Monday, March 11, 2019

Bila Rindu

So, after a while, im here, tengok semula entry lama dahulu kala..

So much fun.
Itu yang aku boleh describe zaman belajar dulu..

Aku yang sekarang mungkin dah tak sama, tak se'fun' dulu.

Aku dah tua, dah banyak yang aku lalui yang kadang kadang ada rasa nak give up, tapi nyatanya aku masih di sini, bertahan untuk menempuhi hidup

Usia aku ramai dah kahwin. Paling tidak pun dah berpunya.. Aku maintain lagi single macam dulu.

Dulu aku kesah la juga. Nak ada partner, nak ada tersayang.. Tapi makin lama makin pudar, just go with the flow.. Kalau ada, ada lah..

Aku makin tua, mak ayah bertambah tambah lagi usia, menginjak usia emas.

Aku masih juga macam ni, belum mampu bahagiakan mak ayah, belum mampu bantu ekonomi keluarga.. Entahla, kadang rasa macam anak tak guna..

Aku tak tau apa nak jadi dengan aku, aku harap semua akan baik baik saja

Sunday, December 28, 2014

Wateva~

Dear self,

There will be a time that you will be alone. Nobody will support you. What you need to do is to stand with your own pair of legs.

Be prepared! 


Monday, October 20, 2014

Is this a true feeling?

Salam 'alayk.

Kenapa susah sangat nak lupa orang pertama yang curi hati kita? Sampai rasa diri sendiri dah tutup hati pada orang lain... Suka pada orang yang hebat buat kita tak berani nak meluahkan.

Patut ke bagi peluang pada orang lain kalau hati ni belum sebenar benarnya moveon?

Friday, October 10, 2014

Sibuk

Salam alayk!

Hari ni dah kembali dengan rutin study lepas almost seminggu cuti raya. So, apa menariknya raya kali ni?

ENTAH.. haha

Cuma kay jumpa anak anak buah yang mmg baru raya ni la first time jumpa diorg. Babies comel merata okehh. Baby Medina, baby Ammar and baby Yusuf. Medina mesti la paling comel sebab baby girl pakai baju kurung comel. hee..

Ok back to reality, sekarang ni busy siapkan lab reports.. Dua lab report food microb, satu report general microb and satu report analytical chem.

Pengsan.

Wednesday, October 1, 2014

Another Chapter of Life

Salam Alayk!

Dah sembilan bulan tak publish apa apa entry. Kalau orang pregnant pun dah beranak dah. Hahaa

So, what's with "another chapter"?

I am now continuing my study to the next level, degree. Currently in UiTM Shah Alam, I am taking B.Sc Food Science & Technology (Food Safety & Quality). This course is under Faculty of Applied Science. Disebabkan sama fakultinya, dapat la lompat sem.. As i am previously dip science student, hanya dapat skip satu sem sahajaa. Kalau student dip foodtech, diorang terus masuk sem tiga. So, diorang jimat setahun.

So, food tech ni belajar pasal apa? Obvious la pasal MAKANAN. :'D

These are few food-related subjects yang ada dalam study plan..:-


  • Food Engineering
  • Nutrition
  • Food Microbiology
  • Food Processing
  • Food Safety & Quality 
Yang ni pula few side subjects yamg wajib amik kalau rasa nak grad dengan jayanya:-

  • Mechanics and Thermodynamics
  • Analytical Chemistry
  • Statistics (tak dapat pc even kau da amik masa diploma dulu, sobs)
  • CTU (Etnik)
  • ELC 
  • General Microbiology
  • Bahasa Ketiga
Apa yang ditulis berdasarkan apa yg ingat je ni. Study plan tinggal kat rumah. Memang rumah yang nak study, actually. Hahaha

Ok, until next time, tataa :)


Friday, December 20, 2013

Warkah Hati

Warkah buat Almarhumah Nenda tersayang, Rokiah binti Karim. (1937-2013)

Nendaku sayang,
Lahirku pasti menggembirakan hatimu..
Bertambah lagi seorang cucumu.. yang entah keberapa..
ya, kerana ramai sekali sebelumku.. aku yg ke-belas2 rasanya..

Nendaku sayang,
Apa yang salah, tidak ku pasti..
Namun aku tidak seakrab cucumu yang lain..
Mungkin kerana keluargaku jauh,
Aku tak berpeluang berada dalam jagaanmu seperti cucumu yang lain..

Namun aku pasti,
Nenda tidak pernah kurang kasih padaku dan adik beradikku yang lain..
Aku ingat lagi,
Masa dikhabarkan aku akan menyertai pertandingan hafazan peringkat sekolah rendah,
Nendalah yang paling gembira dan mendoakan agar aku berjaya..
Dan aku menjadi Johan kala itu.. berkat doamu, Nendaku..

Nendaku sayang,
Tak pernah putus mendoakan cucu-cucumu berjaya..
Sehingga aku berhasil mendapat segulung diploma..

Ibuku ada khabarkan,
Nenda mahu melihat gambar graduasiku..
Ketika itu aku tidak pula turut serta menziarahimu di kampung,\
Ya, kadangkala aku sesalkan mengapa aku tidak pulang...

Ketika aku berniat untuk ikut pulang,
Dikhabarkan Nenda sudah tidak sedarkan diri..
Aku melihat sendiri Nenda diusung ke dalam ambulance
dan setelah itu seluruh kaum keluarga berkampung di HTAN, Kuala Pilah..

Lima hari Nenda di hospital..
Masih keadaan yang sama,
Doktor scan dan katakan, ada darah beku di otak bahagian kanan.
Puncanya daripada strok.
Dan Nenda terlantar dengan deru nafas seperti berkeruh.. Seperti tidur yang nyenyak..

16/12/2013 4.45pagi
Ketika itu ayah mendapat panggilan dari kampung
Nendaku tersayang sudah pergi menghadap Ilahi..
...................................................

Tiba di kampung penuh hiba,
Ku kucup dahi nenda, sebak di dada
Kulihat Nenda dimandikan,
Ku saksikan Nenda dikafankan..

Hiba hati... bila Atuk berkata sebelum wajah nenda ditutup
"Nanti, nak tengok puas puas...."
....................................................


Kami semua mengiringi Nenda ke kubur..
Nenda disemadikan di sebelah kubur Pak Lang
Tempatnya redup dan tenang...

Nendaku sayang,
Aku takkan melupakanmu..
Doaku sentiasa bersamamu..
Nantikan aku...
Sungguh aku rindu.. Sungguh aku rindu... Rindu...........

Ya Allah..
Ampunilah segala dosa-dosa Nendaku..
Cucurilah rahmat ke atas rohnya
Tempatkanlah dia bersama hamba-hambamu yang soleh...
Amin Ya Rabbal Alamin..


Diknor,
Cucu Wan.

Sunday, December 8, 2013

Number 23

I'm currently watching a movie titled 'Number 23'. Some of you might have watched it. It's a psychological movie. Me, too try to connect my life with the Number 23. Haha it sound funny, right? but heyy, our life is not determined by a number. Allah The Greatest of all ;dunya  and akhirat. Nobody can challenge fate,.

Ok, the movie just End.

What's the moral of the story?

Err ok i dont know how to write it in English, hahaha. In BM oke eh? :P

"Kalau kita buat salah, dan kita sorok,. Allah akan tunjuk kebenarannya. Allah tak pernah tidur. Melainkan kita taubat sungguh-sungguh, minta Allah jaga aib kita. Dalam masa yang sama, kita juga janganlah duk sibuk nak buka aib orang, kan.."

I know, i'm not a good person. Iman itu ada naik turunnya. Kadangkala apa yang saya cakap, tulis, turut terkena batang hidung sendiri. Maka, kena seringlah beristighfar, kerana sometimes, kita tak sedar kita dah melakukan dosa..

Astaghfirullah :'(


Wednesday, December 4, 2013

Basah

Manusia
Ditegur kata  dikatakan menilai..

Bukan, bukan niat mahu menilai
Niat menegur,
Yang salah dibilang salah.

Benang yang basah takkan tegak sendiri
Kecuali ada yang menyokong pangkal dan hujungnya
Tapi basah tetap basah kan?
Ya basah boleh kering,
Kalau ada usaha untuk keringkan,
Kalau dijemur, dilapkan.

Tapi macam kertas yang basah,
biarpun dikeringkan, permukaannya tidak akan boleh licin lagi, tidak sekata lagi..
Apa yang perlu buat?
Tukarkan dengan kertas baru, lembaran baru
Dan jaga rapi supaya tidak basah lagi..

Sunday, September 15, 2013

RENTETAN

July 31, 2013
The last day of work. AIAPSA, babai.. 

Aku excited, aku nak buat rayuan UPU, settle rayuan UiTM, shopping raya dengan duit gaji terakhir tu. Seronok sangat. First time aku beli baju guna hasil aku bekerja. Tak mintak mak ayah. First time aku buat belikan kuih raya dan memacam lagi..

Sept 9, 2013
The registration day for degree students. Friends, babai...

Yup, babai je lah aku mampu, senyum dalam hati cemburu. Bukan dengki ya, sayang. Ah, mungkin ada rezeki nanti time rayuan kan.. Tak apa.. Wahhh ramai jugak batchmates UiTMNS dapat at Shah Alam kan.. Boleh la terrserempak kat memana nanti kan. Hehe

Sept 13, 2013
12.00 noon. 

Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA 
dalam Permohonan Rayuan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014

Senyum. Ya mungkin kurang ikhlas. Berat hati nak beritahu parents. Tapi at last bagitahu jugak sebab mak tahu hari ni keluar result rayuan. 

Mak: habis tu nak buat apa ni? 
Aku: entah lah mak, tengok result penerapan pulak petang ni.

Rasa macam nak terjun katil. Aku cakap dengan fie, dia suruh terjun kalau bukan katil dabeldeker. lol

5.00 pm

Dukacita dimaklumkan permohonan anda TIDAK BERJAYA. Permohonan online kemasukan ke Program Sarjana Muda Sesi 2 2013/2014 pada bulan Mac 2014 akan dibuka pada 30 September hingga 31 Oktober 2013 melalui www.online.uitm.edu.my

Ok. Menangis. Eh tak lah. Tipu aje.. Sedih. Siapa tak sedih huii. Aku marah UiTM. Hahaha. Kenapa tak ambil aku? Kenapaaa?!  Budak matrik je lah paling pandai, sebab tu berbondong bondong dapat masuk universiti. Lepasan diploma mana orang pandang. Last choice after Matrikulasi dan STPM. Aku benci sistem ni. patut kena sama rata. Benci. Benci. Menci Aw Awww. Ehh

Kejap je lah. Then aku muhasabah. Salah aku tak dapat Empat Rata. Salah aku lah kan. Siapa suruh dapat 3.33. Teruk betul. Padan muka aku. PADAN MUKA. Hahahahahah


Lepas ni misi memburu kerja. Jom mencari kerja. Jom Jom Jom!


Ms Kay

Friday, May 31, 2013

Comeback Entry

Assalamualaikum wbt
^____^

Hello bloggers! Im back. Rindu tak? Kehkeh. Amboi kemain betul comeback bagai. Padahal blog cabuk ni mana ada orang nak baca. Hihiho

Last update blog ni Disember 2012. Tahun lepas, kau. Haha. Menikmati betul semester akhir ritu nampaknya. So many story to be told here. So many. Kita tengok je lah banyak mana ye.

Em, nak mula kat mana ni eh? Ahah. Okay lah. Let's start with.....

