Wednesday, December 4, 2013

Basah

Manusia
Ditegur kata  dikatakan menilai..

Bukan, bukan niat mahu menilai
Niat menegur,
Yang salah dibilang salah.

Benang yang basah takkan tegak sendiri
Kecuali ada yang menyokong pangkal dan hujungnya
Tapi basah tetap basah kan?
Ya basah boleh kering,
Kalau ada usaha untuk keringkan,
Kalau dijemur, dilapkan.

Tapi macam kertas yang basah,
biarpun dikeringkan, permukaannya tidak akan boleh licin lagi, tidak sekata lagi..
Apa yang perlu buat?
Tukarkan dengan kertas baru, lembaran baru
Dan jaga rapi supaya tidak basah lagi..

No comments: