebut. apabila peluru itu terkena tulang, ia akan meletup da tulang2 akan pecah...

setelah ditahan di penjara di israel, tukang masak-tukang masak telah mencampurkan makanan mereka dengan racun arsenik yg boleh merosakkan organ2 dalaman badan. Namun, dengan kuasa Allah, sebahagian daripada tahanan tidak mengalami apa2 komplikasi cuma beberapa orang yg organ mereka kini mulai mengalami kerosakan..

bayangkan betapa kejamnya rejim Zionis.. dari mata mereka tiada belas kasihan. Namun sebenarnya mereka adalah makhluk yang pengecut. ini dibuktikan ketika ditahan, slah seorang sukarelawan Malaysia telah ditarik oleh seorang tentera rejim berkulit hitam, tentera itu bertanya " where r u from? " sukarelawan itu menjawab "Malaysia" tentera itu bertanya lagi sambil muncung senapang dihalakan tepat di kepala sekarelawan tadi, " Do you like Palestein?" jawab sukarelawan itu, " yes, i like palestin, and i want to help them. " Bayangkan lah kalau kita yg nyawa sudah dihujung tanduk, apakah kita akan menjawab sepatutnya? Keberanian sukarelawan ini telah menjadikan tentera zionis ni gentar dan menurunkan muncung senapangnya.

justeru itu, saya memohon anda yang mengikuti blog saya ini, marilah kita bersama-sama membantu umat islam khususnya rakyat palestin, sekurang2nya dengan memboikot barangan2 atau product2 yang memberi sumbangan terbesar dalam pembelian senjata rejim zionis.. seorang kanak-kanak yg bapanya dibunuh tentera zionis bertanya kepada makciknya, bolehkah dia mengatakan bahawa orang2 yg membeli barangan2 tersebut adalah pembunuh bapanya? Mak ciknya berkata "boleh"

Jadi, kita ambil iktibar dari peristiwa ini. Umat islam harus bersatu kerana umat islam lebih ramai dari bilangan orang israel. dengan cara ini sahaja kita boleh menjatuhkan israel..

Sekian dahulu dari saya.
wassalam:)

1 comment:

~Sweet Srikandi~ said...

bgusnya ada talk cam tu...hhuhu..
teringin nk dengar kisah2 n khbar yg dibawa blek dari GAZA..