I am already 21 y.o last 31st January. HIHIHI. Not so old, but boleh kata matang lah sangat sekarang, da layak kawin. Mak asyik bagi hint je skang, saja buat dunno dulu. Mana ada calon. -.- Punyalah tiga tahun belajar kat UiTM Beting tu, satu pun ta berkenan. Dan tidak dikenan. Err.. whatever.

March. Big month for me. I went to Pregraduate Dinner kat Hotel Royale Bintang, Seremban. Eh korang tahan je la eh aku cerita benda basi ni eh. Nak menempelkn gambar, but right now kat office pun. Ta payah la gambar bagai eh. Ini kira first time aku attend Majlis Dinner ni, dgn colourblocking theme gitu. Bersolek ringkas je, tu pun bila Lala pakaikan eyeliner, berair mata macam kena paksa kawin. Hahaha.

March jugaklah exam final segala final aku untuk program Dip in Science aku nih. Alhamdulillah, the exam gone well, and the result memuaskan hati. Rindu teman belajar siang malam sy, Fyfie =') Usaha kita belajar sesama berhasil akhirnyaa. *kesat air mata

Okay, kita move on. Cerita paling baru, Imma career women right now. Keke. Temporary job je pun lahai. Serious talk, kerja kerani kat lawfim memang sangat penat. Bukan macam kerani office biasa. Kita incharge file client, buat document loan, borang gadaian lah, apeape lagi tah. Tambah dengan one of the bos yang gila cerewet,. perghh lepas ni takmo keje kerani dah. hahaha. Kerja ni cari pengalaman je kan, buat isi masa lapang before terima offer degree, inshaAllah. Hujung bulan july ni cabut ah. :P Taknak cakap kenapa, tp jgn la keje kat firm tmpat aku keje ni. 

I aim for Physiotheraphy. Doakan lah ea.. :) Dengarnya bos aku ni kuat nak pujuk biar keje lama ngan dia, takyah further study dulu.. haha. Mmg taklah, da pasang cita-cita lama ni. :P

Okay, actually sy kat office ni and bos takde. Hihi. Hey, sy bukan curi tulang,. mmg tak byk kerja hari ni. Jumaat kaann. Apa pun sy doakan semua kawan-kawan sy dapat sambung belajar dlm bidang yang diminati.

Justeru itu, (ayat penutup). Kehkeh. Dah la, tata!

KAY






Monday, December 24, 2012

Emak Bergurau Comel

Assalamualaikum

Dear Diary..

Annyeong Haseyo!

Kehkeh kemain memula rasa nak letak tajuk 'Sedang Bercuti' kengkonon mahu kasi jeles mereka yang tak cuti tu

Fuhh, baru tiga minggu masuk semester baru, dah cuti lagi. Katanya cuti MIDSEM?! Apa yang mid entah. hahaa

So, goyang-goyang kaki, makan secret recipe je lah. 

Padahal minggu depan ade quiz bio tu. 

Jangan cakap laa, lecturer sem ni agak strict. Lelagi lec bio tu. But it's okay, saya lebih prefer lec garang instead of yang lembut sangat sampai kekadang kita malas buat tutorial pun dia tak marah. Lgpun, kalau student malas, student yang rugi kan? 

Hm, okay, tutup citer pasal tu. Tengah cuti kenalah enjoy sikit. Hewheww

Tadi tetengah tolong ibunda tercinta di dapur (kekonon anak dara perajin), cakap kat ibunda, 

'Nanti Diknor dah abis diploma taun depan cuti lama sikit sebelum nak masuk degree(insyaAllah), Diknor tolong mak kemas-kemas lagi dapur ni'

'Em bagus la.. Nanti ade orang nak datang camne?'

Alkisah aku ni lampat pick up sikit kan.. tak paham ape mak cakap.

'Errrr.....Maksudnya?'

'Yelah, mana tau ada orang masuk meminang'

'Errr..Hahahahahaha.. Mak ni kelakar la'

'Hahahahaa. Mana la tau'

Me: -.-"

Rasanya mak dah tak sabar nak terima menantu kot. Deghass la kakak-kakak and abang-abang sekalian anda carik calon kasi kat emak. Saya yang nombor LIMA ni pulak yang kena usik dah ni.

Tapi kalau saya dulu pun ape salahnya. Opssss. Haha. Lepas degree lah. Lepas ada orang meminang kasi hantaran ferrari ke camtu en. Kbai

Wassalam

-MsKay-

Wednesday, December 5, 2012

I wanna WIN!

Assalamualaikum.

Dear Ms Diary,

I just came back to my student life. It's only few months to go to complete my Diploma in Science! Wohoo~ May Allah bless me~ InsyaAllah...

New Semester : Part 6

New Subjects : BIO320 CHM260 CHM361 PHY360

New Target : CGPA above 3.5

I really wanna do well in this last semester. InsyaAllah boleh!


-MsKay-


Saturday, October 6, 2012

Merisik Tentang Si Dia?

Hati-Hati Merisik | iluvislam.com discover the beauty of islam


"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada 'standard' dia. 'Terer' Abi, kan Haura'?!"
Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar 'spy'.
Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam,
Ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia?Itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.

Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
Umar: Adakah kamu mengenal orang ini?
Sahabat: Ya.
Umar: Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
Sahabat: Tidak.
Umar: Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
Sahabat: Tidak.
Umar: Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
Sahabat: Tidak.
Umar: Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
Sahabat: Ya.
Umar: Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

Sunday, September 30, 2012

Merindui Nikmat Sihat

Assalamualaikum Cik Diary..

Hamboi lebatnya hujan kat luar ni...sampai mercik masuk bilik ni ha. Alhamdulillah..hujan tu kan rahmat Allah :) Oh ya, waktu hujan mujarab doa kan?

'Ya Allah, sembuhkanlah demam batuk dan selesema ku ini.. Sesungguhnya Engkau sahaja yang boleh menyembuhkan segala penyakit.. Amin' Sakit ni kifarah dosa.. Moga Allah ampunkan dosa-dosaku..

Tolong 'amin'kan sekali ye.. thanks..hee~ Masuk hari ni dah 9 hari Ms Kay demam n batuk tak henti2.. terjaga tidur je batuk batuk batuk n batuk.. tengah taip ni pun batuk. hohoo. sebab concern dengan kesihatan diri sendiri, td MsKay ade la research sikit pasal batuk ni. MsKay punya batuk ni jenis berkahak. Korang jangan nak geli2 pulak ye sebab kite serius ni.


"Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria." http://farmasianis.tripod.com/batuk.htm

this make me worry...! huhuuu. doakan MsKay takde pape ea.. esok dah start exam. wahai exam-mate ku, sorry kalau kite batuk2 dalam kelas nnt ye.. 

Lepas paper physic hari khamis nnt..., if tak baik jugak demam n batuk ni kena pegi jumpe doktor lagi la gamaknye...uuuu tak suke! aniyaaaa!! -.-

ps: rindunya pada bonda dan ayahanda di tanah suci.. semoga Allah merahmati mereka :')

Wassalam
-MsKay-



Thursday, September 27, 2012

Dugaan Nak Exam

Assalamualaikum Cik Diary..

Final exam just around the corner.

Last three weeks i had fever on the day of bio300 project presentation. fortunately, our turn is postponed to the next tuesday. and during that period, i recovered from the fever+flu+cough. and the presentation went well.

However, last friday the fever+cough+tonsilitis+flu attacked me again! oh no~~~~~

With this 'unwell' condition, i had nightmare on saturday night or i called it 'gangguan' . that is the first time in my life. maybe that is one of the 'alsebab' for my condition getting worst and the fever is still on off on off. feeling alright during the day and high temp at night.

