Friday, December 20, 2013

Warkah Hati

Warkah buat Almarhumah Nenda tersayang, Rokiah binti Karim. (1937-2013)

Nendaku sayang,
Lahirku pasti menggembirakan hatimu..
Bertambah lagi seorang cucumu.. yang entah keberapa..
ya, kerana ramai sekali sebelumku.. aku yg ke-belas2 rasanya..

Nendaku sayang,
Apa yang salah, tidak ku pasti..
Namun aku tidak seakrab cucumu yang lain..
Mungkin kerana keluargaku jauh,
Aku tak berpeluang berada dalam jagaanmu seperti cucumu yang lain..

Namun aku pasti,
Nenda tidak pernah kurang kasih padaku dan adik beradikku yang lain..
Aku ingat lagi,
Masa dikhabarkan aku akan menyertai pertandingan hafazan peringkat sekolah rendah,
Nendalah yang paling gembira dan mendoakan agar aku berjaya..
Dan aku menjadi Johan kala itu.. berkat doamu, Nendaku..

Nendaku sayang,
Tak pernah putus mendoakan cucu-cucumu berjaya..
Sehingga aku berhasil mendapat segulung diploma..

Ibuku ada khabarkan,
Nenda mahu melihat gambar graduasiku..
Ketika itu aku tidak pula turut serta menziarahimu di kampung,\
Ya, kadangkala aku sesalkan mengapa aku tidak pulang...

Ketika aku berniat untuk ikut pulang,
Dikhabarkan Nenda sudah tidak sedarkan diri..
Aku melihat sendiri Nenda diusung ke dalam ambulance
dan setelah itu seluruh kaum keluarga berkampung di HTAN, Kuala Pilah..

Lima hari Nenda di hospital..
Masih keadaan yang sama,
Doktor scan dan katakan, ada darah beku di otak bahagian kanan.
Puncanya daripada strok.
Dan Nenda terlantar dengan deru nafas seperti berkeruh.. Seperti tidur yang nyenyak..

16/12/2013 4.45pagi
Ketika itu ayah mendapat panggilan dari kampung
Nendaku tersayang sudah pergi menghadap Ilahi..
...................................................

Tiba di kampung penuh hiba,
Ku kucup dahi nenda, sebak di dada
Kulihat Nenda dimandikan,
Ku saksikan Nenda dikafankan..

Hiba hati... bila Atuk berkata sebelum wajah nenda ditutup
"Nanti, nak tengok puas puas...."
....................................................


Kami semua mengiringi Nenda ke kubur..
Nenda disemadikan di sebelah kubur Pak Lang
Tempatnya redup dan tenang...

Nendaku sayang,
Aku takkan melupakanmu..
Doaku sentiasa bersamamu..
Nantikan aku...
Sungguh aku rindu.. Sungguh aku rindu... Rindu...........

Ya Allah..
Ampunilah segala dosa-dosa Nendaku..
Cucurilah rahmat ke atas rohnya
Tempatkanlah dia bersama hamba-hambamu yang soleh...
Amin Ya Rabbal Alamin..


Diknor,
Cucu Wan.

No comments: