Kali ini MsKay nak recommend novel-novel terbaik yang MsKay pernah baca. MsKay tahu, ramai para gadis kat luar sana suka baca novel, lagi lagi novel cinta. Oh ya, novel yang MsKay nak recommend ni semuanya novel malay okay. Lima novel cukup la ikut carta hati MsKay ye.. hehe :D
LIMA
Influenza Cinta- Levis Delisha
Novel ni menarik, mengisahkan cinta seorang gadis yang rupa paras tidak menarik dan gemuk dengan seorang jejaka yang kacak bergaya tetapi sombong. Bemacam hal terjadi sehingga mereka berkawan rapat. Namun rupa-rupanya persahabatan mereka hanyalah berdasarkan pertaruhan oleh jejaka ini dengan rakan-rakannya yang menyebabkan si gadis berasa malu dan sakit hati. Kemalangan maut yang menimpa si gadis berlaku di depan mata jejaka kacak ini merubah segalanya dan terus menghantui hidup jejaka ini sehinggalah dia dijodohkan dengan gadis pilihan keluarganya....
EMPAT
Cinta Tak Terucap - Imani Hatta
Cinta Tak Terucap menceritakan tentang kisah cinta selepas alam perkahwinan antara Ammar Mirza dengan Suri Imani. Ammar merupakan bos di syarikat tempat Suri Imani bekerja dan terkenal dengan perangai buaya daratnya. Hal ini membuatkan Suri Imani merasa jengkel apabila mengetahui yang bapanya mahu menjodohkan dia dengan anak kepada sahabat baik ayahnya itu. Namun, tanpa sedar, Suri Imani sebenarnya sudah jatuh hati dengan Ammar ketika pertama kali bertemu lelaki tersebut ketika dihantar praktikal di syarikat itu sejak awal lagi. Rumahtangga mereka sedikit goyah apabila diganggu pihak ketiga yang dengki akan kebahagiaan mereka berdua.
TIGA
Fiksyen 302- Ramlee Awang Murshid
Kisah berunsur thriller juga merupakan salah satu genre kesukaan MsKay kerana unsur sebegini meransang daya fikir pembaca. Novel ini agak berat kerana terdapat unsur pembunuhan serta permainan psikologi. Pembunuhan kejam yang dilakukan oleh bekas penghuni hospital mental dikatakan diarahkan oleh makhluk ganas dan menakutkan yang digelar Zonan. Untuk mencari solusi kes yang misteri ini, dua orang psychiatrist melakukan experimentasi terhadap seorang peguam untuk merentasi masa dan mencari siapakah dalang pembunuhan yang sebenar. Namun, terjadi pertukaran watak yang menjadikan cerita ini semakin rumit.
DUA
Kampung Girl - Umi Kalsom
Kampung Girl, Ainnur namanya. Ainnur yang sangat tidak disukai oleh Ashraf. Gadis yang Ashraf sangat meluat kerana pada lelaki kacak ini, gadis kampung cetek akal, selekeh dan tidak setaraf dengannya yang tinggal di bandar. Kejutan yang tidak dapat diterima akalnya apabila mummy meminang gadis itu untuknya. Kerana sakit hati dengan perangai Ashraf, Ainnur sengaja tidak memberitahu lelaki itu tentang profesionnya sebagai seorang guru yang mendapat pendidikan di luar negara. Namun rahsianya terbongkar pada malam pertama perkahwinan mereka yang membuatkan Ashraf semakin marah kerana berasa diperbodohkan oleh Ainnur.
SATU
aA + bB - Hlovate
Benz Aliff. Musuh ketat yang mendapat carta teratas dalam hati Addin Shah. Lelaki yang pernah memalukan dirinya di khalayak ramai ini adalah nama yang paling dia mahu padamkan di kotak ingatannya. Percutian Addin di Holland yang menemukannya dengan Ayie menjadikan mereka rapat dan sering berchatting di laman sesawang. Perkahwinan tanpa rela Addin Shah dengan Benz Aliff terjadi apabila abang kembarnya terbabit dalam kemalangan dan meminta adiknya menerima Benz, sahabat karibnya kerana dia percaya Benz mampu menjaga Addin sekaligus membahagiakan adik kesayangannya itu. Pertelagahan masih berlaku selepas mereka diijabkabulkan. Namun duduk serumah membuatkan meraka bertolak ansur dan akhirnya menjadi rapat dan membuahkan bibit bibit cinta antara mereka.
MsKay suka akan kelima-lima novel ni. Bagi MsKay yang tak pernah bercinta ni, menbaca buku buku sebegini sedikit sebanyak mengajar MsKay tentang erti cinta, sekaligus buatkan MsKay rasa nak kawin cepat. Hahaha. Cinta selepas kahwin adalah seindah indahnya cinta. Semoga Allah pertemukan MsKay cinta yang indah seperti dalam novel-novel yang MsKay baca. InsyaAllah...
-MsKay-
No comments:
Post a Comment