Yesterday, around 2am i sent my parents to kelana jaya as they are going to perform haj this year. I cried a little while hungging them..huhu. i miss my mum right now but i'll always pray for their safety there. may Allah accept their ibadah n achieve mabrur haj. Amin.... :')

Few hours ago, my group have done our business plan presentation. im the marketing manager with 'sexy voice' and 'manly voice' bcoz of the sore throat. hahaa.Alhamdulillah, the panels is okay with our presentation and we manage to answer their curiosities..thanks to all the managers of gogumakun  sdn bhd  :)

now, my head is spinning, my throat is in pain, my body temp rise again. i have take the pills descripted by the doctor, n now i want to sleep. hope everyone will pray for my health. thank you :)



wassalam,

-mskay-

Sunday, September 16, 2012

Happy Malaysia Day!

Assalamualaikum Cik Diary,


Hari ini, 16 September 2012 which is our Malaysia Day! hehee. 



So, what's ur plans on Malaysia Day holiday? untung Alhamdulillah jatuh hari Ahad, so Isnin dpt cuti kan? hahaa. 

Make it worth okay! :)

Teringat zaman sekolah dulu, macam macam aktiviti kenegaraan la diadakan nak sambut merdeka n malaysia day ni.

 And usually, MsKay lebih tertarik untuk menyertai pertandingan deklamasi sajak/ mengarang sajak. 

Yelah, dulu suka sangat dengan benda2 sajak pantun syair bagai ni. hehee. 

tapi kalau suruh mengarang sekarang ni,.. 

tak dapek dooo

 ape taknye, dekat tiga tahun hadap subjek2 science ni, takde lagi sastera2 pun. 

berkarat dah idea kalau suruh tulis sajak. jadi rojak pulak kang. 

heheh. 

Ape pun, tanda sayang Malaysia bukan setakat 

hafal rukun negara

ingat lagu Negaraku

cakap pungpangpungpang pasal politik je..

kita sebagai generasi baru ni,

kena, wajib dan perlu

menuntut ilmu setinggi yang mungkin, selagi mampu. 

sebab,

ilmu tu pelita, cahaya,.

yang bakal menunjukkan jalan yang betul

dan yang penting,

ilmu akhirat tu perlu jadi pendamping..

betul kan? :)

Semoga difikirkan,. jangan renung je. :D


~Wassalam~

MsKay




Monday, September 3, 2012

2nd Reunion of 6 Cemerlang

Assalamualaikum Cik Diary,..

Last Sept 1, 2012,.. terciptanya sebuah lagi sweet memory bagi tahun 2012 ni. MsKay berpeluang berjumpa lagi dengan kawan kawan lama MsKay yg sekelas masa darjah enam dulu.. Seronok lah bila jumpa orang yang lamaa sangat kita tak jumpa, benda tu jadi macam,,ishh susah la nak describe best dia. :D

Walaupun ramai antara mereka ni satu secondary school dgn MsKay, tapi sejak habis SPM, memasing dah merantau kat merata rata tempat. Ada yang ke Mesir, ada yang ke United Kingdom, ada yang ke Jepun, ada yang ke German, and ada yang baru nak fly ke India, Indonesia dan sebagainya.. Selebihnya di local universiti.. Masing-masing punya bidang pun hebat-hebat belaka lah.. Alhamdulillah, semuanya dalam bidang yang bagus... Kiranya nanti, kawan MsKay adalah doktor, engineer, dan sebagainya. Alhamdulillah..and InshaAllah, mudah-mudahan mereka ni berjaya dalam apa jugak bidang yg diceburi..

Malam masa reunion tu, yang kelakarnya,. sempat pulak diorang ni record ucapan hari raya. Haha.. Ohh sorry la Iman, aku tak dengar pun apa yang kau suruh aku cakap depan camera tu sebab bising sangat so aku bantai je lah cakap ape pun. Hahaa.

Nah sikit gambar reunion. Credit to Azlin Dali .. (kita curik dari fesbuk beliau :P)

semua nak amik gambar kitorang..kihkih

with da girlss.. :)

berdiri dari kiri: khaizatul, azlin, amira, nadeera, sharina, aqqilah, khairiah, aziera, mawaddah n shamimi
duduk dari kiri: faizol, izzat, helmi, nabil n iman.

one more timeee! :D

and this is the last pic with my bestie, khaizatul azreen. May you success,darling.. pegi india jangan ngorat  hritik roshan. 


- MsKay -

Saturday, September 1, 2012

Ladies Coach

Assalamualaikum, Cik Diary. :)

Agak lama jugak rasanya MsKay tak bukak blog ni. Hehee.. bukak blog ni sebab ade orang mengaku jd silent reader :P

Em, korang sihat tak? Tak sihat pi la makan obat ke, sapu minyak ke.. memasing dah besar en, pandai la jaga diri ye, kita ni nak berbasa basi je..haha :)

Ekceli, kita ade satu benda lah nak cerita. Benda ni jadi hari khamis hari tu, which is the day kita balik subang naik tren ngan kawan kita kat Batang Benar. Sesampainye train, kami naik lah kat ladies coach. kat situ entah macam mana, ade pulak lebih kurang 5 ke 6 orang jejaka arab naik gerabak yg sama.. ehh? kenapa diorang naik gerabak kitorang kaum hawa nih? adekah mereka species antaradua? jengjengjengg! Tapi kami ni buat dunno je la. sebab hensem2 jugak diorang ni. heheheww :D cehh, ni terjangkit ngan fie la ni..kuat usha haha.

Nak dijadikan cerita, di stesen kat mana tah, ade la sorang makcik ni. dia masuk2 terus tegur pemuda arab ni...

MC "This is for ladies only. this is ladies coach"

PA "blablablabla....(bahasa arab kita tak faham)

MC "This is for ladies,. please leave"

PA "blablabla...(cakap dengan kawan arab dia..suh translate kot)

kawan dia pun translate la,..rasenye diorang paham,. tapi tak mau bergerak g tempat lain..

MC "where're u from?"

and tak dilayan pun oleh pemuda2 arab tu..panas je muka makcik ni MsKAy tgk..

MC "diorang ni paham, saja buat bodoh!" makcik ni cakap ngan nada tak puas hati + agak kerek la dari pemerhatian MsKay.

Okay, ini isunya.. isu peraturan kita diambil mudah oleh orang luar. Ye, mereka salah. Tapi, bak kata orang la kan,. cermin diri dulu. Sebenarnya, ade sit dekat2 ngan tmpat duduk kami tu, ade lelaki Malaysian. melayu, india, pun ada. Kita nak cakap apa bila orang kita sendiri dah tunjuk budaya "biadap" tu, macam mana kita nak orang luar pun hormat peraturan di negara kita ni? And the makcik patutnya tegur orang Malaysia dulu,.

Kesimpulannya, tak kira mana kita berada, mana bumi kita berpijak, amalkan la sikap hormat n patuh peraturan.. asyik nak langgar peraturan je, tak oke la camtu...

Let's Change!
Happy Merdeka Day..


-MsKay-

Thursday, July 26, 2012

Meow Meow yang kasihan

Dear Cik Diary,

Hari ke-6 Ramadhan. Alhamdulillah, setakat ni masih berpuasa penuh :)

Anda Bagaimana? 
Sendiri Pikir la kan :)

MsKay nak cerita pasal kucing. Siapa suka kucing sila angkat ibu jari, hehe.. Kite tau, kat luar sana sangat ramai penggemar kucing. Kucing ni Rasulullah sayang tau..MsKay dulu masa kecik-kecik suka jugak la main dengan kucing lagi-lagi anak dia. Eiii comel sangat!

Dalam family MsKay, si adik bongsu paling takut kucing,. padahal kalau nak banding fizikal dia dgn MsKay, adik ni lagi besar and tinggi tau, sampai kalau orang yg tak rapat dengan family boleh assume kite anak bongsu. Hihi..

Disebabkan ade yang takut kucing, kite tak pernah rasa bela kucing. So, bila makin meningkat remaja dan pemudi macam sekarang ni, MsKay tak berapa pandai nak main dengan kucing. Tak selesa kalau kucing datang gesel-gesel kat kaki.. 

Semalam, ada kucing datang mengaiu-ngiau kat tingkap rumah sewa kite ni.. Housemet yang alhamduliilah baik-baik ni bagi makan, minum kat kucing ni. Roomate kite, Fana yang memang bela kucing ni kata, kucing ni meroyan carik anak dia. Mungkin dimakan anjing agaknya sebab kawasan perumahan kite ni banyak anjing. Cuma agak pelik la, sebab kat sini tak pernah nampak pun kucing.. Mesti jauh kucing ni travel kan... 

Kata Fana, kucing ni bersih, mungkin kucing orang.., kucing ni baru lepas beranak and first timer la bak kata Fana. hehe.. MsKay tak pandai pun tentang kucing. Kesian tau, sebab susu dia bengkak, takde baby nak disusukan.. :( Kesana kemari dia carik kat umah ni, MsKay yang tengok pun jadi penat plus tambah kesian and kesian...


Ibu kucing yang comel...


Meow, sabar k,. insyaAllah.. nanti ade rezeki, kamu jumpa la anak kamu.. Jgn sedih sedih tau...

-MsKay-



Friday, July 20, 2012

Semalam dan Ramadhan

Dear Cik Diary,

Today is friday. One more day before Ramadhan, the fasting month, ibadah month.. Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan bulan penuh barakah ni. :) Have you prepare yourself for ramadhan? Make sure, dont ever skip puasa! exception for girls yg ade sebab kukuh. Kita Allah sayang, dapat pelepasan :)


Yesterday, MsKay n friends, berpakat untuk balik ke kg halaman masing2. Actually ade je kelas hari Jumaat cuma susah la nak balik kalau kelas pun sampai pukul 5 kan. Jadi, kita skip kelas hari jumaat. Sorry, miss. Janji pasni tak buat lagi ye..hikhik :D


12noon. Mskay gerak ke bus station kat Pilah dengan kwn sekampung + sekampus plus kawan dia sorang lagi. Kitorang naik SKSKL, senang takpayah bersesak-sesak sebab bas ni bukan jenis benti-benti amik penumpang. Mula mula ingat bas terus sampai KL. oh, silap rupanya bila bas benti kat station Seremban., tukar bas ke KL. Bas dia mak aii, nampak exclusive la jugak, cantik., dan selesa. MsKay dah berniat nak tidur sampai KL sebab migrain menyerang. 


Ku sangka panas sampai ke petang,. rupanya bas pancit tengah on the way ke KL tu. Hahaa. Alhamdulillah, tak sampai sepuluh minit datang bas lain. Ganti bas lagii~  Kalau bas cantik tadi mskay duk tingkat atas, kali ni duk tingkat bawah.. halamak, cam bilik je bas dia duk mengadap orang lain. Cemano nak lolap? -.-"


At last, sampai jugak kat Pasar Seni.. Kat situ MsKay ngan Mai terus je dapat bas U81 straight je depan umah. Depan umah? Haha...i mean, near my neighbourhood lah.. Jalan kaki less than 5 minit sampai umah.


Bestnyaaa balik rumah~ Esok boleh sahur dengan family, buka dengan family. Alhamdulillah, seronok :D





Yang baik jadikan teladan, Yang buruk jadikan sempandan,
Kepada semua rakan dan taulan, Selamat Menyambut bulan Ramadhan.

Pantun ni macam pelik sikit. hihii.. ape2 je lah. :D

-MsKay